Monday, June 18, 2012

Teguran Buat Pengkarya Filem Luar

Akhirnya, entri ini merupakan entri yang ke-300 buat aku sepanjang 6 tahun aku mula menulis di Warkah Kembara. 6 tahun untuk mencapai entri yang ke 300 sebenarnya agak lama bagi sesetengah orang, namun aku bukanlah popular pun (sedar diri!) untuk mencapai entri 300 dalam masa setahun. Aha. Apapun, terima kasihlah kepada orang-orang yang walaupun tak ramai jumlahnya, memastikan aku terus menulis di sini.

Sebenarnya, minggu lepas aku tonton filem Robocop 1, 2 dan 3. Dah lama gila aku tinggal cerita ni. Seingat aku, aku masih tadika atau sekolah rendah bila aku mula-mula tonton filem ni. Maklumlah, filem ni keluar sama dengan tahun aku diberanakkan. Jadi, dengan menonton semula membuatkan aku refresh balik jalan cerita filem ni yang bagi aku berada di dalam kelas tersendiri pada zamannya.


Polis lagenda


Terus-terang aku katakan yang orang dahulu (dalam kes ni, orang putihlah) amatlah kreatif dan berdaya fikir jauh ke depan. Cuba korang tengok filem 80-an dan 90-an macam Robocop, Child's Play, Terminator dan lain-lain, semuanya menggunakan efek asli dan teknologi robotik yang baru berkembang di zaman tersebut. Baru berkembang aku rasa di negara kitalah, mungkin di sana sudah lama kot. 

Apa yang aku nak tekankan di sini adalah perbezaan orang dulu dengan sekarang menghasilkan filem. Filem dahulu lebih natural, lebih direct dan lebih saspen berbanding sekarang. Korang tengok sajalah filem Robocop 1 ni yang jalan ceritanya memang straight forward dan direct tetapi masih mampu menangkap emosi kita. Masih ingat watak Chucky? Sejenis patung permainan yang mengerikan dan boleh membunuh. Bagi aku, filem tersebut penuh unsur suspen dan penuh thrill. Tidak perlu diisi dengan adegan mengarut dan meleret-leret dengan aksi merepek macam filem sekarang.

Jadi, pesanan aku buat penggiat filem nasional dan antarabangsa, kembalilah ke jalan yang asal dan hasilkanlah filem yang mempunyai efek yang natural atau asli, hasilkanlah filem dengan jalan cerita yang lebih direct. Tidak perlu unsur-unsur komersil, lucah, mahupun efek-efek janaan komputer yang melampau. Oh, aku benar-benar merindui zaman 90-an. Apakan daya, masa akan tetap berputar dan manusia semakin malas.


5 comments:

mmsyah said...

kau patut cari cerita2 yg bagus~
byk lagi cerita 90an kau belum tgk~

Anonymous said...

salam bro..

lepas ni blh la layan ocean 11,12,13 plak..hehe anyway tahniah sbb dh capai entri yg ke 300.. keep it up bro.

-silent reader-

eJAI said...

Aku tahu tu mansur..banyak lagi yang bagus. Tapi yg aku sebut ni antara yang hit la. Err, ko ada cadangan citer yang menarik yang mana mungkin aku tak tahu?

Silent reader, ocean tu saya penah cuba layan tapi cam takleh masuk la plak...heheh..anyway, thanks.

mmsyah said...

kau cuba tgk...

beautiful mind
forest gump
hachiko
grand torino
million dollar baby

kalau kau dapat carilah. bhahaha!

eJAI said...

daripada cerita yang ko sebut tu, cuma grand torino dan beautiful mind je yang aku belom tengok...

 
Google Analytics Alternative