Sunday, February 21, 2016

Masyarakat Semakin Tenat!!


Megat : Weh Jeli, tadi aku nampak peragut depan pasar...

Jeli : Yeke? Peh, banyak peragut sekarang. Apa jadi dengan dia?

Megat : Peragut tu dapat tangkap ngan orang awam. Aku pun join sekali..

Jeli : Join?

Megat : Yela, kitorang ramai-ramai bantai dan belasah dia. Aku rasa mat indon ke apa tah. Dahlah macam lalok je. Padan muka dia! Kalau ikutkan aku, mau aje pecah kepala dia tadi. Kurang ajar sungguh...

Jeli : Kau rasa kau dah buat tindakan betul?

Megat : Eh, ko ni pehal Jeli? Peragut tuuu. Apa yang tak betulnya?

Jeli : Takdela, aku tanya je. Betul ke tindakan ko dan orang awam tu? Kenapa hukum begitu?

Megat : Ko ni betul gila la Jeli! Peragut pun ko nak bekap! Cuba bayangkan kalau dia ragut kau, ragut adik kau, ragut mak kau, apa perasaan kau! Tiba-tiba kau nak bekap peragut pulak. Gila sungguh...

Jeli : Mencederakan peragut tidak akan membuatkan kau lebih mulia Megat. Kita ada undang-undang Islam yang sesuai untuk golongan sebegini. Mengapa tidak tonjolkan keindahan Islam dalam menghakimi mereka? Percayalah, peragut tidak akan berkurang atau insaf jika 'hukuman' sebegini yang kau dan orang awam timpakan ke atas mereka. Sebaliknya, didiklah mereka dengan 'hukuman' yang adil, tidak mengaibkan dan selari dengan syariat Islam...

Megat : Hmmm...sukati ko lah. Aku nak basuh tangan aku kena darah mat indon tadi....hmmmm

Tuesday, February 16, 2016

United Banglas National Organization


TPM kelmarin mencabar belia supaya mengisi kekosongan jawatan di dalam bidang 3D (Dirty, Dangerous, Difficult). Aku kira, ini bukanlah ucapan yang patut keluar daripada seorang menteri yang bijak. Namun, memandangkan ia keluar daripada mulut Zahid Hamidi, aku rasa, aku harus menerimanya.

Menteri sepatutnya keluar solusi yang lebih bijak dan menguntungkan warganegara sendiri. Bukannya dengan jalan pintas mengambil tambahan 1.5 juta pekerja asing. Kemudiannya, mencabar belia itu ini. Adakah ini rupa menteri yang kita anggapkan mampu memimpin rakyat dengan membentangkan pelan jangka panjang menyelesaikan masalah kekosongan bidang yang dinyatakan? Adakah ini menteri yang engkau undi? Adakah kita tergolong dengan golongan menteri bebal ini?

Kedatangan pekerja asing zaman ini tidak ubah seperti bagaimana British membawa masuk imigran luar suatu ketika dahulu untuk mengisi sektor perladangan dan perlombongan. Dan, pada akhirnya kita menerima kesemua mereka walaupun pada hari ini, terdapat orang-orang yang masih bising menuduh kaum Cina dan India sebagai pendatang. Ini semua adalah dejavu terhadap apa yang pemerintah kolonial lakukan kepada kita suatu masa dahulu yang diulang semula oleh pemimpin Melayu yang mengetuai kerajaan hari ini. Tidak mustahil, 20 tahun atau mungkin 10 tahun dari sekarang, kita pula akan bising-bising memanggil Bangladesh sebagai pendatang walaupun ketika itu, mungkin sudah ada Parti Gerakan Bangladesh, Pertubuhan Kebangsaan Bangladesh Bersatu (UBNO) dan lain-lain.

Impaknya bukan sahaja sektor yang Zahid Hamidi kata kononnya, anak muda tidak mahu kerja, tetapi ia lebih besar meliputi aspek sosio-ekonomi, pembudayaan masyarakat, tumbesaran populasi, aliran tunai keluar masuk dan lain-lain yang Zahid Hamidi malas nak fikir. Mungkin bukan malas tetapi ini cara pintas untuk persediaan PRU14. Agaknyalah.


Monday, February 15, 2016

Lagenda Tiung Mas


Aku bukanlah hendak mengetawakan si pesalah atau mempermainkannya. Aku cuma ingin melihat sikap mereka yang taksub dengan bangsa sehinggakan membutakan mata terhadap kezaliman, 'menghalalkan' keganasan atas nama bangsa dan menyokong secara membabi buta. Aku kasihan dengan mereka ini.

Mempunyai nama bangsa bukan bermaksud kita berhak melakukan apa saja yang kita rasakan betul.




Pengakhiran kisah ini di sini.

Saturday, February 06, 2016

Masyarakat Wang Yang Merosakkan


Satu hari, gua telah menulis satu komentar di satu page pelawak yang membuat video (ala zine). Kisahnya, sebelum ini Z (bukan nama sebenar) membuat video lelucon yang dekat dengan masyarakat, humor selamba dan tanpa dipengaruhi unsur-unsur iklan.

Sekarang sudah berubah. Video lebih kepada mempromosikan produk namun disampaikan secara lawak dan berhumor. Gua pun nasihatkan dia supaya jangan terlampau banyak promosikan barang kerana takut-takut tujuan asal yang mula-mula page beliau digemari ramai akan terpesong.

Maka, gua pun dikecam dan dihujani dengan beberapa sindiran dan makian..

"Suka hati dialah. Nak harap kau buat video ke?"

"Der, ni iklan der. Kalau takde iklan, mana nak datang duit buat video?"

"Biarlah dia nak promote pun. Sekurang-kurangnya dapat jana kewangan untuk dia bergerak.."

Gua rasa musibah apa yang telah melanda masyarakat berpaksikan kapitalis ala-ala Qu Puteh ni? Kenapa begitu sial sekali masyarakat yang acah-acah ambil berat pada pelawak tersebut tetapi dalam masa yang sama mengetepikan unsur keaslian, bebas kapitalis, bebas pengaruh luar dan sebagainya? Ternyata masyarakat hari ini yang dilahirkan dan membesar dengan menonton drama bodoh bin bangang di TV telah berjaya diacu dengan baik oleh penerbit TV dan penulis novel.

Unsur realisme, bebas feudalisme, non-kapitalis telah jauh daripada masyarakat. Masyarakat hari ini adalah masyarakat yang memandang duit dan wang sebagai kuasa tarikan. Wang sebagai penggerak manusia. Wang sebagai penjana gerak kerja. Bila semua ini dipengaruhi wang, maka, manusia akan menjadi seperti seekor babi. Apabila sudah gah, ia perlu wang yang lebih banyak. Apabila tiada wang, ia tidak akan bergerak dan tidak mahu mendengar permintaan mereka yang menawarkan tiada apa atau wang yang rendah.

Begitulah gila masyarakat hari ini terhadap wang. Mereka berselindung tanpa sedar atas nama "jangan dengki-mendengki sesama manusia" tetapi terlupa bahawa wang bukan segala-galanya.

Rezeki Tahun Baharu


Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana permulaan tahun baharu 2016 ini bermula dengan baik.

Hampir genap 6 bulan aku bekerja di syarikat baharu selepas berpindah daripada syarikat lama yang meninggalkan banyak kenangan dan memori. Dan hampir 6 bulan ini, banyak juga aku belajar dan hadapi selok-belok kontraktor. Tak dinafikan perniagaan atau bisnes kontraktor berpaksikan keuntungan melalui kerja-kerja pemasangan sahaja. Namun, berbeza sedikit bagi syarikat aku yang mana kami juga melibatkan diri dalam bahagian kejuruteraan rekabentuk di mana bukan sahaja menjadi kontraktor pemasangan sebaliknya, kami mempunyai pasukan dedikasi (dedicated team) yang menekan aspek dan prinsip kejuruteraan merekabentuk. Ini yang membuatkan aku berasa seronok kerana selain mempelajari ilmu praktikal di tapak, dapat juga aku menguatkan ilmu berkaitan teori.

Itu sedikit pengenalanlah berkaitan syarikat baharu aku ini. Dan aku harap dapat melangkah lebih jauh dalam industri berkaitan air ini jika kena pada platformnya.

Tahun baharu yang aku ingin ceritakan adalah mengenai rezeki. Alhamdulillah dalam dua bulan ini, aku dimurahkan rezeki apabila pembiayaan peribadi aku yang buat bayar deposit kereta sudah pun habis dibayar. Bermakna, aku kini bebas satu hutang personal loan. Walaupun bulanan tidaklah banyak sangat, alhamdulillah, dapat meringankan sedikit beban bulanan. Lagi satu, hutang aku kepada seseorang yang aku panggil mentor juga sudah habis pinjamannya pada akhir bulan lepas. Ribuan ringgit yang aku pinjam daripada dia untuk menceburkan diri dalam perniagaan sewaan lot akhirnya telah selesai sepenuhnya dan dapatlah aku menumpukan fokus dalam perniagaan itu yang sekadar part-time sahaja.

Seterusnya, menjelang Tahun Baharu Cina ini juga, rezeki aku murah sekali lagi apabila mendapat bonus daripada syarikat tempat bekerja walaupun aku belum mendapat surat pengesahan jawatan. Syukur walaupun jumlahnya tidaklah sampai 2 bulan sebagaimana rakan sekerja lain. Haha!

Dan baru beberapa hari lalu, kami semua diraikan melalui satu jamuan makan tengahari di sebuah restoran Cina Muslim. Pertama kali dalam hidup aku melakukan yee-sang. Rupa-rupanya, makanan di dalam itu adalah campuran buah yang dijeruk, bihun (atau sohon) dan keropok. Memang kena angkat dan gaulkan setinggi boleh jika ikut tradisinya. Selesai jamuan, bos bagi pula angpau tahun baru. Ini juga satu pengalaman baharu buat aku kerana tak pernah dalam seumur hidup aku menerima angpau daripada sesiapa.



Semua dapat angpau tak kira dah kahwin ke belum



Selain daripada rezeki yang aku sebutkan di atas, ada juga beberapa projek persendirian yang aku terima iaitu mengambil upah melukis menggunakan Autocad. Ada yang sudah mula bergerak dengan wang pendahuluan sudah diterima walaupun bahagian kerja aku belum bermula. Aku kira ini semua rezeki yang tidak terhingga daripada Allah buat aku. Semoga aku dapat bekerja lebih ikhlas dan kerana Allah serta akhirnya, dapatlah aku melengkapkan separuh daripada agamaku pada tahun ini.

Insyaallah!

Friday, February 05, 2016

Dihukum Manusia Sebelum Hukum Mahkamah


Manusia zaman sekarang bila nampak orang mencuri, nampak peragut terus ambil kamera, tekan butang video, tekan butang rakam. Lepas tu, datang orang ramai belasah, terajang pesalah tu secara berjemaah. Perakam kadang-kadang pun ikut terajang. Ikat tangan ke belakang. Hentak dengan helmet. Terajang dengan kasut tapak keras. 

Lepas tu masuk facebook. Orang pun komen..

"Padan muka, kurang ajar..."

"Kalau aku, aku dah tikam balik peragut ni!"

"Memang selayaknya kena belasah macam tu..."

Apa benda ni semua? Mana nilai moral masyarakat? Undang-undang sudah ada, tak perlu kau menjadi pra undang-undang sebelum dia dijatuhkan hukuman. Kau fikir tindakan kau betul sebab kononnya engkau membantu mangsa ragut. Tangkap tu dah betul. Ikat, belasah dan masuk dalam media sosial tu yang salah. Benda tu mengaibkan orang.

 Konon nak bagi kesedaran kepala hangguk engkaulah. Engkau hanya menunjukkan manusia hanya berada di bawah kelas binatang jika dihukum mengikut hukum rimba.
 
Google Analytics Alternative