Thursday, June 05, 2008

Terus Naik


Tanggal 5 Jun menyaksikan kita akan melihat satu lagi peningkatan harga minyak yang sebelum ini RM1.92 seliter kepada RM2.70 seliter.Peningkatan sebanyak 78 sen ini nampak agak membebankan namun inilah hakikat yang kita perlu telan. Mungkin dengan pengurangan cukai jalan akan melegakan kita sedikit tapi sejauh mana kita akan berpuas hati?Kita masih tidak dapat mengelak risiko yang lain apabila kita menyentuh tentang kenaikan harga minyak ini kerna ia pasti melibatkan peningkatan harga barang-brang lain.Bas naik tambang,makanan naik harga,peruncit naikkan harga barang dan macam-macam lagilah benda gila lagi disebabkan minyak ini. Yang mana ada sangkut paut dengan minyak mulalah akan menaikkan harga untuk tampung kos. Tapi yang pelik, kalau tiada kaitan pun akan naik memang mengarut. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sajalah kerana ada skim yang akan diberikan. Mungkin untuk PRU seterusnya kita boleh bagi mandat kepada yang lain supaya kita dapat lihat bagaimana mereka handle pulak. Peace....

No comments:

 
Google Analytics Alternative