Pada tahun ini, terpacullah satu model diberi nama Naza Forte mula dijual di Malaysia. Ketika itu, aku lihat ia adalah satu kereta yang sangat menawan dan sungguh sporty. Aku berhajat ingin membelinya walhal ketika itu, aku baru sahaja masuk ke tahun kedua universiti di Shah Alam. Aku simpan erat-erat hajat ini dan jadikan ia impian aku. Insyaallah satu hari nanti.
Foto-foto yang aku ambil pada 18 Disember 2009 ketika berkunjung ke Kia Batu 9, Cheras
2011
Aku mula bekerja di sebuah konsultan. Hajat aku nak beli kereta tersebut nampaknya agak susah kerana harganya masih mahal dan tidak mampu aku miliki dengan duit gaji yang aku terima. Jadi, aku simpan dan pendamkan saja hasrat ini.
2013
Naza Kia mengumumkan Naza Forte akan dihentikan jualannya dan diganti dengan model Cerato. Betapa ironinya, pengumuman ini aku terima ketika aku dalam lawatan pembelajaran di Korea di mana aku lihat banyak sungguh kereta jenama Kia meluncur di jalanraya. Cuma, nama yang digunakan berbeza. Contohnya, Kia K5 di Malaysia dipanggil Kia Optima, Kia Cerato dipanggil Kia Forte manakala Kia K3 pula dipanggil Kia Forte di Malaysia. Susulan pengumuman Naza Kia tersebut, aku rasa seperti tidak berapa sedih malah aku yakin, ia masih boleh dibeli secara second-hand.
Sekitar September tahun tersebut, tiba-tiba aku mendapat dorongan yang kuat setelah aku melihat sebuah Kia Forte warna putih yang diletakkan di kedai menjual kereta terpakai untuk dijual. Ia sungguh menawan sekali. Segera aku berkunjung ke kedai tersebut untuk bertanyakan lebih lanjut. Harga yang ditawarkan menarik namun aku perlu survey tempat lain supaya dapat jual semula kenderaan aku (Getz) dengan harga tinggi. Bermula daripada dorongan itu, aku menjelajah hampir ke seluruh pelusuk Lembah Klang untuk mencari Kia Forte berwarna putih. Daripada September membawa ke Oktober, dari Oktober membawa ke November, hampir kesemuanya hampa.
Tiba-tiba, pertengahan bulan November, aku terjumpa satu rakan Facebook yang menggunakan nama Kia Forte yang aku syak adalah salesman Kia menyatakan mereka mempunyai Forte tahun 2013 berwarna kelabu. Setelah berminggu-minggu aku asyik pulang hampa dari kedai used car, aku dapat ilham untuk menghubungi brader tersebut di dalam perjalanan pulang melalui Lebuhraya Persekutuan. Pertemuan diatur pada hujung minggu dan tanpa berlengah, aku membawa terus dokumen diperlukan.
Masuk bulan Disember, brader salesman tu kata model 2013 tu dah diambil orang dan beliau cuba mengusahakan untuk mendapatkan kereta lain pula. Dan seterusnya, brader tu pun menyampaikan berita gembira bahawa model Forte 2012 berwarna putih ada stok di Gurun, Kedah. Dan, aku pun bersetuju untuk membelinya walaupun ia adalah model berspesifikasi rendah (model EX).
2014
Alhamdulillah, pada 12 April 2014 lepas, aku pun menerima kenderaan yang aku impikan sejak 2009 lagi ketika aku mula-mula masuk ke showroom Kia. Allah memakbulkan permintaan hamba-Nya ini walaupun proses itu lambat, namun segalanya pasti mempunyai hikmah tersendiri. Allahuakbar, syukur Alhamdulillah.
Foto-foto 12 Mac 2014 di Kia Jalan Chan Sow Lin
P/S - Percayalah, jika rezeki Allah sudah tertulis untuk kita, pasti ia akan menjadi milik kita jua akhirnya. Cepat atau lambat sahaja. Terima kasih Allah. Allahurobbi.....
2 comments:
salam
alhamdulillah seronok dgr perkembangan terkini.
sedar tak sedar dah lama kita bersahabat di alam maya ni. semoga terus sukses.
-silent reader-
waalaikumsalam,
Masyaallah, tuan masih mengikuti blog saya hingga hari ini. Terima kasih banyak saya ucapkan. Jika tidak keberatan, sudilah kiranya tuan memberikan alamat facebook tuan supaya dapat saya menambah ilmu daripada tuan. Jika tidak boleh pun, tidak apa. Saya tidak berkecil hati dan faham.
Terima kasih sekali lagi tuan.
Post a Comment