Melihat kepada senario industri musik dari kaca mata seorang pendengar biasa seperti saya, tidak hairanlah mengapa orang ramai kurang berminat membeli
album-album keluaran artis Melayu. Lihat saja lagu-lagu yang naik muak
diputarkan di radio sampai sehari nak dekat 90 kali. Lagu-lagu
dihasilkan dengan melodi mudah, lirik melepas batuk di tangga dan tidak
puitis, tiada bridge yang ditambah dengan gitar solo, rap yang entah
apa-apa wajib ada dan macam-macam lagi lagu yang dihasilkan oleh mesin.
Lagu seperti Siapa Diriku, Cakerawala, Hey Kau, Supergirl,
Terlalu Rindu, Hantu atau Buaya dan lain-lain (sekadar memetik beberapa
tajuk) langsung tiada jiwa. Tiada nilai seni dan hanya sekadar sedap di
halwa telinga untuk seminit dua. Lagu-lagu nyanyian Sissy Iman, Eyza
Bahara, Nana Sheme, Elena Harris, Ayda Jebat, Wani Kayrie, Aziz Harun
dan lain-lain yang entah datang dari pelusuk mana terus mendapat putaran
ke udara berpuluh kali sehari. Ia tidak akan bertahan lama, tidak akan
menjadi evergreen, tidak akan menjadi lagu wajib di pusat karaoke atau
tidak akan disebut-sebut selepas 2,3 bulan.
Ini menunjukkan industri kita kian tenat. Bukan tenat dalam penghasilan
lagu. Tetapi, tenat dalam kekurangan lagu yang ada jiwa apabila
dipenuhi oleh orang-orang bodoh di dalam industri baik di dalam studio
rakaman mahupun stesen radio.