Saturday, February 06, 2016

Rezeki Tahun Baharu


Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana permulaan tahun baharu 2016 ini bermula dengan baik.

Hampir genap 6 bulan aku bekerja di syarikat baharu selepas berpindah daripada syarikat lama yang meninggalkan banyak kenangan dan memori. Dan hampir 6 bulan ini, banyak juga aku belajar dan hadapi selok-belok kontraktor. Tak dinafikan perniagaan atau bisnes kontraktor berpaksikan keuntungan melalui kerja-kerja pemasangan sahaja. Namun, berbeza sedikit bagi syarikat aku yang mana kami juga melibatkan diri dalam bahagian kejuruteraan rekabentuk di mana bukan sahaja menjadi kontraktor pemasangan sebaliknya, kami mempunyai pasukan dedikasi (dedicated team) yang menekan aspek dan prinsip kejuruteraan merekabentuk. Ini yang membuatkan aku berasa seronok kerana selain mempelajari ilmu praktikal di tapak, dapat juga aku menguatkan ilmu berkaitan teori.

Itu sedikit pengenalanlah berkaitan syarikat baharu aku ini. Dan aku harap dapat melangkah lebih jauh dalam industri berkaitan air ini jika kena pada platformnya.

Tahun baharu yang aku ingin ceritakan adalah mengenai rezeki. Alhamdulillah dalam dua bulan ini, aku dimurahkan rezeki apabila pembiayaan peribadi aku yang buat bayar deposit kereta sudah pun habis dibayar. Bermakna, aku kini bebas satu hutang personal loan. Walaupun bulanan tidaklah banyak sangat, alhamdulillah, dapat meringankan sedikit beban bulanan. Lagi satu, hutang aku kepada seseorang yang aku panggil mentor juga sudah habis pinjamannya pada akhir bulan lepas. Ribuan ringgit yang aku pinjam daripada dia untuk menceburkan diri dalam perniagaan sewaan lot akhirnya telah selesai sepenuhnya dan dapatlah aku menumpukan fokus dalam perniagaan itu yang sekadar part-time sahaja.

Seterusnya, menjelang Tahun Baharu Cina ini juga, rezeki aku murah sekali lagi apabila mendapat bonus daripada syarikat tempat bekerja walaupun aku belum mendapat surat pengesahan jawatan. Syukur walaupun jumlahnya tidaklah sampai 2 bulan sebagaimana rakan sekerja lain. Haha!

Dan baru beberapa hari lalu, kami semua diraikan melalui satu jamuan makan tengahari di sebuah restoran Cina Muslim. Pertama kali dalam hidup aku melakukan yee-sang. Rupa-rupanya, makanan di dalam itu adalah campuran buah yang dijeruk, bihun (atau sohon) dan keropok. Memang kena angkat dan gaulkan setinggi boleh jika ikut tradisinya. Selesai jamuan, bos bagi pula angpau tahun baru. Ini juga satu pengalaman baharu buat aku kerana tak pernah dalam seumur hidup aku menerima angpau daripada sesiapa.



Semua dapat angpau tak kira dah kahwin ke belum



Selain daripada rezeki yang aku sebutkan di atas, ada juga beberapa projek persendirian yang aku terima iaitu mengambil upah melukis menggunakan Autocad. Ada yang sudah mula bergerak dengan wang pendahuluan sudah diterima walaupun bahagian kerja aku belum bermula. Aku kira ini semua rezeki yang tidak terhingga daripada Allah buat aku. Semoga aku dapat bekerja lebih ikhlas dan kerana Allah serta akhirnya, dapatlah aku melengkapkan separuh daripada agamaku pada tahun ini.

Insyaallah!

5 comments:

mmsyah said...

mohon open table~

eJAI said...

heheheheh

Anonymous said...

Tahniah bro, semoga terus maju jaya.

-non silent reader-

eJAI said...

Terima kasih non silent reader!

Anonymous said...

Yeayyyyyyy;)

 
Google Analytics Alternative