Sunday, January 01, 2012

Recap 2011







Sepatutnya entri ni dirilis sebelum masuknya tahun baru 2012. Namun disebabkan aku tidak mahu dicop sebagai golongan penyambut tahun Masihi, aku lewatkan sedikit. Kuikuikui...

Ah, tidak ada apa recap sangat pun yang aku nak buat. Cuma antara perkara paling manis dan bermakna buat aku sepanjang tahun 2011 lalu adalah aku berjaya mencapai impian yang aku tulis pada ruangan 'Cita-cita' dalam kad kemajuan masa sekolah rendah dulu. Ketika itu, mungkin aku berusia 8 atau 9 tahun. Apa yang aku tulis ketika aku berumur 8 atau 9 tahun dahulu, memang tidak pernah aku terjangka yang ia akan menjadi realiti 15 tahun kemudiannya. 

Ketika menulis perkataan 'Jurutera' pada kad kemajuan tersebut, memang tidak pernah terlintas sekalipun dalam sudut hati aku bahawa akan tibanya suatu hari nanti aku bergelar jurutera. Masakan umur 9 tahun boleh terfikirkan hal sebegini. Menulis pun hanya sekadar mengikut kawan dan bersandarkan kepada kepopularan profesion itu sendiri ketika itu. Sudah tentunya, penghargaan dan kesyukuran sahaja yang dapat aku panjatkan kepada Yang Maha Esa atas setiap yang berlaku dengan keizinan dari-Nya.

Sayang sekali, kad kemajuan 15 tahun yang lalu itu sudah hilang ditelan masa, jika tidak dapatlah aku menunjuk-nunjuk kepada cucu-cucuku di kemudian hari. Bukan apa, sekadar memberi motivasi kepada mereka untuk memajukan diri. Kita memang takkan pernah termimpi apa akan terjadi kepada kita di kemudian hari. Kerana apa yang boleh dikaut dari secebis kisah atuknya ini, hanyalah satu perkataan yang dipanggil USAHA.

Jadi, 2011 dan 1432 Hijrah yang lalu ini akan saya kenang sebagai tahun yang memberikan inspirasi dan pencetus kepada harapan saya. Tahun di mana saya mencapai impian saya. Tahun di mana saya beroleh nikmat terbesar dariNya. Dan semoga tahun-tahun mendatang terus memberikan inspirasi buat saya.

#Selagi mana kita berusaha pada impian kita, selagi itulah mimpi kita bergantungan di langit-langit untuk kita capai. Selamat tahun baru 2012 semua!



No comments:

 
Google Analytics Alternative