Sunday, September 08, 2013

Merdeheka 56 tahun!!


Sempena hari Malaysia yang bakal menjelang nanti, izinkan saya membuat kronologi 56 tahun Malaysia merdeka.

1. UMNO memerdekan negara melalui rundingan dengan pihak British.

2. Pemimpin mula memajukan negara bermula dengan sektor pertanian melalui penubuhan FELDA.

3. Hasil bumi tanah air yang kaya membolehkan sektor pertanian bergerak cepat sementara hasil bijih timah pula masih terus-terusan dilombong.

4. Sesetengah undang-undang dan sistem penjajah masih digunapakai dengan alasan orang kita masih belum mampu mentadbir mengikut acuan sendiri.

5. Malaysia mula masuk ke sektor perindustrian di bawah pentadbiran Tun Mahathir. Kesemua perbelanjaan negara mula tertumpu kepada sektor perindustrian dan pelancongan.

6. Sektor pertanian mula kelam-kabut. Padi pun banyak diimport daripada Thailand.

7. Industri petroleum pula mula diterokai secara meluas. Hasil minyak yang melimpah ruah mula dieksport ke luar. Negara menjana pendapatan berbilion ringgit melalui hasil minyak saban tahun.

8. Kekayaan yang melimpah ruah ini mula tidak seiring dengan pembangunan. Pembangunan di bandar diutamakan dengan pantas dan kampung-kampung masih ketinggalan. Sistem pengangkutan yang menjadi antara keperluan asas tidak dibangunkan secara meluas dan baik.

9. Hasil bumi dan pembangunan mula dikaut secara perlahan-lahan oleh para pemimpin. Apa salahnya jika diambil sedikit hasil kekayaan ini dan diagihkan secara saksama kepada kroni-kroni.

10. Pembangunan terus dijana melalui pengutipan cukai daripada syarikat-syarikat besar dan rakyat. Namun, pembangunan yang tidak sihat seperti ketirisan, projek alibaba, songlap, projek melebihi kos sebenar mula terdedah. Negara terpaksa mengeluarkan belanjawan di dalam pembentangan khas kerana terdapat projek-projek yang melebihi nilai sebenar. Ke mana pergi keuntungan sebahagian daripada projek ini? Mari kita tanya menteri.

11. Laporan audit menyatakan kerajaan membeli barangan melebihi daripada harga sebenar. Kes yang popular adalah melibatkan Kementerian Pertahanan apabila membeli barangan hampir 4 kali ganda daripada harga pasaran. Kes kononnya dalam siasatan tapi sampai ke sudah hasil siasatan entah ke mana. Akibat projek diberi kepada kroni, menteri makan beberapa percent sebab dah tolong bagi projek, kroni yang bekalkan pun dah makan beberapa percent. Perbelanjaan negara tinggi kerana elaun menteri ke luar negara direkodkan mencecah ratusan ribu ringgit. Siapa jadi mangsa? Rakyat juga.

12. Disebabkan belanjawan sudah hampir menjadi defisit dan paling tinggi dicatatkan pada tahun 2012 iaitu mencecah hampir 50% boleh menyebabkan negara menjadi muflis.

13. 2013 tiba. Harga minyak terpaksa dinaikkan melalui pengurangan subsidi. Pengurangan subsidi dibuat bagi menampung perbelanjaan lain dan mengelakkan negara berhutang dengan kadar yang tinggi.

14. Ringgit mula jatuh. Perbandingan mudah ialah $1 dolar Singapura mencecah sehingga RM2.67 iaitu paling tinggi dalam sejarah dan tidak mustahil akan mencecah RM3.00 dalam masa terdekat.

15. Kenaikan harga minyak akan menyebabkan harga barang naik, harga rumah naik dan pelbagai lagi kos kehidupan yang lain naik. Rakyat marhaen yang 'membayar' keborosan pemerintah sekali lagi menjadi mangsa.

Sekian. Selamat Hari Malaysia (in advance!)

No comments:

 
Google Analytics Alternative