Saturday, October 11, 2008

Berita Hari Ini Yang Aku Terkejut Baca

Aku memang jarang dapat baca suratkhabar di rumah sewa aku. Bila balik rumah sahaja peluang aku untuk baca suratkhabar ini muncul. Jadi, aku ada di rumah aku sekarang. Maksudnya di rumah family la. Bolehlah aku baca suratkhabar termasuklah yang dah outdated punya. Aku bukan tak baca langsung paper kalau duduk dekat rumah sewa aku. Aku baca online. Itupun jarang sangat. Kalau bosan barulah search Mymetro atau Berita Harian. Bukan bagus sangat kalau baca paper arus perdana ini.

Tapi dalam pada aku baca suratkhabar tadi, aku terkejut dengan beberapa berita ini. Ala, kalau dah basi cerita ini, kau orang diam-diam sajalah. Aku kan tak layan sangat media arus perdana ni. Ceh. Macam orang dalam gua pulak aku ni.

Politik

La,Paklah taknak pertahankan jawatan dia. Nak berhenti Mac. Kenapa agaknya? Mesti dia tahu yang ramai orang tak suka dia. Yang best tu bila dia kata, " Saya tak mahu lihat Umno dan BN berpecah-belah". Kiranya dia inilah punca kan? *(Punca sedap kalau dibaca baku)

Sukan

M. Karathu latih Perak ke? Macam tak seronok je bunyinya. Steve Darby nak ke Maldives sebab gaji tak dibayar hampir 3 bulan. Pemain Perak semua blah kecuali Hardi dan Shahrulnizam. Utusan tulisla. Taktaulah betul ke tak. Habislah Perak season depan.

Hiburan

Peterpan buat last album(cover album gambar mereka dalam plak kaca, what the..?)sebelum mereka tukar nama band. Apa perlunya hah? Lineup sama tapi nama band tukar. Biasanya kalau nama-nama sesuatu itu ditukar, selera orang pun bertukar. Kata oranglah. Mungkin mereka boleh dapat pengikut baru pula nanti. Aku kisah apa kan. Tapi terkejut jugalah aku daripada cerita Mawi-Ikin itu.

Itu sajalah yang aku dapat dari paper hari ini. Ia menunjukkan betapa bosannya aku hinggakan cerita suratkhabar pun boleh jadi modal posting.

P/S - Cerita Raya aku telah dibatalkan setelah gagal melepasi Syarat Wajib Tayang. Huh.

Friday, October 10, 2008

Rayaku Selamat

Setelah sekian lama aku beraya, tiada langsung kesempatan untuk aku menulis di sini. Dengan tempoh masa setengah jam yang aku beri pada diriku sendiri sekarang ini, aku perlu cepat. Ya,kerana pagi esok aku perlu membuat presentation ala-ala lakonan berskrip untuk subjek Mandarin.
Sekarang pukul 2.03 pagi. Aku perlu tidur segera supaya nampak segar esok pagi untuk tujuan yang aku nyatakan tadi. Ikut hati aku nak tidur dah tadi tapi nafsu ku kuat membentak untuk menulis ketika ini.
Ahh. Lupakan. Pengalaman raya? Huh, memang indah. Dalam kesempatan yang terhad ini memang tak cukup untuk aku ceritakan semua. Biarlah aku beritahu satu perkara sahaja iaitu pasal duit raya. Sebelum raya hari itu, aku sudah menjangkakan kutipan duit raya aku akan makin jatuh ibarat jatuhnya saham BSKL di papan saham. Namun, telahan aku itu salah belaka. Malah, kutipan duit raya aku pada tahun ini antara yang terbaik pernah aku dapat sepanjang 21 tahun aku hidup. Jumlahnya tak perlulah tahu kan. Cukuplah bagi aku yang sering sahaja gagal mendapat kutipan duit raya yang baik (seperti gagalnya pengarah filem Melayu mendapat kutipan tiket panggung) sejak tahun kebelakangan ini.

Kesibukan terus sahaja melanda aku sebaik saja tiba raya ke-6. Raya ke-6 dah pergi kelas? Bapaklah sakit bunyinya kan. Buka saja sesi pembelajaran, assignment dan presentation datang menghempap kepala aku yang sudah beruban. Apakah nasib ini?

Err. Cerita Raya aku memang banyak tapi aku taktau nak mulakan dari mana. Dalam masa yang terhad sambil meminjam PC member aku ini, aku tak rasa yang aku boleh ceritakan pengalaman Raya di kala jam sudah menunjukkan pukul 2.14 ini. Maka aku tangguhkan dulu lain kali ya. Bukan menarik sangat pun. Tak boleh dijadikan DVD pun.

Selamat tinggal. Lecturer amoi aku menunggu esok. Amoi? Hah,memang amoi pun.

Thursday, September 25, 2008

Menunggu Adrenalin

Hari jumaat ini aku bakal berdepan dengan ujian Matematik atau bahasa upgrade-nya, Kalkulus. Tanpa sebarang persediaan mantap sepertimana aku lakukan ujian-ujian sebelum ini,perasaan aku bercampur-baur. Takut,resah,kecewa dan depresif adalah antaranya.
Memang agak sukar subjek Math kali ini. Samada silap pensyarah itu atau aku sendiri, aku pun tak tahu. Yang nyata,aku pun tidak mengambil langkah untuk mengatasinya. Eh,ada. Aku ada beli buku yang berharga separuh dari harga jiran kau punya Playstation 1 second. Memang second sekarang. Yang baru mana ada dah. Aku pun nak tolak PS1 aku tu. Kalau nak bagitau la ye. Apa pulak masuk cerita lain ni.

Ketika ini aku teringat cikgu tuisyen aku pernah berkata.

"Last minute study is the best study!"

Hah. Dia kata lagi yang bahawa masa last minute itulah adrenalin kita menjadi laju sekaligus membuat otak kita berfungsi dengan lebih efektif dan berkesan. Ibarat menikmati secawan kopi Nescafe atau lebih sedap,Tongkat Ali cafe. Ah,macam-macamlah air sekarang.

Maka,aku hanya mengikut sahaja kata-kata guru tuisyen aku itu sama macam aku ikut sebelum ini. Memang, ia berkesan. Kala ini aku hanya menunggu adrenalin aku untuk hadir menggerakkan otak aku yang kelesuan ini.Pheww..

Monday, September 22, 2008

Modenisasi hanya untuk haiwan di rimba

Sekarang entah kenapa aku layan pulak dengar lagu Mawar Khayalan dari Laila's Lounge ini. Masa mula-mula dengar dulu aku rasa macam biasa aje. Baru-baru ni dengar balik macam layan pulak.

"Modenisasi hanya untuk haiwan di rimba"

"Globalisasi cuma jadi tuan si hamba"

"Monarki untuk apa badut-badut istana"

Mendalam maksud ini.Korang tafsirlah sendiri.



Hujung minggu lalu juga aku sempat dengar album Butterfingers 'Kembali' atas ihsan kawan adik aku. Yela,dia beli untuk kawan dia.Akupun apalagi, curi-curi dengarla. Nasib baik tak rembat stiker yang ada tu.

Album baru ini banyak lagu yang slow tak macam Selamat Tinggal Dunia dulu. Apapun,lirik lagu dalam album ini banyak berkait dengan keindahan bahasa melayu itu sendiri. Peribahasa pun ada pakai. Bak kata pepatah, Butterfingers sudah kembali ke akar Melayu itu sendiri. Bagi akulah. Emmet pun kata lagu ini untuk rakyat. Jadi,sempena Ramadan ini,marilah kita kembali ke akar Melayu kita.(dengan mendengar album Kembali).Ceh...

Sunday, September 14, 2008

Kenapa sokong MU?

Kalau korang tanya kat bebudak yang support Manchester United, "Kenapa korang sokong MU?", sebahagian besarnya akan menjawab begini:

"Sebab MU kuatla,apalagi.."
"MU memang tradisi dari dulu kuat"
"Sebab dulu ada Beckham,skang Ronaldo plak"(ayat dari perempuan).
"Sebab dah menang banyak piala"

Aku kerat jarilah kalau korang peminat MU kata takde satupun jawapan di atas. Rata-rata jika ditanya atau kalau boleh dibuat survey ke atas peminat-peminat MU ini,maka itulah antara jawapan mereka. Aku bukan membenci MU apatah lagi fans mereka cuma apabila pasukan kesayangan mereka ni win something season tu,mereka mulalah angkat muka,buka dada lebar macam nak bukak sayap. Macamlah mereka yang menang. Ok,baguslah kalau mereka bangga dengan team mereka tetapi hakikat sebenar peminat MU ini perlu dibongkar.

Fakta 1: Apabila masuk tahun 90-an,MU start menang trofi dan pada masa inilah peminat-peminat bolasepak Malaysia tertumpu pada pasukan Syaitan Merah ini apabila mereka ada kelibat nama-nama besar macam Cantona,Schmeichel dan Beckham. Masa aku kecik aku dah tengok Beckham dengan rambut belah tengahnya dan time itu jugalah aku dah mula benci bila tengok team ni. Bukan dengki dengan koleksi pialanya tetapi cara dan stail mereka buat aku meluat kerana terlalu arrogant.Tambah lagi fans mereka mendabik dada menjulang MU sebagai pasukan terhebat dalam England,lagilah aku menyampah.

Fakta 2: Kebanyakan remaja yang sebaya aku yang sokong MU lazimnya lebih mengikut kawan. Mereka melihat MU mempunyai potensi pasukan kegemaran mereka kerana jika disukat prestasi dan koleksi trofinya,kalah pasukan lain. Padahal rekod trofi terbanyak EPL masih lagi dipegang Liverpool. Yelah,takkan kau nak ketinggalan. Bebudak semua pegi lepak mamak sampai pagi tengok bola,kau pulak duduk kat rumah tengok TV3,apa citer beb! Nak taknak bebudak yang tak tahu pasal bola dah start lepak mamak tengok bola.Barulah cool kan!Sokong pulak MU lagi tuh!"Giler cool aku ni!"(kata fans MU yang golongan tadi).

Fakta 3: Kaki bangku. Golongan yang aku sebut tadi telah menyumbang kepada kebanjiran kaki bangku di kalangan peminat bola. Survey yang jugak aku buat ini nyata tepat. Memang bukan semua begitu tapi hakikatnya memang ramai. Macam yang tersebut di atas, bebudak yang tak pernah-pernah tengok bola atau main bola dari kecik ghairah nak ada pasukan kegemaran dari EPL. Semuanya gara-gara desperate nak dilabel cool oleh member-member lain kalau lepak mamak sampai pagi. Bila ajak main bola ke,futsal ke mulalah macam-macam alasan diberi. Perut sakitla, cirit-biritla, kaki terseliuhla.

Fakta 4: Bila MU menang banyak piala start dari 90an sampai sekarang, maka membiak dan bercambahlah fans mereka termasuk dari yang muda sampailah orang tua. Tak terkecuali jugalah fans wanita. Kalau diimbas masa zaman Beckham di MU dulu, begitu ramai wanita-wanita gedik ini berkumpul dan menjerit-jerit nama Beckham walau buta bola sekalipun. Kalau dah minat Beckham mestilah kena minat MU sekali kan? Barulah cool. Kat bilik bersepah poster-poster MU termasuk poster seksi David Beckham. Cool sangat sampai mak kau pun naik hairan tengok mende-mende tu.

Fakta 5: Zaman Beckham dah tamat. Muncul zaman penerjun terbaik era Manchester, Cristiano Ronaldo. Maka tumbuh lagilah fans MU sedari umur tadika dan sekolah rendah pulak termasuk perempuan jugak. Yang aku hairan, lelaki yang sebaya aku pun menyanjung sama playboy ni sampai letak poster dalam jamban. Tak tahulah sebab apa. Ya,memang dia hebat. Aku akui. Tapi dia akan lebih hebat kalau merendah diri dan kurangkan lakonan terjun ibarat Phelps-nya.

Banyak lagilah fakta-fakta yang aku nak tulis tapi tak menang tangan dibuatnya. Perlu aku tegaskan, aku bukanlah nak menghina atau merendahkan MU terutama fans mereka tetapi mereka kurang membuat penilaian terhadap mutu pasukan mereka sendiri. Yang lebih teruk lagi golongan yang mengikut orang tu. Tetapkanlah pendirian korang dan janganlah semata-mata nak cool atau mahu dilihat hebat di kalangan kawan-kawan, korang buta-buta sokong MU. Lebih buat orang marah kalau korang berlagak dan bangga sangat dengan MU korang tu walhal buta bola.Sekian, jangan marah fans MU.


P/S - Bukan gambar aku.Aku terjumpa ni.Smart pulak.

Friday, September 05, 2008

Aku Yang Kehairanan

Aku hairan melihatkan manusia yang sanggup bangun pagi-pagi cari makanan untuk sahur.Tapi kalau nak bangkit untuk Subuh susah pulak.Boleh lagi pergi makan kat luar. Pergi pulak taknak awal lagi.Pukul 4 dah keluar cari mamak.

Tapi semayang Subuh kantoi pulak. Macam mana tu. Boleh lagi lepas sahur tidur balik padahal dah pukul 6,azan dah berbunyi.

Mudahnya manusia melupakan Tuhan.Bukan semua.Segelintirnya.

Aku hairan.

Monday, September 01, 2008

Selamat Berpuasa




Assalamualaikum.Aku dengan ini mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak.Di kesempatan ini kumohon sejuta kemaafan andai ada terkasar bahasa atau ada yang tersinggung sepanjang aku berada di arena blogosphere ini.Selamat berpuasa dan terawih sekali.

Saturday, August 30, 2008

Caj Turun=Potong Pinjaman:Apa Beza?

Sewaktu aku melihatkan skrin ATM di depan aku,aku jadi kaget. Setahu aku baki akaun bank aku kosong sebelum PTPTN bank-in kan duit pinjaman. Aku dah agak dah yang PTPTN akan rembat duit aku hampir RM300 mendengarkan cerita dari member-member yang semuanya pelik dan hairan mengapa duit pinjaman mereka short hampir RM300.Spesifiknya RM280.

Di kala ramai orang menyambut baik langkah mereka menurunkan caj kepada hanya 1%, mereka secara diam-diam memotong pinjaman pelajar atas nama caj perkhidmatan. Kepala hotak die. Dengan cara ini,mereka beranggapan public takkan dapat tahu yang mereka cekik darah student melalui cara halus ini. Jadi,tiada bezanya dengan menurunkan caj tetapi secara sengaja memotong pinjaman pelajar. Inilah sikap sebenar badan pencekik darah pelajar ini. Tak paham betullah.

Ibarat mekanik membaiki kereta dalam masa yang sama merompak komponen lain kereta tersebut.

Scholes Cuba Jadi Maradona?




Di kala umurnya menjangkau 33 tahun dan telah mengecapi banyak caps bersama England dan memenangi banyak trofi local dan europe bersama Mankayu,opss,Manchester United namun tindakan tidak masuk akalnya pagi tadi adalah sesuatu yang memalukan.

Dalam ketinggalan 2-1 dengan Zenit St.Petersburg Scholes melompat tinggi menolak masuk bola tetapi bukan dengan kepala mahupun kaki tetapi menggunakan tangan! Janganlah cuba jadi Maradona dengan menggunakan "Tangan Tuhan" kerana ia terlalu jelas sangat berbanding dengan Maradona yang lebih pandai cover sikit.

Ferguson perlu segera menyiapkan borang pencen untuk kuda tua ini kerana ternyata dia sudah terlalu nyanyuk. Lihat sajalah koleksi kad merah yang dikumpulkannya akhir-akhir ini yang selayaknya dibuat kad terup. Nak menang bukan begitu wahai Scholes!!

Tuesday, August 26, 2008

Tips Dr Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum
=====================
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) dikeesokan harinya.
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C
dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang
akandiperolehi adalah approaching 0%.
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
ygpertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan
berfungsi excellently
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at
8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh
bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh
dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around
this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar
dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air
===============
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar
Tatacara didik anak
================
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak
Tatacara didik diri sendiri
====================
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari,
continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat
letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut &
etc
Ada 3 kategori manusia :-
1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik
diri & family.

Saturday, August 16, 2008

Akal Terencat, Minda Terbantut

Uitm memalukan dirinya sendiri akibat tindakan tidak berfaedah pelajarnya yang terlahir akibat dari rasa hanya nak berseronok-seronok dan saja-saja suka berkumpul.Boleh masuk paper dan tv.Mereka cuba menjadi jaguh dengan mendakwa ketuanan Melayu dari Uitm tidak boleh dipertikaikan.
Cadangan itu satu hal.Dalam zaman manipulasi media ini,apa saja yang keluar dari mulut seorang pembangkang akan segera dimanipulasi oleh media. Hanya yang jahil akan terus bangkit melahirkan amarah dan emosional tak bertempat hanya kerana satu cadangan yang diucapkan di satu majlis sukan Adidas King of the Road. Cadangan buka 10% kuota itu memang amat mustahil untuk dilaksanakan oleh menteri tersebut tetapi dek akibat keterujaan mahasiswa yang tidak menggunakan otak inilah yang telah melahirkan gejala demonstrasi yang telah merebak ke seluruh negara.

Pertama sekali,bolehkah menteri tersebut melaksanakan cadangan tersebut?Berkuasakah beliau dalam menentukan kuota tersebut?Jika jawapannya tidak, maka apa perlunya pelajar-pelajar ini berkumpul atau dalam bahasa kesatnya berdemonstrasi menghantar memorandum bantahan dan menyuruh beliau meminta maaf?Apa yang cuba dibuktikan di sini?Hak melayu?Cukup-cukuplah..

Kedua,bolehkah berdemonstrasi?Atau dalam bahasa media arus perdananya,'berkumpul'? Pernah dahulu menteri berkata demonstrasi bukan budaya kita sehingga ia dilaung-laungkan di media-media perdana. Maka, atas dasar apa kali ini berdemo dibolehkan apatah lagi ia melibatkan pelajar pula.Tanpa terjahan ganas FRU dan pancutan pemedih mata menampakkan amalan berdemo hampir mula diterima dan "keterbukaan" kerajaan terhadap amalan demo sekarang diucapkan terima kasih.

Ketiga,siapa dalang?Aku tak tahu dan tak mahu jawab.Sendiri fikirlah. Pelajar ini cuba membuktikan merekalah jaguh mempertahankan hak melayu bumiputera.Opss,bukan pelajar sahaja malah kepimpinan terbabit juga mendakwa perkara sama. Lantas mereka bersorak sorai menyanyikan lagu kebanggaan UiTM di depan pejabat menteri besar dan di tempat-tempat lain mereka berarak umpama hari kemerdekaan meminta jangan dipertikaikan hak melayu di UiTM.Lumrahnya,kalau diajak sahaja berdemo,nescaya akan turunlah pelajar-pelajar ini memegang sepanduk dan menyanyi macam tadi. Kalau dibuat di depan pejabat MB tu adalah juga rasionalnya tapi kalau dah kat tempat lain,apa yang mereka lakukan?Nak tau?Mereka hantar memorandum bantahan pada pengarah kampus!

Macam gempak tapi nak hantar dekat pengarah kampus sahaja yang ada dalam kampus tu memerlukan berpuluh,beratus atau beribu orang.
Nak tunjuk semangat pelajar mempertahankan bangsa?Tak payahlah.Jangan cerita pasal hak bangsa kalau dalam kampus sendiri ada pasangan duduk berduaan malam-malam dekat dataran,dressing boleh pulak ala barat, klip porno bersepah di internet dan macam-macam lagi yang berkaitan bangsa.

Kesimpulannya,cadangan tersebut adalah satu kejutan dan gesaan daripada lamunan untuk anak-anak melayu dan bumiputera terus memajukan diri dan tidak hanya berada di zon selesa dalam ruang lingkup persekitaran bangsa sendiri sahaja.Nilailah dengan minda bukan dengan hati.Ikut hati,mati.Wallahualam.

Friday, August 01, 2008

Oscar for Ledger?


"Why So Serious?"



Kematian Ledger mungkin agak sadis namun beliau patut diangkat sebagai hero jahat terbaik dekad ini. Bunyi seperti keterlaluan namun itulah hakikatnya setelah aku menonton The Dark Knight yang aku sifatkan sebagai filem terbaik 2008 setakat ini dan juga filem terbaik Batman pernah dihasilkan. Memegang watak villain sebagai Joker nyata tepat buat Ledger dengan Joker ditampilkan dengan gaya yang bersahaja dan sempoi tetapi begitu kejam.

Mendengar cerita Batman akan keluar tahun ini tidak menarik perhatian aku malah langsung tidak tergerak hati aku menonton promo cerita ini di mana-mana. Ini semua disebabkan kegagalan filem Batman Begins terdahulu lantas aku tidak berminat menonton filem Batman seterusnya. Namun,desakan naluri hati yang kuat setelah membaca review-review filem ini di Youtube,Yahoo dan sumber dari member aku sendiri menjerumuskan aku ke Midvalley untuk menontonnya dengan harga murah hari Rabu. Ternyata hasilnya begitu cemerlang dan mengujakan.Sampai sekarang aku masih terbayang watak Joker dalam fikiran.

Permulaan cerita sahaja cukup mendebarkan dengan aksi rompakan bank oleh geng-geng Joker dan wujud satu konflik di tengah-tengah rancangan itu.Aahhh...aku bukan mahu menceritakan filem ini keseluruhannya takut kalau merosakkan minat kalian untuk menonton.Haha.

Plot cerita ini begitu kompleks namun plot-plot sampingan tidak pula merosakkan plot utama walaupun banyak plot sampingan. Setiap plot menjalani pengembangan dengan baik.
Namun, bagi aku sebenarnya kehadiran Joker yang lebih-lebih aku tunggu berbanding watak lain hatta Batman sekalipun.Kehadiran Joker telah membayangi Batman menyebabkan Batman tenggelam dek penangan Joker.Joker yang lalu iaitu Jack Nicholson pun tidak mampu untuk menandingi kehebatan Joker Ledger.Ingat tak Joker dulu tu?Yang mekapnya tebal-tebal tu.Ha?tak ingat? Takpela.Aku pun bukan ingat sangat cuma tertengok kat Youtube tu je.Hah!

Pastikan korang menonton Dark Knight walaupun korang hanya minat Spiderman yang ala-ala remaja punya cerita tu.Tak rugi punya walaupun korang tak minat Batman.

So,is there any Oscar for Ledger?
 
Google Analytics Alternative