Saya selaku blogger yang diamanahkan oleh pemimpin negara mengucapkan Selamat Menyambut 1 Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada umat Islam pada esok hari. Jangan lupa kalau makan nasi, pakai kicap masin....Sekian,assalamualaikum.
Sunday, July 31, 2011
Monday, July 25, 2011
Kerja Lagi
Salam...
Hari ni genap 4 hari aku bekerja di konsultan ni. Sebelum pergi lebih lanjut, aku nak cerita yang company ni konsultan untuk water treatment, air-cond, fire fighting dan struktur bangunan. Untuk bahagian mekanikal, paham-paham sajalah bahagian mana kan. Hari Jumaat lepas, aku ditugaskan untuk menghadiri meeting antara konsultan-konsultan di sebuah firma arkitek di Shah Alam. Sesat jugak aku mencari di mana Jalan Bola Tampar sampai terlewat setengah jam dari waktu sebenar namun tak mengapa, sebab masih ada lagi yang lain lambat.
Jadi, sepanjang meeting tu aku dok tercongok saja sebab tak berapa paham apa itu DO Submission, SSP dan macam-macam terma yang depa pakai. Cuma yang aku paham, projek yang aku bakal terlibat ni terletak di Kuala Lipis tempat pipiyapong membesarkan perut. Tambah syahdu, dalam perjalanan pulang, tiub motor bocor selepas aku keluar federal highway. Nasib baik dah hampir dengan rumah, maka aku gagahkan jugalah tunggang sampai ke kedai motor berdekatan rumah.
Hari ni pulak, kerja aku menjadi banyak sikit daripada sebelumnya apabila aku terlibat dalam mengira berkaitan aircond dan juga kiraan saiz paip dalam konsep yang dipanggil 'depressed sewerage'. Sebenarnya, benda-benda ni sulit dan rahsia company tapi siapa sangatlah yang baca blog aku ni kan. Kahkahkah. Jadi, setakat itulah cerita aku kali ni. Ni nak kena buat pasport pulak sebab nanti nak ke China dan Korea. Syukur kerana dengan rezeki ni mampu membawa aku berjalan ke negara orang.
Labels:
Kisah Diri
Thursday, July 21, 2011
Kerja
Hari ini 20 Julai 2011, aku memulakan langkah hidupku sebagai Jr.Mechanical Engineer di sebuah konsultan. Hari ni mula-mula aku diperkenalkan kepada semua orang di ofis. Bila akak bahagian admin memperkenalkan aku sebagai "Ni mechanical engineer kita yang baru..." kepada setiap orang, aku mula rasa bergetar. Bergetar kerana bebanan dan tanggungjawab yang akan aku pikul dengan jawatan tersebut.
Selepas itu, meeting pertama bos dengan engineer-engineer yang mana aku hanya mendengar dengan penuh khusyuk sambil mereka membincangkan pasal kontrak, tender, site dan macam-macam lagi yang buat aku pening. Selepas itu, aku pun mendapat meja sendiri dengan dilengkapi komputer dan interkom. Selain itu, dapat set alatulis percuma. Setelah setup komputer selesai, aku berjumpa dengan Head of Mechanical Department, Encik din namanya untuk bertanyakan apa kerja yang boleh aku lakukan pada hari ni.
Lantas, dia membawa aku ke satu sudut di mana terletak satu buku Panduan Pengauditan mengenai treatment plant atau loji rawatan air. Dalam buku ni, lengkap dengan proses, layout plan, komponen-komponen dan macam-macam lagi. Jadi, satu hari aku habiskan dengan mengkaji buku tersebut.
Risau jugak aku memikirkan nasib aku di sini. Entah apalah yang ada di depan aku nanti.
Labels:
Kisah Diri
Monday, July 18, 2011
Jersi Kebangsaan
Copyright reserved
Sekarang, merata-rata pergi pun orang pakai jersi Malaysia. Tak kiralah di shopping kompleks ke, pasar malam ke, kedai buku ke, masjid ke, atau mana-manalah, semuanya samada menyarung jersi hitam kuning ataupun biru. Tambah-tambah lagi, fenomena ni terjadi selepas kita menang Piala Suzuki dulu.
Nak dapat jersi Malaysia bukan susah dah. Semuanya mudah dan senang didapati. Kat butik ade, kat uptown ada, kat mall ade, kat tepi jalan pun ade tu beb. Tak kisahla ori atau tak, semuanya boleh didapati dengan pelbagai harga.
Kalau dulu, nak cari jersi Malaysia pun payah, apatah lagilah nak jumpa orang pakai. Ala, yang zaman Adidas tu la. Kebanyakannya dijual original saja, itupun tak banyak sebab pengedar tak berani ambik banyak-banyak takut tak laku. Bak kata orang putih, sape yang pakai jersi Malaysia zaman 90an dan 2000an ni memang 'rare' la pasal scene dia orang tak into sangat.
Jadi, aku respect pada orang-orang yang mempunyai jersi-jersi Malaysia pada zaman dahulukala iaitu di zaman gelap bolasepak negara!
Labels:
Sembang Bola
Friday, July 15, 2011
Kita dan Dunia Pelik Kita
Pernah ke kita terfikir yang dunia social networking kita ni pelik sebenarnya?
- Kita boleh sesuka hati add orang yang entah sapa-sapa duduk beribu-ribu batu jauhnya padahal dalam kawasan kejiranan kita pun kita jarang bertegur sapa. Pelik...
- Kita boleh selamba poke orang yang kita tak berapa kenal kat luar tapi rapat kat dalam Facebook.
- Kita boleh rilek je sembang sampai berpuluh-puluh komen kat orang yang baru kita add, macam dah kenal lama.
- Kita boleh memiliki beratus-ratus friend di dalam FB yang mana besar kemungkinan kita tak pernah berjumpa muka atau memang takkan jumpa punye walhal dalam dunia realiti berapa helai sangat je kawan kita.
- Kita boleh selamba tulis status 'Aku benci laki tu...' dekat wall FB dan kemudian semua kawan-kawan kita pun nak ambil tahu dan tanya macam-macam di ruangan komen.
- Kita tulis status marah atau gembira di wall kita dan akan ada macam-macam orang komen yang kemudiannya dah takde kaitan sangat dengan status tu sebab dah sembang benda lain. Orang yang menulis status marah tu contohnya pun dah tak jadi nak marah.
- Kita boleh selamba share gambar-gambar yang kita ambil kat Facebook pada kawan-kawan kita yang kita 'tak berapa kenal sangat' tu. Padahal, kalau diorang datang nak mintak album gambar kat rumah atau kat phone kita, sure kita tak bagi punya.
Jadi, bagaimana agaknya jika someone datang approach kita kat dalam LRT misalnya dan tiba-tiba cakap "Saya nak berkawan dengan awak boleh?". Sure yang perempuan akan malu-malu dan blah dari situ pelan-pelan sambil bisik dalam hati "Pehal mamat gila nih...". Tapi bila ada orang add kita dalam FB, senang-senang je kita boleh approve dan sembang macam dah kenal lama kan? Tulah..pelik sebenarnya dunia social networking nih kan?
This video tells everything...
This video tells everything...
Mimpi Jadi Nyata
Masa Arsenal datang KL tahun 1999 lalu, aku tak dapat pegi. Maklumlah, mengutamakan pelajaran masa tu. Jadi, tahun 2011 akhirnya, dapat jugak aku menebus kehampaan 12 tahun lepas dengan menghadirkan diri pada game Malaysia XI lawan Arsenal nih. Walaupun dengan tiket yang murah, itu tidak menghalang aku daripada menikmati game nih. Sayangnya, Malaysia tidak bermain pada tahapnya yang sebenar berbanding ketika menentang MU tahun 2009. Yang penting, rasa amat teruja melihat bintang-bintang Arsenal beraksi depan mata.
Labels:
Sembang Bola
Wednesday, July 13, 2011
Arsenal Training
Lebih kurang 3 jam lebih lagi, Arsenal akan menentang Malaysia XI di Stadium Bukit Jalil. Semalam aku berkesempatan menonton latihan skuad Arsenal di stadium yang sama. Melihat mereka training pun sudah cukup membuatkan aku teruja, apatah lagi apabila beraksi karang. Jadi, melihat kepada corak latihan mereka, aku dapat rasakan Malaysia akan kalah besar. Kehkehkeh....
Tidak kurang juga yang memboikot atau mengeji perlawanan membabitkan kelab-kelab EPL ini. Bagi aku, cukuplah jika kita katakan ia akan memberi pengalaman kepada skuad Harimau Muda. Walaupun tak efek ranking, pengalaman menentang skuad ternama patut dikutip. Sedangkan zaman Mokhtar dulu pun, banyak je kelab-kelab luar negara bertandang ke negara ni. Apa bezanya kan?
Kamon Malaysia! Beri tentangan sengit pada Arsenal!!(supaya Wenger berbelanja lebih..)
Labels:
Sembang Bola
Saturday, July 09, 2011
Himpun
Aku rasa terpanggil untuk menulis di sini mengenai satu perhimpunan yang dicanang-canangkan media sebagai haram. Haram celah mana, aku pun tak tahu sebab takde nas dan dalilnya diberi. Apakah kerana tiada permit? Masakan boleh dipanggil haram kerana tiada permit sedangkan permit pun belum dimohon dan bila dimohon, maka ditolak mentah-mentah pihak yang menjaga keselamatan negara.
Apa isunya di sini? Cuba kita rungkaikan dengan menggunakan akal dan mata hati kita tanpa bersikap prejudis. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 cuba mengadakan perhimpunan untuk menyerahkan memorandum mengenai 8 tuntutan dalam pilihanraya kepada SPR. Apa 8 tuntutan itu, tak perlulah aku terangkan, beranggapan anda semua sudah tahu. Jadi, demonstrasi atau perhimpunan ini dengan tidak semena-mena mendapat publisiti meluas daripada pihak media dan segala jentera media cetak dan elektronik dikerahkan untuk memaparkan keburukan perhimpunan ini.
Jika aku meletakkan diri aku di dalam pihak yang menyokong kerajaan, antara kata-kata yang aku gunakan adalah:
- Perhimpunan ini menyusahkan orang ramai dan menganggu gugat ketenteraman negara.
- Pembangkang sudah tawan 5 negeri dalam pilihanraya lalu. Nak apa lagi?
- Kenali dulu siapa Ambiga ini sebelum anda mengikutinya.
- Bersih cuba menerapkan fahaman komunis dan mengkhianati negara.
Ada banyak lagi, namun yang di atas inilah yang biasa disebut-sebut. Aku bukan hendak menjawap persoalan yang dilemparkan di atas ini kerana tiada gunanya. Selagi mereka teguhkan hati menentang BERSIH, maka tak berguna untuk melawan mereka yang tidak mahu menggunakan kepala otak mereka ini. Antara empat point yang ada di atas ini, aku tertarik untuk mengulas siapa Ambiga itu. Di dalam Facebook, ramai yang menentang dan memaki hamun bekas presiden Majlis Peguam Malaysia ini. Aku juga tak terkecuali dihentam apabila menerangkan siapa Ambiga ini.
Jawapan aku, apakah kita sudah menjadi Islam super apabila kita lantang mengkritik wanita ini yang suatu ketika memperjuangkan nasib Lina Joy dan kes murtadnya? Siapa kita hendak tentukan orang kafir akan selamanya kafir? Kita sebenarnya perlulah menyesuaikan diri ikut keadaan apabila keadaan berkehendakkan sokongan kita dalam pelbagai isu. Dalam bahasa mudahnya, kita sokong Bersih bukan bermakna kita menyokong Ambiga dan kerja-kerjanya dahulu. Kita menyokong kerana menuntut pilihanraya yang lebih adil. Jika Ambiga meneruskan pengaruhnya di dalam kes murtad, maka, kita tentanglah. Apa yang susahnya?
Perkara seperti ini pernah juga terjadi di zaman nabi yang dipanggil Hilful Fudhul jika tak silap aku dan anda boleh google. Nabi memberikan sokongan kepada kaum kafir Quraisy yang berkehendakkan tetamu yang datang ke Mekah dimuliakan(jika salah, betulkan). Walhal, antara yang terlibat dalam Hilful Fudhul ni antaranya Abu Lahab dan Abu Jahal. Mereka ini musuh Islam tapi Nabi Muhammad boleh memberikan sokongan kepada perkara ini. Maka, sesuaikan sokongan kita mengikut keadaan.
Contoh mudah, jika ada sorang Mat Pit yang menghisap dadah tetiba ajak lu orang gi semayang berjemaah. Adakah anda caci dia dan tak ikut ajakan dia tu? Anda ikut sajalah dalam masa yang sama, anda doakan moga dia berubah dan terbuka pintu hatinya. Bukannya mencaci, "Ah, ko perangai macam iblis, ada hati nak ajak aku gi masjid!". Mana satu anda mahu? Pikirkan...
Berbalik kepada rasionalnya perhimpunan Bersih 2.0 ni, apakah salahnya jika ia dibenarkan tanpa diganggu? Apakah dengan memancutkan gas pemedih mata dan menghimpunkan unit FRU menghalang perarakan dapat memberi imej baik kepada negara luar?Apakah itu dapat menjernihkan keadaan tegang? Api mana mungkin dilawankan dengan api bro. Jika awalnya, kau boleh menjanjikan stadium supaya berpekiklah di dalamnya, mengapa kau mungkiri janji kau tu? Buat di jalanan, kau kata salah dan mengganggu orang awam. Bila mintak stadium, kau kata pertubuhan haram dan tak berdaftar serta tak mahu cemarkan tempat bersejarah Stadium Merdeka tu. Walhal, Justin Bieber terkinja-kinja di dalamnya serta anak muda hanyut dibuai irama Bieber tidak pula dikatakan mencemar tempat itu. Siapa sebenarnya perosak Islam sekarang??
Nah, sekarang dihidangkan pula dengan penemuan senjata dan parang yang dikaitkan dengan komunis. Lawak lucu apakah ini? Lebih kelakar daripada Majalah Ujang rasanya. Akhir sekali, untuk menambahkan kebencian orang ramai terhadap Bersih 2.0, polis membuat sekatan jalanraya di setiap jalan yang menghala ke Kuala Lumpur. Mereka yang berfikir dengan menggunakan kepala lutut akan mudah terpedaya dakyah dongeng ini dan boleh dikira berjaya jugak taktik membuat kesesakan jalanraya ini setelah aku melihat komen-komen bodoh di Facebook yang memaki penganjur Bersih. Tahniah pak misai...
Apapun, 9 Julai adalah detiknya. Apapun yang terjadi, aku cuma menginginkan Malaysia ke arah yang lebih baik. Buat apa jadi katak bawah tempurung yang konon sudah selesa dengan apa yang kita kecapi sekarang ini. Mereka yang takutkan perhimpunan ini adalah mereka yang hendak menyembunyikan sesuatu. Sekian, pandangan ikhlas dari aku.
Labels:
Hal Semasa
Monday, July 04, 2011
Peminat Red Warriors No.1
Saya peminat No.1, anda bila lagi?
Sempena lawatan Najib Razak ke Kelantan baru-baru ini, Tan Sri Anuar Musa mengumumkan beliau sebagai peminat No. 1 Red Warriors. Ini kerana Najib telah berjanji untuk menganugerahkan Kelantan dengan stadium baru bernilai RM2 juta yang mana mempunyai sistem scoreboard yang canggih dan terkini. Tak perlu lagi orang panjat pergi tukar kedudukan scoreboard.
Apa cerita dengan pasukan Pahang? Ke mana terperosok mereka di dalam liga?
Oh, situ rupanya Pahang.
Najib mengatakan,
Pada pengamatan saya, soal paling penting ialah kepimpinan politik di mana kita mahu meletak orang berkemampuan, barulah pasukan atau negara itu boleh maju.
Jadi, Pahang tu camne? Mentang-mentang Pahang tak power, dia pi kalih ke Kelantan pulak. Siap dapat No.1 fan lagi padahal pegi stadium tengok Kelantan main pun tak pernah. Kecik ati sultan kelantan.
Labels:
Hal Semasa,
Sembang Bola
Sunday, July 03, 2011
Transformers 3 Yang Lemau
Sebenarnya untuk Transformers 3, aku meletakkan expectation yang tinggi dengan mengharapkan jalan cerita yang segar ditampilkan. Ya, expectation itu tinggi setelah melihat trailer dan review-review awal yang dikeluarkan. Tapi, maaf cakap, Transformers 3 sememangnya menghampakan.
Jalan cerita pada awalnya cukup menarik dan segar tapi masuk part tengah dan sampai habis, sungguh predictable. Sama seperti siri 1 dan 2, perjuangan menentang Decepticon itu dilakukan di tengah-tengah bandaraya tanah Amerika. Tak perasan ke yang background bangunan-bangunan tu semua sama je? Begitu juga dengan siri 1 dan 2. Sungguh klise.
Bagi yang meminati efek CGI mungkin akan meminati habis cerita ni sampai teruja gila tulis status di facebook "Aku dah tengok Transformers!Anda bila lagi?". Begitulah lebih kurang statusnya. Konon siapa yang tengok awal dialah yang paling power. Itu adat orang Melayu. Agungkan benda yang nampak gempak tapi sebenarnya biasa dan hampeh je.
Sebelum peminat Transformers angin satu badan, eloklah aku akhiri entri ni dengan satu persoalan...
Transformers kan robot. Kenapa kalau nak bercakap kena bukak mulut walhal dia boleh je keluarkan jugak suara die?
Labels:
Filem,
Hal Semasa
Saturday, July 02, 2011
Proses Dalam Hidup Manusia
Sudah masuk bulan Julai, maka sudah genaplah sebulan aku menganggur setelah menamatkan ijazah kelas pertamaku. Aku memanjatkan syukur kerana walaupun ijazahku tidaklah sehebat Tun Mahathir(apsal lak die?), namun cukuplah menepati targetku iaitu atas 3.0 die punyer CGPA. Alhamdulillah. Ni semua rezeki Allah bagi.
Maka, tibalah saat yang paling dicuakkan oleh mereka yang orang putih kate bergelar 'graduate' nih. Inilah masa untuk masing-masing menonjolkan bakat dan personaliti bagi memikat majikan supaya menjadikan mereka sebagai staff mereka dalam apa yang dipanggil proses 'temuduga'. Aku juga tidak akan terkecuali melalui proses sebegini cuma masanya saja yang belum kunjung tiba.
Serba-sedikit aku nak menceritakan perjalanan hidup aku di peringkat ini. Aku sudah memohon kepada pelbagai company yang kebanyakkannya menggunakan Jobstreet sebagai perantaraan. Scene mohon online yang sudah diperkenalkan sekian lama ini adalah lebih mudah dan senang serta boleh dikatakan sebagai situasi 'menang-menang' baik kepada majikan mahupun para pencari kerja. Majikan mudah memilih pekerja dan pencari kerja mudah mencari majikan yang disukai.
Teringat pakcik aku ada bercerita tentang situasi di awal 90an ketika dia hendak mencari kerja. Diperuntukkannya satu hari berjalan hingga ke Campbell dan membeli suratkhabar untuk mencari iklan jawatan kosong. Bilamana ada perkaitan dengan kelulusannya, dia mula mendail nombor di dalam iklan tersebut. Jika nasibnya baik, dia akan dipanggil interview hari tu juga, jika sebaliknya, terpaksa beralih ke iklan lain pulak. Ok, sebab dia lepak di Campbell ketika itu adalah kerana mudah untuk dia bergerak ke tempat majikan yang rata-ratanya opis mereka banyak tertumpu di tengah KL ketika itu. So, peluang lebih cepat datang bergolek jika awal memohon. Itu teori aku la kot.
Itu awal 90an. Sekarang? Nah, dengan lambakan laman sesawang online yang saban hari menawarkan peluang pekerjaan, maka manusia akan semakin malas bukan? Termasuklah diri aku. Tak pernah sekalipun aku bergerak keluar rumah untuk menghantar resume ke syarikat-syarikat yang ada menawarkan iklan jawatan kosong. Semuanya di hujung jari saja. Klik itu, klik ini. Taip itu, taip ini. Mudah ya amat. Sebab itu, teknologi kadangkala menyesatkan. Aku akui itu. Cuma, ada sekali tu, aku mohon di karnival kerjaya di Midvalley. Tu habis kuatlah aku buat tuh.
Mungkin sebab itu, aku masih belum ditawarkan mana-mana syarikat. Bukan tidak ada. Sebelum aku habis degree tempohari, aku ditelefon oleh sebuah kilang pembuatan di Klang mintak aku datang interview. Aku bagi alasan aku belum tamat belajar lagi. Sekarang, dah tamat, langsung aku buat dek je tawaran tersebut. Aku ambil sikap tunggu dan lihat dulu kot-kot ada offer menarik datang. Tunggu punya tunggu, isi punya isi dalam internet, tup-tup datang offer bagus dari sebuah syarikat minyak Abu Dhabi. Bukan calang-calang. Tahap nasional punya company. Yang tak menariknya, suruh aku terbang ke Abu Dhabi untuk hadir interview di sana dengan segala kos pengangkutan, penginapan, makan minum dan lain-lain ditanggung.
Habis tu, tang mana tak menariknya? Sabar... Yang tak menariknya, aku kena deposit USD480 dulu sebagai tanda persetujuan menerima pelawaan temuduga mereka. Ini sebab taknak company kena tipu dengan pemohon yang mungkin akan merembat duit tajaan tersebut. So, mana nak cari dalam RM1.7k tu? Aku dahler pokai. Dengan rasa sebak, aku tolak pelawaan tersebut. Sayang sekali. Seminggu lepas tu pulak datang lagi offer dari luar iaitu dari Singapura. Mereka tawarkan pekerjaan operator dengan gaji SD1500. Apa da operator pulak die bagi. Memang kalau convert ke ringgit, duit tu dah sama taraf 'graduate engineer' tapi memikirkan kos kehidupan di Singapura dengan gaji sebegitu, aku rasa agak payah tambahan aku tidaklah arif keadaan di sana.
Jadi, kenapa aku apply kalau dah tahu akibat sebegini? Inilah domino effect dari perkhidmatan mencari kerja online. Semua aku main sapu je masa tu. Tak pikir lokasi mana, jenis kerja macamana. Semua sebat je. Jadi, semenjak dari itu, aku lebih berhati-hati dalam memilih. Ada juga dari tawaran dari local cuma aku jenis ambik sikap tunggu dan lihat. Entah apa yang aku lihat, aku pun tak tahu.
Labels:
Kisah Diri
Subscribe to:
Posts (Atom)