Monday, July 29, 2013

Berpuasa di Korea


Aku sempat berpuasa selama empat hari di bumi Korea dan selama empat hari itulah aku meraih pengalaman berguna kerana inilah kali pertama aku berpuasa di luar Malaysia. 1 Ramadan jatuh pada hari Rabu. Pada mulanya takde masalah sangat untuk aku mula berpuasa memandangkan waktu subuhnya adalah pada pukul 3.30 pagi. Waktu berbuka pula pukul 7.50 petang. Jadi, boleh kira sendiri berapa jam aku berpuasa.

Memandangkan kesemua rempah dibawa dari negara sendiri, jadi, aku dan rakanku memang perlu memasak setiap hari menggunakan ayam dan daging yang telah dibeli siap-siap dari Itaewon, sebuah pekan kecil yang mempunyai ramai pendatang dari luar termasuklah orang Muslim.


Alhamdulillah menu bersahur



Menu untuk berbuka


Mulanya hari pertama dan kedua berpuasa, aku takde masalah dari segi bersahur. Masuk hari ketiga, aku dah mula rasa tak sedap. Pertamanya, disebabkan waktu tidur atau malam yang pendek. Bayangkan baru je makan pukul 8 malam, lepas tu kena bangun pulak pukul 3 pagi untuk bersahur. Secara tidak langsung, aku berasa muak untuk menelan makanan. Kedua, makanan. Makanan yang kami masak menggunakan rempah kebanyakkannya mudah disediakan dan kelemahan makanan ini adalah, ia tidak berapa menawan berbanding seperti masakan original. Jadi, menghadap makanan yang lebih kurang sama rasanya dalam tempoh yang agak singkat, memang memuakkan kepala.

Apapun, aku bersyukur aku dapat meneruskan puasa seperti biasa sepanjang hari dan bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai nikmat berpuasa di negeri orang. Syukran!!

Sunday, July 21, 2013

Perjalanan

Pada dua puluh hari bulan Julai tahun 2013 masihi lalu adalah pekerjaan yang gila.

Dari KL ke Tanjung Malim. Dari Tanjung Malim ke Tapah dan dari Tapah patah balik ke Tanjung Malim dan pulang ke KL. Semuanya hanya dalam masa 6 jam.

Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadan Kareem dari Seoul


Nampaknya sudah lama aku tidak menulis di sini. Ini adalah kerana aku masih berada di tanah Korea bagi meneruskan saki baki pekerjaan di sini yang sudah masuk minggu terakhir. Insyaallah akan berlepas pulang Ahad ini.

Ramai orang Malaysia kala ini memutarkan video yang memaparkan seorang kekasih yang menyatakan cinta dan janjinya pada seorang lelaki yang dicintainya di mana mereka baru sahaja berkenalan selama seminggu.

Bagi aku, tindakan mencaci dan mengutuk perempuan itu tidak akan menjadikan kita lebih mulia daripadanya dan tidak akan menjadikkannya lebih baik dari kita. Hentikanlah konsep menyebarkan keburukan orang yang tidak membawa manfaat. Terdapat banyak cara lagi untuk menyampaikan pesanan kepadanya. Sedangkan Rasulullah pun tidak menyebarkan agama dalam keadaan mencaci individu lain.

Moga bertemu lagi!
 
Google Analytics Alternative