Minggu sudah, aku telah ditugaskan oleh 'bos' untuk memeriksa sistem penyaman udara di kampus Puncak Alam UiTM. Entah apa yang rosak atau breakdown, aku pun taktau. Itu sebab aku kena ke sana. Untuk memeriksa. Aku ke sana menaiki kenderaan 'syarikat' disebabkan mudah. Kalau naik kenderaan sendiri, belum tentu dapat claim. Agak-agak kalau dalam tahun ni pun belum tentu dapat.
Disebabkan sampai sana dah dekat pukul 2.30 petang, aku segera ke surau untuk zuhur dahulu. Sebagai engineer, kita tidak boleh lari dari menunaikan ibadah kerana setiap rezeki datang dariNya apatah lagi untuk menjadi jurutera yang mapan dan berdaya saing, iman mesti kuat menangani arus global. Setelah selesai solat, aku sempat menyambar roti inti telur buat mengalas perut yang tidak menjamah makanan sejak dari pagi lagi. Sambil itu, aku hisap rokok dulu, meninjau-ninjau kawasan kampus Puncak Alam ni. Memang sofistikated dan ada ala-ala Singapore dia punya bangunan-bangunan. Masih, banyak lagi kosong di sana sini kerana khabarnya ni baru fasa pertama. Belum dua, tiga dan empat fasa lain. Memang satu tanah Bukit Cerakah ni dia ambik.
Bukan kampus gua
Dekat pukul 3 petang, barulah member aku dapat call dari control room supaya datang ke bangunan control plant ataupun dipanggil site plant. Dengan udara panas dan matahari terik, kami berjalan lebih kurang 1km ke bangunan tersebut. Memang gagahlah nak berjalan sejauh tu dengan menyarung jaket seorang jurutera. Walaubagaimanapun, kami disambut mesra brader Aziz(entah ye ke namanya ni?) di Bilik Kawalan Penyaman Udara. Oh ya, bukan penghawa dingin ye, sebenarnya pendingin hawa. Ramai keliru di situ. Kami diberi taklimat sekitar 15 minit sambil membaca handout yang diberikan. Tanpa persiapan sempurna, kami buat-buat paham akan masalah dihadapi mereka.
Selesai taklimat, aku minta izin. Bukan untuk balik tapi mintak tumpang bilik air. Dari tadi menahan sebab bilik kawalan tu sejuk benor. Ok, selesai. Jadi, kami pun memulakan misi dengan berbekalkan topi keselamatan. Kami dibawa ke LV room tapi nampaknya semua ok di sini. Kemudian, kami naik ke tingkat atas di mana cooling tower ditempatkan. Kami lihat 2 daripada 5 saja cooling tower yang running. Jadi, aku pun membuat kesimpulan mudah dengan mengatakan kegagalan cooling tower berfungsi membuatkan sistem air-cond terganggu. Tapi, brader Aziz senyum je. Dia kata off-peak memang running 2 je. Maksudnya, bukan waktu puncak untuk kasi jimat tenaga, dia jalan 2 je. Oh, ok, aku malu di situ.
Kami turun pula ke chiller plant. Chiller plant ni adalah untuk kasi supply air sejuk ke bangunan-bangunan di dalam kampus ni. Pendek kata, chiller plant ni proses air daripada tangki besar bagi dia sejuk habaq kat hang. Nampaknya semua ok ni. Kata Abu Jabit dari kumpulan kami. Brader Aziz sekali lagi senyum-senyum kambing. "Kalau semua ok, jom check tangki TES", kata aku.
Sistem perpaipan
TES Tank
Tangki TES (Thermal Energy Storage) digunakan untuk menyimpan air dan circulate balik air ni ke chiller tadi. Semua proses ni sebenarnya adalah berulang-alik. Kalau aku dok ludah dalam tank ni pun, hangpa dok layan je nikmat air-cond dalam bilik kuliah tu. Padan muka. Kahkahkah.. Tiba-tiba, Abu Jabit berkata, " Hah, tu bocor!!" kata beliau seraya mendepakan tangan ala Titanic. Sedar dia silap isyarat tangan, dia menunjuk ke arah bawah tangki tu. Memang nampak macam bocor ditambah dengan lumut-lumut hijau kat situ bikin semak mata memandang. Dengan tidak semena-mena, Brader Aziz menepuk dahi Abu Jabit dengan agak selamba.
Takde bocor pun
"Member ko tu hah, mulutnye bocor!!"kata Brader Aziz lalu menunjuk ke arah aku. Eh, apsal plak aku??
Tiba-tiba, aku terkejut dari lamunan tidurku. Laaa, baru ku tahu, aku rupanya belum jadi engineer lagi. Mimpi je. Baru buat site visit ke Puncak Alam je pun tadi dah macam-macam. Air liur yang nak meleleh ke jaket fakulti aku tu, aku sapu dan calitkan pada kerusi kenderaan 'syarikat' iaitu sebuah bas universiti.
2 comments:
Haha terbaik bro ... igtkan betul2 kahkah . minat dgn gaya penulisan yg santai . keep it up bro haha
Terima kasih bro!
Post a Comment