Tuesday, October 09, 2012

Sesuatu Yang Harus Kita Tahu


Daripada kita membiarkan otak kita tepu membaca suratkhabar arus perdana dan televisi yang semakin merapu, lebih baik kita renungkan sejenak dengan permasalahan negara yang semakin serius dan perlu diubati segera ini.

4 comments:

Anonymous said...

salam.

sekadar berkongsi khabar duka. saya baru kematian isteri tersayang 25 September 2012 akibat kemalangan jalan raya selepas terowong menora, ipoh. mohon doakan yang terbaik untuk saya dan 2 org anak saya. terima kasih


-silent reader-

eJAI said...

salam.

Innalillahiwainna ilahi rajiun..

Maaf kerana lambat sedari mesej dari saudara. bagaimana dengan keadaan saudara?adakah saudara ada masa kejadian?

Apapun, takziah saya ucapkan kepada saudara dan saya amat bersimpati dengan kehilangan yang pastinya amat memberi kesan besar dalam kehidupan saudara. Saya harap saudara terus tabah dan sabar dalam meneruskan kehidupan ini. Saya sentiasa mendoakan saudara dan keluarga saudara..

Anonymous said...

salam ukhuwah,,

betul. saya yg memandu masa kejadian tu. lebih kurang 5 kereta yg terlibat. isteri kesayangan saya meninggal dunia lebih kurang 2 jam selepas kemalangan di hosp.ipoh.

anak kedua saya yg agak parah. luka diseluruh bahagian kiri badan dan penuh dengan jahitan. di sini saya belajar byk perkara bkenaan jerit perih, kerenah birokrasi, kerja sambil lewa, sikap ambil mudah yg mana sekiranya ada kesempatan akan saya kongsikan.

terima kasih saya ucapkan sekiranya entri saudara ejai ditujukan kepada saya dan keluarga.

perkara paling penting yang saya ingin dahului untuk dikongsikan adalah sayangilah keluarga anda, ibu bapa dan semua seolah - olah hari ini adalah yg terakhir untuk kita kongsikan bersama kerana kalau pagi ini kita makan bersama, gelak ketawa bersama barangkali belum tentu esok kita masih ada kesempatan yang sama.

wallahua'lam..


eJAI said...

waalaikumsalam,

nampaknya seperti kemalangan yang berskala besar. mungkin terlepas pandang jika ada masuk di mana2 akhbar.

insyaallah saya akan ingat pesan saudara tu dan saya akan terus berdoa kepada saudara agar terus dilimpahkan pertolongan dan rahmat dariNya.

jika tuan ingin kongsikan kisah tersebut dan perkara2 lain, saya amatlah mengalu-alukan saudara berbuat demikian. mungkin akan menjadi satu panduan dan pedoman kepada kita di atas mukabumi ini. Atau saudara boleh emailkan saja di izalstar@yahoo.com

terima kasih saya ucapkan pada saudara yang sudi menjengah ke teratak buruk saya ni.

 
Google Analytics Alternative