Sunday, February 27, 2011

Misterius


Aku dapat missed call satu hari tu. Aku missed call balik saja-saja. Takde balasan. Jadi, aku hantar satu mesej bertanyakan siapakah gerangannya yang missed call aku nih. Dalam beberapa jam kemudian, nombor itu reply, " Awak yang miss call saya dulu...". Aik, aku mula hairan. Aku tak pernah pulak pergi call nombor tersebut jauh sekali nak miss call. Dia bermati-matian mengatakan yang aku missed call dia dulu. Jadi, aku sangkakan mungkin kawan ada guna telefon aku main missed call-missed call ni. Biasalah, orang takde kerja memang camni.

Jadi, aku bertanyakan nama dan umurnya melalui sms. Bukan apa, kot-kot kenal ke. Dia bagitau nama dia Atikah(bukan nama sebenar) dan umur 12 tahun(ini umur sebenar). Alamak, budak sekolah rendah ke, detik hatiku. Jadi, dengan perasaan ingin tahu yang daahsyatt bak kata Nadzmi, aku pun mintak facebook dia. Saja-saja. Kot-kot kenal muka ke (ceh, alasan). 

Agak lama juga dia nak reply aku punya mesej tuh. Dalam 4, 5 hari baru dia bagi tau nama id dia. Aku cari di facebook dengan id yang dia bagi tapi haram tak jumpa satu pun. Lalu, aku pun mesej dia balik untuk bagitau yang aku tak jumpa profile dia dengan id yang diberi tu. Seperti biasa, dalam 4, 5 hari baru dia reply mesej aku tu. Dan dia bagi satu id saudara dia bernama Jamilah (bukan nama sebenar) untuk aku add di facebook. Dalam friend list Jamilah tu, ada nama id dia katanya. 

Tapi sebab malas nak layan semua ni, aku biarkan jelah. Budak 12 tahun pun nak kacau ke. Jadi, aku rilek-rilek je di balkoni layan kopi. Tiba-tiba, nak dekat seminggu tu, handphone aku dapat satu mesej. Mesej daripada Atikah(bukan nama sebenar la). Dia tulis..,

"Maafkan sye sbb blom trima jadi rakan fb. rumah sye xde internet. jadi sye lmbat lg la akan trima awk. Awk chat dgn sedara sye je lah. Dia tau smuanya psl sye. Oklah bye nnti mak sye mrah plak..." (Ni bahasa sms sebijik yang aku dapat).

Suddenly, hati aku tiba-tiba terasa begitu kuat untuk mencari siapa dia ni. Aku login facebook dan terus search nama saudara dia tu. Jumpa dan aku terus add. Dalam beberapa hari kemudian, dia approve dan aku bolehlah cari akaun Atikah tu. Jumpa jugak dan aku terus add.

Setelah beberapa lama aku menunggu dia untuk approve, aku buat keputusan untuk bertanya kepada Jamilah, saudara kepada Atikah ni. Aku just tanya kenal tak Atikah ni. Beberapa hari kemudian, dia pun reply dan jawapannya agak mengejutkan aku. Aku jadi kaku depan pc bila baca mesej dari Jamilah. 

"Atikah dh hampir 3 thn dh die mninggal. awk ni kwn dier eh. dh hmpir 3thn kitorang mrase kehilangan die...."

Itu mesej terakhir dari saudara Atikah, Jamilah. Dan mesej terakhir dari Atikah adalah yang di atas tuh. Aku cuba mesej lepas tu tapi 'the phone cannot be reach'. Call pulak takda nada dering....


Friday, February 18, 2011

Hiburan Itu Indah Tapi Kalau Salah Memilih?

Melayu itu minatnya hiburan. Maka, berduyunlah syarikat-syarikat televisyen kesemuanya menayangkan program-program hiburan yang mampu membuat Melayu itu lalai dan terleka. Agar mereka asyik dengan bising-bising dan warna-warni duniawi. 

Ada yang sudah bergelar makcik-makcik seronok terkinja-kinja di satu 'show' (atau lain-lain show juga) dan berjoget sakan mengikut irama dan tema program hiburan tersebut. Lebih pahit, ada yang seronok bersalam dengan kaum bukan mahram mereka. Yelah, siapa tak terliur nak salam artis muda-muda gagah perkasa ni. Kalau tak buat masa ni, bila lagi. Nanti dah nak mampos, takde can. Lagipun bukan selalu, kekadang je. Usia dah senja, inilah masa yang tinggal sebelum kubur kata mari. 

Thumbs up to national television company because of their efforts, we could see many people actually do not afraid to die!

Thursday, February 10, 2011

Transisi


Dengan kemenangan Harimau Malaya ke atas Hong Kong malam tadi, benarlah bahawa kita tidak diulit mimpi indah memenangi Piala Suzuki lalu. Budak-budak ni masih berpijak di bumi nyata dengan sifat 'down to earth' dan tidak terbuai-buai dengan kejayaan lepas itu. Khairul Fahmi yang menjadi idola awek-awek semalaysia juga tidak banyak diuji jentera serangan Hong Kong semalam. Lepas ni, boleh la dia fikir-fikir pasal nak furnishkan banglonya di Pengkalan Chepa tuh.

Aku percaya bolasepak Malaysia jika dijaga dan dipantau serta sering dikritik boleh melahirkan generasi yang tidak mengenal erti lelah ini. Jangan biarkan mereka terus hanyut dengan kejayaan sementara sedangkan masih banyak lagi yang perlu dikejar untuk menjadi jaguh Asia. Percayalah, bolasepak kita sedang mengalami proses transisi ke era yang disegani. Masanya sudah hampir tiba. Dengan pertambahan penyokong di stadium. Dengan kewujudan ultras-ultras di setiap negeri, ini adalah satu petanda kebangkitan kita. Jangan biarkan penyokong-penyokong ini hampa dengan pelaburan yang dibuat. Telah banyak mereka korbankan terutamanya masa untuk melihat pasukan kebangsaan kembali bangga menyarung jersi bercetakkan bendera Malaysia. 

Jangan biarkan kami lama menanti untuk melihat kejayaan yang lebih besar kerana kami sudah puas menunggu. Oh, penyokong Arsenal takpe. Mereka adalah terdiri daripada golongan orang-orang yang sabar. Walaupun dah lama tak menang piala, bolasepak Arsenal tetap menarik jutaan peminat untuk mereka datang menonton setiap musim. Biarpun pasukan mereka dicaci, namun mereka tetap sabar dengan kerenah Encik Wenger. Ops, ini cerita lain. 

Jadi, diharapkan proses transisi ini bukan satu impian palsu. Malah diteruskan lagi untuk menyambung legasi perjuangan mereka yang terdahulu. Sekalung tahniah dan selamat berjaya diucapkan kepada lagenda nombor 10, Safee Sali di Pelita Jaya nanti. Moga kepulangan anda akan membawa hasil yang hebat untuk pasukan nasional. Gelaran lagenda itu mungkin terlalu tinggi tapi aku merasakan dia selayaknya memegang 'title' itu buat masa ini.


Legend in 10


Menulis mengenai transisi, adakah industri perfileman negara juga mengalami transisi? Senang-senang je nak kaut kutipan RM7 juta ke atas sekarang ni? Itu kita bincangkan kemudian.

Wednesday, February 09, 2011

Trapped

They are still many students and Malaysian people trapped in Egypt. Why the government so slow?

Sunday, February 06, 2011

Kejar Empat

Tidak ada satu pasukan bolasepak dalam dunia ini yang mampu menjaringkan 4 gol berbalas kosong dan bolos 4 kali pada masa yang sama kecuali mereka ni.

Apa kejadahnya?




Itulah Arsenal. Tidak ada yang mustahil. Selagi pengadil belum meniup wisel penamat, jangan harap anda dapat tidur lena hatta gol 5 bijik berbalas kosong sekalipun.
 
Google Analytics Alternative