Sunday, October 21, 2012

Jurnal Kembara 9: Menjengah Masjid Kristal


 
Akhirnya, aku sampai juga di Masjid Kristal kebanggaan penduduk Pulau Wan Man pada cuti hari Malaysia lalu. Ini pun sebab orang kata rezeki sepupu aku bertunang dengan orang Terengganu. Walaupun nampak cantik dari luar, tapi sebenarnya masjid ni agak kecil di ruang dalamnya.






Aku jugak berkesempatan melalui tempat pemprosesan minyak petroleum Petronas di Paka. Sungguh besar sekali tempatnya. Lebih kurang macam kat Melaka la kot. Tapi rasanya ni lagi besar. Hehe. Menariknya, tok sedara aku bukak bisnes catering di dalam kawasan loji ni. Siap suruh aku hantar resume jadi engineer pulak.





Sebenarnya, Terengganu ni banyak juga tempat menarik. Cuma tak berkesempatan melawat semuanya. Insyaallah, nanti ambo bawak bini ambo sekali ke sana. Heh!


Friday, October 19, 2012

Analisa Bebas


Saya pasti mungkin ada di antara tuan-tuan dan puan-puan yang pernah menerima sms di bawah. Saya hairan juga dengan survey yang dilakukan oleh so-called penganalisa bebas ini. Macamlah saya tidak kenal atau cam nombor mereka yang pernah mengirimkan ucapan selamat hari raya lalu. Ya, ucapan hari raya daripada warga BN Selangor. 

Apapun, saya cuma memberikan jawapan jujur. Tidak berselindung. Dan saya harap analisa yang mereka jalankan ini membantu mereka.





Maaf, saya sengaja tidak memadam nombor telefon tertera. Mungkin akan menjadi panduan berguna untuk anda. :)

Monday, October 15, 2012

Takziah


Takziah saya ucapkan buat seorang hamba Allah yang menjadi pembaca setia saya di sini di atas pemergian insan tercintanya. Saya harapkan beliau terus tabah dalam mengharungi kehidupan seterusnya. Semoga beliau sentiasa memikirkan bahawa Allah lebih menyayangi hambanya.

Al-Fatihah....

Sunday, October 14, 2012

Ummah Kita


Kata madah pujangga,

Jika mahu diukur kekuatan umat Islam di sesebuah negeri itu, lihatlah pada bilangan jemaah solat lima waktunya.

Saya merasakan madah pujangga ini amatlah benar sekali. Apapun, biarlah saya akui yang saya juga bukanlah manusia sempurna dan terbaik. Dan pastinya, saya sendiri pun tidaklah menunaikan kesemua solat lima waktu secara berjemaah di masjid. Saya sendiri sedang berusaha menuju ke arah itu.


Dan jika dilihat pelbagai ragam manusia dalam kembara saya, saya kadang-kadang tertawa dan kadangkala berat memikirkannya. Jika masuk waktu Maghrib pun, umat Islam masih lagi santai di warung-warung kopi, restoran ataupun di kompleks beli-belah. Yang mana bersemangat mahu menunaikan ibadah solat tu, tahniah saya ucapkan.


Namun, bagi yang masih lagi bergelak ketawa di kedai makanan, galak berhibur di pusat beli-belah, saya cukup kecewa dan sedih. Saya tambah sedih apabila saya sendiri tidak dapat menasihati mereka. Tambah lebih pedih, adakalanya saya juga seperti mereka. Nauzubillah.




Sila berkunjung ke gerai di atas tanpa mengabaikan solat anda


Dalam kepesatan teknologi yang bercambah, sepatutnya tiada halangan untuk kita menunaikan ibadah dan menyembah kepada Pencipta yang telah meletakkan kita di muka bumi ini untuk menjadi sang khalifah. Tetapi mungkin dengan kepesatan teknologi inilah yang membuatkan manusia semakin alpa dan lalai menjalankan tanggungjawab mutlak mereka.

Saya berharap benar kepada diri saya dan umat Islam agar memperkuatkan jemaah kita dengan meningkatkan bilangan umat di masjid-masjid. Biar sesibuk mana pun kita, pastikan kita berjemaah. Walaupun hanya ada imam dan seorang makmum, itu sudah dikira pencapaian minimum yang sehabis baik.

Tidak guna kita berdebat dan bertikam lidah mencaci pemimpin yang tidak sayangkan Islam jika kita sendiri tidak memperkasakan ummah kita. Sejujurnya saya sedih dengan nasib Islam hari ini.

Sekian, pesanan untuk diri saya yang lemah ini.

Tuesday, October 09, 2012

Sesuatu Yang Harus Kita Tahu


Daripada kita membiarkan otak kita tepu membaca suratkhabar arus perdana dan televisi yang semakin merapu, lebih baik kita renungkan sejenak dengan permasalahan negara yang semakin serius dan perlu diubati segera ini.

Wednesday, October 03, 2012

Ustaz Azhar Idrus

Suatu malam selepas ceramah Ustaz Azhar Idrus,

"Bang, baju A.B.U ni berapa ek?"

"Ni saya bagi RM18.."

"Saiz L ada ke?"

"Ada dik..."

-Seluk tangan dalam poket, ada lebih kurang RM15 je.-

-Buat-buat jalan tengok baju lain.-

-Tengah-tengah buat-buat tengok baju lain tu....

PANGG!!

-Penyangkut baju-baju tu jatuh bila aku pegang.-

"Eh, takpe dik..takpe..biar kitorang angkat.."

"Ok bang, sori-sori...tak sengaja.."

-Perlahan-lahan aku blah dari situ...-

"Celaka betol, macamana boleh tak cukup RM3 lagi ni..." kataku dalam hati
 
Google Analytics Alternative