Tuesday, December 03, 2013

Siri Bercakap Dengan Cermin


Kadang-kadang kita lupa yang apabila kita bercakap, ibaratnya di hadapan kita adalah cermin. Ramai yang tak sedar akan perkara ini. Aku juga entah-entah agaknya pun tidak sedar. Tapi itulah. Aku perlu sampaikan kisah benar yang aku alami ni di sini supaya aku sentiasa beringat.

Benda ni bukannya dosa atau salah mana pun. Tetapi apabila ia sering terjadi dan melibatkan orang yang sama, engkau akan naik tensen.

"Sekarang ni, muda-muda je orang dah kena kencing manis. Engkau kena jaga sikit..", kata Saari kepada aku.

Lepas habis Saari menitipkan pesanan yang aku rasa ikhlas itu, air minuman yang kami order pun sampai. Aku macam biasa, minum ais kosong. Aku tengok Saari minum teh ais.

Aku rasa macam ........

Betul ke Saari yang berpesan kepada aku tadi? Ke saka dia?

--Cerita lain---

Aku tak berapa nak sihat tapi aku gagahkan diri datang ke pejabat hari tersebut. Aku pun lepak keluar makan tengahari dengan Saari. Lagi sekali, Saari tak lupa untuk menitipkan pesanan kepada aku.

"Aku tengok lemah je kau hari ni. Kau kena makan vitamin C selalu. Aku sejak ambil vitamin C ni, aku rasa okey sikit badan aku,"

Sejurus selepas dia berkata begitu, dia pun keluarkan sebatang rokok murah dari kotak rokok lantas menyalakannnya.

Ya, aku rasa aku patut mula ambil vitamin C dengan rokok supaya hidup aku lebih sihat!

No comments:

 
Google Analytics Alternative