Saturday, May 09, 2015

Tabung Bajie


Ramai juga yang saya perhatikan di laman sosial (penyokong Umno) tidak memahami isu Tabung Haji dan Tun Razak Exchangenya. Saya pun bukanlah arif tetapi sekurang-kurangnya kita pasti dapat mengutip ilmu melalui pembacaan dan pemahaman persekitaran.

Tabung Haji Properties (THP) membeli setengah ekar tanah daripada 1MDB yang pada asalnya dibeli dengan RM4 juta dengan harga yang melambung tinggi mencecah RM 194 juta. Mengikut analisis dan perkiraan THP, ia bakal memberi pulangan pelaburan mencecah RM500 juta (betulkan jika salah) memandangkan faktor kawasan tersebut terletak di segitiga emas Kuala Lumpur. Isunya di sini adalah kenapa terlalu mahal?

Terdapat tulisan di laman sosial mengatakan bahawa ia perlu diselamatkan daripada pelabur luar dan totok Umno berpendapat ia akan memberi keuntungan jangka panjang kepada THP dan kerajaan. Isunya di sini adalah 1MDB adalah syarikat 100% kepunyaan kerajaan dan THP pula adalah GLC. Mengapa dana THP digunakan untuk membeli tanah daripada syarikat kepunyaan kerajaan sedangkan umum tahu bahawa 1MDB itu sahaja sudah bermasalah dengan hutang dan aliran tunainya yang teruk? Ini belum sentah lagi isu "conflict of interest" dengan lembaga pengarah THP dan 1MDB tu adalah orang yang serupa.

Saya teruskan pembacaan di alam maya dan menjumpai kebanyakkan komen yang bersedih dengan provokasi yang diciptakan kepada THP (entah siapa cipta?) dan mengatakan orang Islam berdengki sesama Islam dan akhirnya tanah THP itu jatuh ke tangan pelabur lain.



Dalam hal ini, saya boleh katakan mereka yang bermain dengan sentimen Islam dan Melayu (jika ada) sebagai seorang yang mempunyai akal yang singkat dan pemikiran yang hodoh. Masakan ia tidak nampak kebobrokan dan isu utama yang lebih mudarat daripada sentimen Islam dan tanah kepada orang Islam. Lebih banyak wang rakyat yang digunakan untuk melepaskan (bail-out) 1MDB yang berhutang berbillion itu tidak pula mereka nampak manakala tanah Islam yang tergadai (kononnya) itu mereka nampak? Namun, isu kesingkatan akal totok Umno ini hanyalah isu picisan. Lebih teruk, minda totok Umno sudah tidak dapat diubati lagi.

Insyaallah, saya akan menulis lagi.


Ini Bajie

No comments:

 
Google Analytics Alternative