Sunday, January 29, 2012

Inverted Siphon

Inverted siphon


Minggu selepas cuti raya cina, aku disibukkan dengan satu projek pembetungan di Seremban di mana aku terlibat dalam merekabentuk 'inverted siphon' atau dipanggil 'depressed sewer'. Dalam bahasa Melayu, aku kurang pasti ia dipanggil apa. Kalau diikutkan ini kerja jurutera awam tapi sebagai satu company yang berdaya saing, aku dipertanggungjawabkan untuk mengkaji dan seterusnya merekabentuk sistem tersebut kerana sebelum ni memang tidak ada contoh dan panduan design tersebut.

Sistem ini mudah sebenarnya. Ia mengalirkan air sisa buangan melalui bawah sungai dan dinaikkan secara graviti. Ia tidak membabitkan penggunaan pam untuk menaikkan air ke aras yang asal, cukup hanya menentukan kadar aliran dan halaju yang bersesuaian sahaja. Jadi, saiz paip memainkan peranan dalam menentukan kadar aliran dan halaju mencukupi bagi menaikkan air sisa ini ke aras asalnya. 

Kemuncak pada kajian dan rekabentuk yang aku buat ini dipersembahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan pada satu presentation kepada mereka di The Mines. Namun, sistem 'inverted siphon' ini tidak disentuh sangat semasa presentation tersebut. Legalah aku kerana tidak perlu bersusah payah bercakap di hadapan orang, sebaliknya aku mendapat jamuan tengahari daripada agensi berkenaan.

Tuesday, January 24, 2012

Kembara Seorang Jurutera

Jurutera


Sebenarnya, mungkin selepas ini aku akan lebih banyak mengupas mengenai profesion aku sebagai seorang jurutera yang dibayar rendah ni sambil tidak mengenepikan cerita-cerita menarik yang ada berlaku di sekeliling aku. Bersesuaian dengan tajuk blog ni sebagai wadah kembara aku, maka atas alasan itulah aku tampil dengan lebih banyak cerita seorang jurutera. 

Hatta walaubagaimanapun, bukan ada orang kisah pun aku nak tulis apa, ye dok? Cuma apabila aku lihat trafik blog ni sebenarnya tidaklah rendah sangat dan sentiasa berpengunjung cuma kome malas nak komen ya. Hehe. Namun, aku tak kisah itu semua. Yang penting, dapat manfaat sedikit sebanyak. Kalau tak banyak pun, sikit pun jadilah.

Nasihat aku sebagai kepada mereka yang menyimpan impian untuk bergelar jurutera, mulakan dari bawah. Kalau dapat peluang bekerja di syarikat besar seperti Proton, Petronas atau MMHE, itu satu rezeki terpijak. Tapi jika, tak dapat pun, mulakan dari company kecik-kecik. Tak boleh memilih sangat. Tambahan pula, kalau nak join konsultan. Kita dapat mengumpul banyak pengalaman bila join konsultan kecik-kecik ni. Dari sekecil-kecil benda simple seperti melipat drawing, membuat kerja binding, mengendalikan mesin fotostat atau menjadi despatch, semua tu pengalaman. 

Walaupun kita akan merungut kerana buat kerja macam ofis boy tapi itu sebenarnya pelajaran yang berguna untuk masa depan kelak. Bila kita dah 'cekup' semua benda-benda simple ni, dijamin kita takkan ada masalah bila lompat ke company-company besar sebab kita dah tau macamana kerja orang bawahan kita. Contohnya bila kau dah join company besar, kau boleh je suruh budak junior lipat drawing. Tapi kalau kau sendiri tak tahu macam mana nak lipat drawing, kan problem namanya tu. 

Sekian, pelajaran kejuruteraan hari ini. :)


Kredit sumber gambar: http://senggara.wordpress.com/2012/05/26/artikel-pilihan-jurutera-muda/

Student Ekonomikal

Ni contoh makanan student


Kadang-kadang seorang pelajar terlupa bahawa dia adalah seorang pelajar yang hanya mengharapkan bantuan PTPTN untuk biaya diri. Ketika mereka membeli Blackberry baru atau smartphone baru, mereka tak memikirkan kesan daripada kehangusan duit PTPTN itu atau mungkin mereka sudah memikirkannya namun disebabkan naluri kuat untuk memiliki gadjet ataupun motosikal Yamaha LC, mereka sanggup berkorban.

Salah satu pengorbanan yang aku dan rakan-rakan atau korang sendiri pernah buat adalah penjimatan dari segi makanan. Menahan lapar daripada makan makanan yang sedap-sedap adalah lumrah seorang student. Antara kegemaran student adalah nasi dengan telur mata bersama kicap. Itu paling simple. Kalau ada rezeki lebih sikit (hasil daripada member bayar hutang atau buat part time jual kerepek kat kampus), dapatlah beli hotdog atau daging burger segera.

Samada ini lumrah dunia student atau ketidakcekapan kerajaan, aku tak tahu.

Pelan Jangka Panjang


Kegunaan jangka panjang



Sebenarnya Arsene Wenger ni seorang yang bijak. Beliau dikritik hebat ketika Alex Oxlade Chamberlain dikeluarkan ketika Arsenal tumpas 1-2 kepada Manchester United. Bimbang bakat hebat ni dihidu Barcelona, maka, tindakan Wenger patut dipuji.

Sunday, January 15, 2012

Sangkar Emas

Aku mula merasakan seperti berada di dalam sangkar emas. Segalanya tampak indah di luar tapi aku seakan tak bisa menyentuhnya.

Kalau mahu ke kenduri kahwin rakan, perlu dihantar atau diteman mereka.

Kalau mahu keluar membeli belah, perlu dihantar atau diteman mereka.

Kalau mahu pergi ke rumah rakan, perlu dihantar atau diteman mereka.

Kalau mahu membeli insurans, perlu menepati pilihan mereka.

Kalau mahu membeli kereta, perlu mengikut selera mereka.

Pendek kata, sebarang keputusan tidaklah berada di tangan aku.

Aku mula rasa sesak dan sukar bernafas. Buat masa sekarang, biarlah aku bersabar dan masih menyatakan syukur aku.

Wednesday, January 11, 2012

Sunday, January 01, 2012

Recap 2011







Sepatutnya entri ni dirilis sebelum masuknya tahun baru 2012. Namun disebabkan aku tidak mahu dicop sebagai golongan penyambut tahun Masihi, aku lewatkan sedikit. Kuikuikui...

Ah, tidak ada apa recap sangat pun yang aku nak buat. Cuma antara perkara paling manis dan bermakna buat aku sepanjang tahun 2011 lalu adalah aku berjaya mencapai impian yang aku tulis pada ruangan 'Cita-cita' dalam kad kemajuan masa sekolah rendah dulu. Ketika itu, mungkin aku berusia 8 atau 9 tahun. Apa yang aku tulis ketika aku berumur 8 atau 9 tahun dahulu, memang tidak pernah aku terjangka yang ia akan menjadi realiti 15 tahun kemudiannya. 

Ketika menulis perkataan 'Jurutera' pada kad kemajuan tersebut, memang tidak pernah terlintas sekalipun dalam sudut hati aku bahawa akan tibanya suatu hari nanti aku bergelar jurutera. Masakan umur 9 tahun boleh terfikirkan hal sebegini. Menulis pun hanya sekadar mengikut kawan dan bersandarkan kepada kepopularan profesion itu sendiri ketika itu. Sudah tentunya, penghargaan dan kesyukuran sahaja yang dapat aku panjatkan kepada Yang Maha Esa atas setiap yang berlaku dengan keizinan dari-Nya.

Sayang sekali, kad kemajuan 15 tahun yang lalu itu sudah hilang ditelan masa, jika tidak dapatlah aku menunjuk-nunjuk kepada cucu-cucuku di kemudian hari. Bukan apa, sekadar memberi motivasi kepada mereka untuk memajukan diri. Kita memang takkan pernah termimpi apa akan terjadi kepada kita di kemudian hari. Kerana apa yang boleh dikaut dari secebis kisah atuknya ini, hanyalah satu perkataan yang dipanggil USAHA.

Jadi, 2011 dan 1432 Hijrah yang lalu ini akan saya kenang sebagai tahun yang memberikan inspirasi dan pencetus kepada harapan saya. Tahun di mana saya mencapai impian saya. Tahun di mana saya beroleh nikmat terbesar dariNya. Dan semoga tahun-tahun mendatang terus memberikan inspirasi buat saya.

#Selagi mana kita berusaha pada impian kita, selagi itulah mimpi kita bergantungan di langit-langit untuk kita capai. Selamat tahun baru 2012 semua!



 
Google Analytics Alternative