Aku ini walaupun geram juga dengan kualiti kereta Proton yang tak
setanding harganya tapi jauh di sudut hati, aku masih memandang tinggi
Proton kerana mereka punyai R&D sendiri, rekabentuk sendiri dan
'manpower' yang cukup hebat dan terlatih.
Untuk memanggil Proton sebagai gajah putih, amatlah tidak adil dan kejam. Ia lebih kepada dendam politik.
Kita boleh lihat betapa banyak pendedahan korupsi yang terjadi akhir-akhir ini.
Kita yang
miskin akan berasa marah dalam seminggu dua. Selepas reda sekejap, akan
terselit berita bahawa, "pengarah dibebaskan kerana tiada bukti kukuh
pendakwaan" yang mungkin ramai tidak perasan. Bijak permainan media.
Berita penangkapan tentang kesalahan rasuah cuma akan membawa dua benda positif negatif kepada imej kerajaan.
1. Positif - Kerajaan akan dilihat sebagai berintegriti dan tidak melindungi salahlaku.
2. Negatif - Rakyat yang bijak akan tahu menilai bahawa memang korupsi
itu ada dalam kerajaan Umno dan akan bertambah buruk dengan satu persatu
pendedahan SPRM.
Kesimpulannya, rakyat akan tetap kalah............
Arab Saudi
Najib berkata GST akan dilaksana di Arab Saudi.
Tindakan Najib berkata sedemikian bagi mengesahkan bahawa pelaksanaan GST adalah baik untuk negara.
Tetapi, ketara kebodohan Najib amatlah jelas. GST bukan baik untuk
rakyat, ia baik untuk kerajaan. Yang sakit membayar GST adalah rakyat,
bukan kerajaan. Bila kerajaan dah kutip berbilion hasil GST, maka,
kerajaan dapat membayar hutang-hutang dan menambah perbelanjaan si Badak
Sumbu.
Kesian, malanglah rakyat Arab Saudi kerana punyai rakan sejawat pimpinan dari Malaysia yang bodoh.
PAS
Bagi seorang realistik dan genius macam aku ni, aku masih percaya dan
yakin pada parti PAS walaupun mereka kini dilambung badai (jangan nak
nafikan perkara ni).
PAS era pasca arwah Tuan Guru Nik Aziz mula
berpecah dan berpuak. Jangan cuba untuk menafikan bahawa PAS masih
teguh dan stabil kiranya ada separuh atau satu per tiga daripada ahli
mereka menubuhkan parti baharu, Amanah.
PAS era Abdul Hadi Awang agak keras dan orang biasa macam aku ni panggil degil dan
ego.
Mereka melayan UMNO (walaupun Tuan Ibrahim Tuan Man konsisten
mengkritik isu-isu nasional, salute kepada beliau) dengan cara baik dan
berhemah tetapi tidak dengan DAP dan Amanah. Seakan ada dendam lama yang
berputik kembali.
Jadi,
sebagai orang biasa yang kerjanya memaki UMNO saban hari, pastinya aku
menginginkan satu blok pembangkang yang kuat untuk menghadapi BN celaka
pada PRU akan datang. Cuma, kini nampak orang PAS sudah tidak mahu DAP,
orang Amanah dan DAP sudah mencerca PAS, maka, apa mungkin kita dapat
melihat satu bentuk kejatuhan BN pada PRU akan datang.
Secara jujurnya, ia tidak akan berlaku jika tiada satu susuk figura yang kuat serta mampu menyatukan blok pembangkang untuk menukar kerajaan pusat pada pilihanraya akan datang.
Marilah terus membayar GST untuk tahun mendatang!!!