Akhirnya aku menghabiskan pengajianku (insyaallah) di Penang ni.Apa yang buat aku sedih untuk meninggalkan Penang ni ialah suasananya yang hebat.The scenery and peoples in my neighbours are really great.Bayangkanlah bagaimana hari-hari terakhir aku di sana diisi dengan jamuan perpisahan yang diadakan khas untuk bebudak IPTA yang akan meninggalkan Penang.Taman Pauh sememangnya mengukir sejuta memori indah buatku.Penduduk taman sanggup bertungkus-lumus mengadakan tahlil dan jamuan buat kami bebudak rumah sewa no.53. Yang mengharukan aku lagi ialah kata-kata seorang penduduk taman yang memberi ucapan berbunyi begini,
"Sepanjang saya di Taman Pauh ini,inilah kali pertama kita dapat lihat bagaimana pelajar2 yang menyewa di sini sama-sama turun padang menjayakan gotong-royong dan apa jua majlis yang diadakan oleh penduduk taman.Kita mengharapkan apabila mereka ini apabila sudah menjawat jawatan besar di syarikat besar,janganlah lupa kami penduduk Taman Pauh ni.Jika terlihat nama penduduk yang menetap di Taman Pauh,bantu-bantulah ya,"katanya.
Sesungguhnya penduduk taman ini mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi berbanding taman aku di KL.Pernah satu hari,makcik di rumah sebelah kami sanggup menanam pokok ubi di laman belakang rumah kami.Bukan sahaja ditanamkannya malah dibersihkan lagi.Itulah yang buatkan aku kagum dan terkesan dalam hati.Kalaulah di taman aku ini sebegitu aku memang bersyukur sangat-sangat.Masyarakat di Seberang Perai ini memang terkenal agaknya dengan sifat ramah dan tolong-menolong.Alangkah indahnya jika kita semua hidup seperti begini.Apapun malam itu memang murah rezeki dan kenyang sangat.Syukur alhamdullilah.
Seterusnya,sebelum malam perpisahan itu aku dapat peluang mengelilingi satu Pulau Pinang.Ya,satu Pulau Pinang bersama rakanku Pali,Paan dan Chewing gum.Satu lagi memori indah apabila aku berpeluang melihat sendiri keajaiban dan keindahan ciptaan Tuhan. Tempat yang pemandangannya yang cantik ialah di Teluk Bahang dan Balik Pulau. Perjalanan bertarikh 14 Mei lalu bermula pada pukul 7.45 pagi.Pagi itu, keadaan trafik di jambatan Pulau Pinang itu memang sesak tapi masih bergerak perlahan.Melalui keadaan sebegitu dengan bermodalkan motosikal Yamaha SS 1 memang mengerikan apabila motosikal lain laju menggila seakan mengejar punchtime.Kemudian melalui Batu Feringgi yang seakan sudah kurang daya tarikannya setelah dilanda tsunami tahun 2004 dulu.Sesampainya di Teluk Bahang,kami pun berhenti di Taman Negara Pulau Pinang yang dikatakan sebagai taman negara paling kecil dalam dunia dan juga menempatkan Tasik Meromiktik.So,kami teruskan perjalanan yang mana hajat memasuki taman itu terhenti di pintu masuknya sahaja.Takut-takut pula tak sempat jelajah tempat lain kalau masuk taman itu.
Di Balik Pulau pemandangannya memang indah tak terkata.Di sini,terdapat perkampungan Melayu iaitu di pantai Aceh.Suasana dia memang nyaman beb!Belum tercemar lagi.Selepas itu melalui pula perjalanan di Bukit Genting yang boleh disamakan seperti melalui lebuhraya Karak. Altitud yang tinggi tambahan pula banyak construction jalan memang kuat makan minyak motor. Then,kami melalui Teluk Kumbar yang terletak di selatan pulau. Kami terus ke Queensbay Mall setelah sampai di Bayan Lepas.Tapi sebelum itu sempat juga melihat Penang International Airport dan Tokong Ular.Nak tangkap gambar dengan ular boleh tapi awas,kenalah bayar rm15 untuk satu shot sahaja.Sesampainya di Queensbay terus booking tiket untuk tengok Ironman. Memang menarik. Kemudian,perjalanan diteruskan ke Gurney apabila jam sudah menunjukkan pukul 9.Di sini, kami carilah port makan dan nasib kami baik apabila terjumpa satu gerai melayu yang diusahakan oleh anak muda dari Kelantan diceruk-ceruk bangunan. Makanan di sini memang sedap dan layak diberi 5 bintang penuh.Kawan2ku sempat lagi menambah 2 pinggan.Aku tak dapatlah bila melihatkan bajet yang lari.Hehe. Lastly lepas round Komtar kami pun pulang menaiki feri sekitar jam 12.30 malam.Inilah satu pengalaman indah aku dengan kawan-kawan(sayangnya kalau dapat ajak lebih ramai mesti syok) dan melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T di Pulau Pinang.Ada juga tempat yang memang menarik yang tidak perlukan sentuhan pembangunan demi memelihara suasana kampung yang nyaman di Balik Pulau khususnya. Sayang juga tak dapat daki Bukit Bendera akibat kesuntukan masa disebabkan kawanku beriya-iya mengajak dari mula lagi. Tapi dia ok sebab dah 'diganti' dengan perjalanan yang menakjubkan tadi.
Kesimpulan bagi aku,aku dapat belajar cara hidup di negeri orang,budaya mereka,keindahan suasana mereka yang mana akan aku pahatkan dalam lipatan sejarah hidup aku agar menjadi kenangan terindah sampai bila-bila.Pulau Pinang,akan aku bawa seribu memori pulang sepanjang aku di sini.Dan juga kawan-kawan,terima kasih juga kerana telah mengajar aku bagaimana untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berguna,Insyaallah.Sayonara....
p/s-aku tak dapat nak upload gambar2 lain sebab ada masalah dengan server.Lain kali.

4 comments:
huhu..sedeynyer
oi, pening la nak baca panjang2. buat la paragraphing encik ejai. haha
dak UiTM pmtg pauh eh dulu? i have to say so,masyarakat seberang perai mmg baik2...hehe..
pasal makanan, penang mmg tbaek..
yup btul!derang mmg best! also,besh food!
Post a Comment