Sudah masuk bulan Julai, maka sudah genaplah sebulan aku menganggur setelah menamatkan ijazah kelas pertamaku. Aku memanjatkan syukur kerana walaupun ijazahku tidaklah sehebat Tun Mahathir(apsal lak die?), namun cukuplah menepati targetku iaitu atas 3.0 die punyer CGPA. Alhamdulillah. Ni semua rezeki Allah bagi.
Maka, tibalah saat yang paling dicuakkan oleh mereka yang orang putih kate bergelar 'graduate' nih. Inilah masa untuk masing-masing menonjolkan bakat dan personaliti bagi memikat majikan supaya menjadikan mereka sebagai staff mereka dalam apa yang dipanggil proses 'temuduga'. Aku juga tidak akan terkecuali melalui proses sebegini cuma masanya saja yang belum kunjung tiba.
Serba-sedikit aku nak menceritakan perjalanan hidup aku di peringkat ini. Aku sudah memohon kepada pelbagai company yang kebanyakkannya menggunakan Jobstreet sebagai perantaraan. Scene mohon online yang sudah diperkenalkan sekian lama ini adalah lebih mudah dan senang serta boleh dikatakan sebagai situasi 'menang-menang' baik kepada majikan mahupun para pencari kerja. Majikan mudah memilih pekerja dan pencari kerja mudah mencari majikan yang disukai.
Teringat pakcik aku ada bercerita tentang situasi di awal 90an ketika dia hendak mencari kerja. Diperuntukkannya satu hari berjalan hingga ke Campbell dan membeli suratkhabar untuk mencari iklan jawatan kosong. Bilamana ada perkaitan dengan kelulusannya, dia mula mendail nombor di dalam iklan tersebut. Jika nasibnya baik, dia akan dipanggil interview hari tu juga, jika sebaliknya, terpaksa beralih ke iklan lain pulak. Ok, sebab dia lepak di Campbell ketika itu adalah kerana mudah untuk dia bergerak ke tempat majikan yang rata-ratanya opis mereka banyak tertumpu di tengah KL ketika itu. So, peluang lebih cepat datang bergolek jika awal memohon. Itu teori aku la kot.
Itu awal 90an. Sekarang? Nah, dengan lambakan laman sesawang online yang saban hari menawarkan peluang pekerjaan, maka manusia akan semakin malas bukan? Termasuklah diri aku. Tak pernah sekalipun aku bergerak keluar rumah untuk menghantar resume ke syarikat-syarikat yang ada menawarkan iklan jawatan kosong. Semuanya di hujung jari saja. Klik itu, klik ini. Taip itu, taip ini. Mudah ya amat. Sebab itu, teknologi kadangkala menyesatkan. Aku akui itu. Cuma, ada sekali tu, aku mohon di karnival kerjaya di Midvalley. Tu habis kuatlah aku buat tuh.
Mungkin sebab itu, aku masih belum ditawarkan mana-mana syarikat. Bukan tidak ada. Sebelum aku habis degree tempohari, aku ditelefon oleh sebuah kilang pembuatan di Klang mintak aku datang interview. Aku bagi alasan aku belum tamat belajar lagi. Sekarang, dah tamat, langsung aku buat dek je tawaran tersebut. Aku ambil sikap tunggu dan lihat dulu kot-kot ada offer menarik datang. Tunggu punya tunggu, isi punya isi dalam internet, tup-tup datang offer bagus dari sebuah syarikat minyak Abu Dhabi. Bukan calang-calang. Tahap nasional punya company. Yang tak menariknya, suruh aku terbang ke Abu Dhabi untuk hadir interview di sana dengan segala kos pengangkutan, penginapan, makan minum dan lain-lain ditanggung.
Habis tu, tang mana tak menariknya? Sabar... Yang tak menariknya, aku kena deposit USD480 dulu sebagai tanda persetujuan menerima pelawaan temuduga mereka. Ini sebab taknak company kena tipu dengan pemohon yang mungkin akan merembat duit tajaan tersebut. So, mana nak cari dalam RM1.7k tu? Aku dahler pokai. Dengan rasa sebak, aku tolak pelawaan tersebut. Sayang sekali. Seminggu lepas tu pulak datang lagi offer dari luar iaitu dari Singapura. Mereka tawarkan pekerjaan operator dengan gaji SD1500. Apa da operator pulak die bagi. Memang kalau convert ke ringgit, duit tu dah sama taraf 'graduate engineer' tapi memikirkan kos kehidupan di Singapura dengan gaji sebegitu, aku rasa agak payah tambahan aku tidaklah arif keadaan di sana.
Jadi, kenapa aku apply kalau dah tahu akibat sebegini? Inilah domino effect dari perkhidmatan mencari kerja online. Semua aku main sapu je masa tu. Tak pikir lokasi mana, jenis kerja macamana. Semua sebat je. Jadi, semenjak dari itu, aku lebih berhati-hati dalam memilih. Ada juga dari tawaran dari local cuma aku jenis ambik sikap tunggu dan lihat. Entah apa yang aku lihat, aku pun tak tahu.
2 comments:
salam
kena rajin2 sket usaha mencari
rezeki ada di mana2 kalo kita usaha.
inshaAllah
:)
Betul tu bro..Insyaallah bulan ni saya akan mempergiatkan lagi usaha saya nih..hehe...Thanks
Post a Comment