Tuesday, December 22, 2015

Industri Tenat


Melihat kepada senario industri musik dari kaca mata seorang pendengar biasa seperti saya, tidak hairanlah mengapa orang ramai kurang berminat membeli album-album keluaran artis Melayu. Lihat saja lagu-lagu yang naik muak diputarkan di radio sampai sehari nak dekat 90 kali. Lagu-lagu dihasilkan dengan melodi mudah, lirik melepas batuk di tangga dan tidak puitis, tiada bridge yang ditambah dengan gitar solo, rap yang entah apa-apa wajib ada dan macam-macam lagi lagu yang dihasilkan oleh mesin. 

Lagu seperti Siapa Diriku, Cakerawala, Hey Kau, Supergirl, Terlalu Rindu, Hantu atau Buaya dan lain-lain (sekadar memetik beberapa tajuk) langsung tiada jiwa. Tiada nilai seni dan hanya sekadar sedap di halwa telinga untuk seminit dua. Lagu-lagu nyanyian Sissy Iman, Eyza Bahara, Nana Sheme, Elena Harris, Ayda Jebat, Wani Kayrie, Aziz Harun dan lain-lain yang entah datang dari pelusuk mana terus mendapat putaran ke udara berpuluh kali sehari. Ia tidak akan bertahan lama, tidak akan menjadi evergreen, tidak akan menjadi lagu wajib di pusat karaoke atau tidak akan disebut-sebut selepas 2,3 bulan. 

Ini menunjukkan industri kita kian tenat. Bukan tenat dalam penghasilan lagu. Tetapi, tenat dalam kekurangan lagu yang ada jiwa apabila dipenuhi oleh orang-orang bodoh di dalam industri baik di dalam studio rakaman mahupun stesen radio.

No comments:

 
Google Analytics Alternative