Walaupun saya meminati Arsenal sejak zaman Thierry Henry muncul lagi, saya tidak pernah membeli jersi Arsenal replika yang mencecah ratusan ringgit tersebut. Mungkin kerana saya tiada wang ataupun saya tak mampu (bukankah kedua-dua ini sama?). Jadi, saya tekadkan azam supaya satu hari nanti dapat membeli jersi original Arsenal daripada saya asyik mengumpul jersi daripada Siam saban tahun.
Itu tekad saya sebelum tahun 2008 muncul. Dengan takdirNya, pada tahun tersebut, saya telah memperolehi hadiah yang 'mahal' dan tidak disangka-sangka. Jersi berharga ratusan ringgit ini telah dikirimkan kepada saya oleh seseorang. Pos Ekspres adalah mediumnya. Sebaik membuka bungkusan tersebut, saya amat-amat terkejut dan rasa seperti mahu menangis kerana ini adalah hadiah yang saya idam-idamkan selama ini. Lebih bermakna, ia adalah pemberian daripada seseorang yang istimewa.
Peristiwa ini telah berlalu hampir lima tahun namun, saya asyik terkenang mengenainya. Kerana pastinya apabila saya memakai dan memandang jersi ini, saya pasti teringat kenangan dan menggamit memorinya.
Terima kasih saya ucapkan kepada seseorang yang telah memberikan hadiah yang sangat istimewa ini... :)
Jersi istimewa!
Terima kasih saya ucapkan kepada seseorang yang telah memberikan hadiah yang sangat istimewa ini... :)
2 comments:
assalammualikum, bang sya ni baru lepasan form 3 next year form 4. nak? tanya apa langkah yg sesuai utk sya lepas form 3 ni agar dpt menjadikan bidang oil and gas ni sebagai kerjaya? sya nak tahu langkah yg perlu saya lakukan.Please Answer

JAWAPAN
Macamana boleh salah tempat komen ni?
Masuk sekolah teknik semasa Form 4, insyaallah jalan lebih luas ke arah kejuruteraan ni. Ataupun, jika tidak dapat, ambillah jurusan Sains Tulen.
Post a Comment