Sunday, May 30, 2010
Malam
Cerita-ceritamu sebelum tidur menjadi peneman jasadku dan penenang jiwaku....
Kalau boleh, setiap malam aku ingin mendengar cerita-ceritamu itu....
Labels:
Kisah Diri
Saturday, May 22, 2010
Piala Dunia Afrika
Patutlah supervisor paksa aku kerja lebih masa sekarang ni. Yelah, Piala Dunia kat Afrika dah nak mula.
Kat sana kan panas. Kenalah beli benda ni sebarang dua ye dak.
Nak letak dalam bilik media Stadium Nelson Mandela. Betul. Tak tipu punya.
Bersedia ke Afrika.
Nak aje aku duduk dalam kotak-kotak tu. Dapat pegi Afrika free. Nasib baik aku pikir 2-3 kali camne nak balik je.
Labels:
Hal Semasa,
Kisah Diri
Tuesday, May 18, 2010
Hantu?Setan?Jembalang?Toyol?
3. Rumah sewa aku kena rompak masa cuti sem. Yang tinggal kat rumah masa tu ada 3 orang kawan aku je. Ketiga-tiga hilang duit. Dekat beratus jugaklah. Bukan sekali dua. Dekat 2,3 kali jugaklah. Sayangnya, bukan manusia yang buat. 'Benda' lain buat. Siap bertuan lagi. Dengar cerita orang Indonesia. Bomoh mana entah yang bagitau ni kat kawan aku. Peliknya, duit je hilang. Komputer dengan laptop 'dia' tak minat nak curi pulak. Bukan IT punya spesis la ni. Lagi satu peliknya, kejadian ni hanya berlaku pada Rabu malam Khamis. Agaknya syarat dorang kot.
Akibat dah banyak kali sangat kejadian ni berlaku masa cuti arituh, member aku buat teori mudah. Simpan duit dalam bekas bertutup. Confirm dia tak ambil. Yelah, duit rumah ada beratus dalam tin biskut tak pulak 'dia' kebas. Agaknya 'dia' tak boleh buka benda bertutup kot. Nak lagi best, 'benda' ni boleh buat tilam member aku kat tingkat atas boleh turun kat tingkat bawah siap landing kat ruang tamu lagi.
Atas ni sedutan dari entri tahun lepas ni. Pasai apa aku letak balik benda ni? Memang korang hebat meneka. Ya, ia terjadi lagi sekali malam tadi. Apa yang aku boleh kata, modus operandi adalah sama seperti tahun lepas di mana terjadi lagi tilam di dalam bilik dengan tidak semena-mena di bawak keluar ke ruang tamu. Bila tanya semua orang, takde sorang pun dapat memberi jawapan. Kali ni banyak gak 'jembalang' ni dapat. Mau dekat satu ribu kot. Henpon member aku baru angkat guna duit PTPTN habis hilang macam tu je. Nasib baik hari tu dia tak jadi angkat IPhone. Kalau tak mau menangis dia tujuh hari tujuh malam duduk meracau dalam bilik.
Aku pulak keje shift malam, jadi boleh kata terselamatlah. Duit gaji aku bulan lepas kira-kira RM50 dalam locker pun terselamat. Alhamdulillah la, kalau tak, meragut rumput depan rumah ajela sampai hujung bulan. Benda-benda tahyul macam ni memang berat nak terima tapi tulah hakikatnya. Laptop baik punya tak kena rembat. Yang hilang duit dan telepon je.
Aku syak 'benda' ni nak merasa pakai henpon kot sambil duit tu buat beli topup. Pasni mana tau, dia advance lagi angkat PC dengan laptop yang ada dekat 9 biji dalam rumah ni buat main Fesbuk.
Labels:
Kisah Diri
Sunday, May 16, 2010
Guru
Masa kecik-kecik dulu impian aku nak jadi cikgu. Tu pun setelah membaca komik Great Teacher Onizuka (GTO). Beda'ah betul. Senang betul benda macam ni mempengaruhi pemikiran budak-budak.
Lepas aku selalu datang lambat ke sekolah dan asyik kena sebat, aku pikir-pikir balik. Payah jugak jadi cikgu ni. Kalau kerja asyik menyebat, mana aku berani. Aku tukar balik impian aku. Nak jadi pemain bola. Tapi sebab aku selalu jaring gol sendiri je, aku pikir lagi.
Aku pun taktau apa yang aku nak pikir dah. Tapi masa aku kecik aku ada pikir, kalau cikgu boleh melahirkan jurutera, peguam, arkitek, doktor tapi kenapa cikgu-cikgu punya gaji tak dapat celen gaji profesional-profesional ni sedangkan cikgu-cikgulah yang membentuk dorang. Aku tanya soalan ni kat umi yang seorang cikgu. Sayangnya, aku tak ingat apa jawapan umi masa tu.
SELAMAT HARI GURU UNTUK UMI DAN SEMUA GURU YANG PERNAH MENDIDIKKU. JUGA KEPADA SEMUA GURU DI DUNIA.
Labels:
Kisah Diri
Thursday, May 06, 2010
Empty Space
Fuh, busy betul semenjak balik dari praktikal training itu hari. Lepas submit report, terus mintak keje kat kilang-kilang kat Shah Alam nih. Mintak punya mintak, minyak dalam tangki motor pun dah nak habis, ada rezeki dekat satu kilang buat air-cond nih. Memang lu orang kenal la kalau aku cakap nama kilang nih. Tapi rahsia la. Mana tau kang lu orang datang pau gua plak...
Memang busy gila. Kerja 12 jam. Kaki sakit-sakit plak tuh bila balik. Tapi takpela, demi sesuap nasi ye dak..
Nantila aku update lagi...
P/S - Arsenal pehal suka nombor empat nih?
Labels:
Kisah Diri
Saturday, May 01, 2010
Brader
Itu hari masa aku jaga production line kat satu kilang multinasional ni, aku ada perasan satu brader.
Aku usha je brader ni dari jauh sambil packing barang. Rambut brader ni panjang paras bahu. Ada la cecah sikit kat uniform dia. Dia punya potongan seluar pulak memang sempit habis kat bahagian kaki. Aku ingat ada la dia cutting sampai 5 inci. Jambang brader ni pulak memang tahap Ramli Sarip kot. Er, kurang sikitla..
Dari kejauhan, aku nampak brader ni membuat gerak bibir seakan menyanyi sambil menolak troli. Fuh, aku dah syak dah brader ni memang layan rock parang ni. Tahap layan Cromok, May, Febians. Takpun paling busuk pun layan Umbrella. Nak lagi busuk, dia layan band Primary kot.
Brader tu dah makin dekat dengan line aku. Siulan lagu yang dia nyanyikan makin lama makin kuat. Aku dah mula cemas pikir brader ni layan band apa la dengan penampilan dia sebegitu. Dengan itu, dapatlah aku melihat dan membuat kajian, adakah penampilan boleh mempengaruhi minat muzik seseorang.
Lintas aje brader ni dekat line, lirik lagu brader ni makin menangkap dalam telinga aku. Brader ni tanpa segan silu muka hepi riang menyanyikan......
"Please..Please...Please...Kamu jangan nakal...Nanti aku bawa.....apa yang kau pesan..."
Brader tu dah habis lintas line aku. Suara sepoi-sepoi dia makin lama makin halus. Aku termenung kejap. Rupanya, penampilan atau pemakaian seseorang individu tiada kaitan dengan citarasa muzik dia. Benarlah kata pujangga.
Labels:
Kisah Diri
Subscribe to:
Posts (Atom)