Satu hari, gua telah menulis satu komentar di satu page pelawak yang membuat
video (ala zine). Kisahnya, sebelum ini Z (bukan nama sebenar) membuat
video lelucon yang dekat dengan masyarakat, humor selamba dan tanpa
dipengaruhi unsur-unsur iklan.
Sekarang sudah berubah. Video
lebih kepada mempromosikan produk namun disampaikan secara lawak dan
berhumor. Gua pun nasihatkan dia supaya jangan terlampau banyak
promosikan barang kerana takut-takut tujuan asal yang mula-mula page beliau digemari ramai akan terpesong.
Maka, gua pun dikecam dan dihujani dengan beberapa sindiran dan makian..
"Suka hati dialah. Nak harap kau buat video ke?"
"Der, ni iklan der. Kalau takde iklan, mana nak datang duit buat video?"
"Biarlah dia nak promote pun. Sekurang-kurangnya dapat jana kewangan untuk dia bergerak.."
"Suka hati dialah. Nak harap kau buat video ke?"
"Der, ni iklan der. Kalau takde iklan, mana nak datang duit buat video?"
"Biarlah dia nak promote pun. Sekurang-kurangnya dapat jana kewangan untuk dia bergerak.."
Gua rasa musibah apa yang telah melanda masyarakat berpaksikan
kapitalis ala-ala Qu Puteh ni? Kenapa begitu sial sekali masyarakat yang
acah-acah ambil berat pada pelawak tersebut tetapi dalam masa yang sama
mengetepikan unsur keaslian, bebas kapitalis, bebas pengaruh luar dan
sebagainya? Ternyata masyarakat hari ini yang dilahirkan dan membesar
dengan menonton drama bodoh bin bangang di TV telah berjaya diacu dengan
baik oleh penerbit TV dan penulis novel.
Unsur realisme, bebas
feudalisme, non-kapitalis telah jauh daripada masyarakat. Masyarakat
hari ini adalah masyarakat yang memandang duit dan wang sebagai kuasa
tarikan. Wang sebagai penggerak manusia. Wang sebagai penjana gerak
kerja. Bila semua ini dipengaruhi wang, maka, manusia akan menjadi
seperti seekor babi. Apabila sudah gah, ia perlu wang yang lebih banyak.
Apabila tiada wang, ia tidak akan bergerak dan tidak mahu mendengar
permintaan mereka yang menawarkan tiada apa atau wang yang rendah.
Begitulah gila masyarakat hari ini terhadap wang. Mereka berselindung tanpa sedar atas nama "jangan dengki-mendengki sesama manusia" tetapi terlupa bahawa wang bukan segala-galanya.
No comments:
Post a Comment