Sekitar selepas raya hari tu, aku dan mak aku pergi ke area Bangi
untuk makan malam. Tengah-tengah makan, kami didatangi seorang budak
mintak derma sambil pegang botol pil kapsul berumur dalam lebih kurang
10 tahun. Katanya belajar pondok kat Kedah dan asal daripada Perak. Puas
jugalah kami interview dia sebab nak tahu juga siapa yang hantar dia
untuk kutip derma. Katanya ada seorang ustaz hantar ke area situ untuk
kutip derma bagi sekolah pondoknya.
Esoknya Isnin. Jadi, kami
pun tanyalah esok tak ke sekolah ke? Dia jawab tidak sebab masa tak
sama dengan sekolah biasa. Setelah selesai sesi soaljawab, aku pun hulur
RM5 untuk duit dia pergi makan. Mak aku pula hulur lagi RM5 untuk derma
sekolah pondoknya.
Lebih
kurang semalam (13 Ogos), aku yang berada di area Wangsa Maju malam
tersebut, terserempak dengan budak yang sama! Tetapi, dengan 2 orang
lagi kawannya dengan memegang ubat pil kapsul. Dengan cara yang lebih
kurang macam di Bangi tempohari, mereka bertiga pun berjalan di sekitar
restoran berdekatan dengan kawasan Petronas tepi MRR2 tu. Aku perhati je
dari dalam kereta. Dari satu ke satu restoran dia singgah minta derma.
Last sekali, dia ke Petronas tu dan bersalam dengan pekerja Petronas
warganegara Bangladesh (rasanya) sambil tersenyum-senyum dan
menghenjut-henjut salaman tangan. Aku kira, budak ni macam dah kenal
lama dengan mamat Bangla ni.
Mungkin benar budak ni minta derma,
mungkin juga memang sekolah pondoknya di Kedah hantar dia ke KL untuk
minta derma. Kita kena sangka baik. Moga-moga amal menjadi ikhlas. Cuma,
aku sedikit kasihan dengan masa depan budak-budak sebegini. Apakah ilmu
mampu memerdekakan mereka atau kita hanya mampu melihat mereka
terus-terusan sebegitu?
Nota - Moga aku ketemu lagi adik ini untuk bertanya lebih lanjut.