Kadang-kadang orang tersalah faham dengan pendirian seseorang.
Contohnya mengenai ideologi politik. Kita herdik PAS bukan kerana kita
membenci ulama atau pembawaan dasar parti itu. Kita kritik PAS adalah
kerana kita berbeza ideologi. Kita bukan membenci PAS. Kita benci
ideologi yang semua sedia maklum tidak berapa jelas.
"Apa yang tak jelas? Dah termaktub dalam dasar parti!", bentak mereka.
Mereka ini tidak faham konsep. Dasar parti memang tidak akan berubah
tetapi ideologi dan falsafah adakalanya berubah tertakluk kepada keadaan
dan masa ketika itu. Contoh mudah adalah idea penyertaan PAS ke dalam
Barisan Alternatif oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan seterusnya
Pakatan Rakyat.
Dasar parti tetap terpelihara. Hanya ideologi
sahaja ditambahbaik. Kalau bukan ditambahbaik, masakan PAS berjaya
memenangi hati pengundi ketika era 1998, 2008 dan 2013. Jika penyertaan
ke dalam BA dan PR ini tidak mendatangkan manfaat kepada PAS, maka,
apakah mungkin gelombang sambutan hangat yang mereka terima dalam 2 PRU
lepas hanya sekadar delusinasi?
Kesimpulannya, walau berbeza
ideologi, kita tidak pernah menghina ulama. Lainlah, jika itu UMNO. Itu
harus dihapuskan dari kepala hingga ke dasar.