Sunday, October 26, 2008

Kontrol Game Tapi Taktik Hancur

Apa yang boleh dikatakan semalam apabila menonton perlawanan Malaysia-Vietnam walaupun hanya di tv sungguh memilukan. Memilukan kerana pasukan yang sepatutnya menang tetapi tidak menang. Malaysia menguasai hampir keseluruhan permainan dengan Vietnam hanya bergantung kepada serangan balas yang mudah dipatahkan oleh benteng kebal Malaysia. Pujian harus diberikan kepada pemain pertahanan yang bermain dengan begitu baik sekali.

Tapi apakan daya Zamani Misbah gagal memasukkan bola ke dalam gawang ketika penalti. Segala hasil keringat sepanjang 120 minit dimusnahkan dengan hanya satu sepakan penalti yang gagal. Bagi aku, Helmi perlu lebih banyak belajar cara menahan penalti dengan merujuk kepada pemain bola asing. Sepatutnya beliau perlu terlebih dahulu melayangkan badan dengan bijak membaca gerakan lawan. Ini tidak,apa yang dilakukannya ialah melayangkan badan hanya apabila pemain itu sudah melakukan sepakan.

Pemain negara mempunyai stamina yang baik sepanjang perlawanan semalam. Satu pujian harus diberikan kepada team kecergasan mereka. Apapun, walaupun Malaysia kerap mengasak kubu lawan namun mereka seperti tiada arah tuju. Apa kejadahnya, menghantar bola secara melengkung ke dalam? Walhal mereka perlu lebih banyak melakukan 'tembakan' ke arah kubu mereka untuk mengucar-ngacirkannya. Ataupun membuat hantaran silang dari tepi. Tapi Sathia lebih suka anak buahnya menghantar bola sebegitu. Dari mula babak kedua hinggalah kepada wisel penamat masa tambahan. Sudah diketahui cara itu gagal, cubalah gunakan cara yang lain. Mahu juga cara itu.

Sathia juga membuat kesilapan dengan mengeluarkan Hardi terlalu awal sedangkan dia lebih dilihat sebagai playmaker malam itu. Tindakan memasukkan Ashaari nyata gagal apabila pemain itu tiada arah tuju dan kerap hilang bola. Malah tidak mahu langsung melepaskan rembatan ketika peluang terbuka sebaliknya skil gelecek yang hancur menghilangkan bola. Tiada langsung rasa bersalah pada mukanya. Dia perlu lebih banyak belajar kerana seakan tiada kesungguhan yang dipamerkan. Indra juga hilang punca. Begitu juga Safee Sali. Hanya mengancam pada babak pertama. Yang bermain baik semalam dan begitu konsisten ialah Daudsu yang kerap melakukan overlapping dan kerajinannnya memamng tiada tandingan. Sayang sekali jika Khyril Muhymeen diberikan peluang awal pastinya dia boleh membantu serangan negara yang layu semalam.

Vietnam boleh terus mempamer permainan sebegitu tetapi jangan haraplah mereka hendak menang Piala AFF Disember ini. Corak permainan yang negatif apabila mereka kerapkali berlakon mengaduh kesakitan walaupun hanya sedikit kekasaran dikenakan. Inilah rupa sebenar corak bapok yang diterapkan jurulatih mereka kepada pemain muda mereka. Tiada langsung nafsu ingin bermain bola. Kemudian jurulatihnya hendak marahkan pemain Malaysia pula akibat kekasaran yang dialami. Kalau aku ada di situ ataupun aku berada di tempat Sathia, akan segera aku tumbuk muka jurulatihnya, tumbukan demi tumbukan. Inilah corak bolasepak paling negatif dan bodoh pernah aku lihat apabila meletakkan 10 pemain di belakang bola. Bermain seperti tiada telur.

No comments:

 
Google Analytics Alternative