Sunday, July 03, 2011

Transformers 3 Yang Lemau




Sebenarnya untuk Transformers 3, aku meletakkan expectation yang tinggi dengan mengharapkan jalan cerita yang segar ditampilkan. Ya, expectation itu tinggi setelah melihat trailer dan review-review awal yang dikeluarkan. Tapi, maaf cakap, Transformers 3 sememangnya menghampakan. 

Jalan cerita pada awalnya cukup menarik dan segar tapi masuk part tengah dan sampai habis, sungguh predictable. Sama seperti siri 1 dan 2, perjuangan menentang Decepticon itu dilakukan di tengah-tengah bandaraya tanah Amerika. Tak perasan ke yang background bangunan-bangunan tu semua sama je? Begitu juga dengan siri 1 dan 2. Sungguh klise.

Bagi yang meminati efek CGI mungkin akan meminati habis cerita ni sampai teruja gila tulis status di facebook "Aku dah tengok Transformers!Anda bila lagi?". Begitulah lebih kurang statusnya. Konon siapa yang tengok awal dialah yang paling power. Itu adat orang Melayu. Agungkan benda yang nampak gempak tapi sebenarnya biasa dan hampeh je. 

Sebelum peminat Transformers angin satu badan, eloklah aku akhiri entri ni dengan satu persoalan...

Transformers kan robot. Kenapa kalau nak bercakap kena bukak mulut walhal dia boleh je keluarkan jugak suara die?

2 comments:

Dr. Ben said...

majoriti blogger tak suka transformers kali ni. Namun, akan tetap tengok juga for the sake of the action.

eJAI said...

Ya, saya akan sarankan anda pegi menonton. Tak rugi pun.Heheh

 
Google Analytics Alternative