Suka aku mengaitkan kisah Alif Syukri ni dengan politik kerana
usahawan dengan ahli politik tidak jauh bezanya. Dua-dua mencari
platform untuk mengembangkan pengaruh bagi ahli politik dan kekayaan
bagi ahli usahawan.
Terang-terang Aliff Syukri (dan isterinya)
dalam PC mereka baru-baru ini berkata bahawa tiada siapa yang ingin
melabur tanpa mendapat pulangan. Aku kira, ini adalah masalah kerosakan
moral masyarakat hari ini. Walau benda ini sememangnya benar, tidak perlu engkau laungkan satu Malaya tentang niat kau itu. Rosak moral kerana apa? Tak perlulah aku huraikan lagi bagaimana sistem kapitalis berfungsi.
Satu lagi, masalah orang taksub dengan individu politik. Orang Kedah
masih rindukan Mukhriz. Orang Sarawak dengan Adenan Satemnya. Kesemua
ini semuanya najis Barisan Nasional. Namun, orang-orang dungu ini
terlalu mengidolakan pemimpin mereka yang baik dan bagus itu sehingga
terlupa apakah jenama 'seluar dalam' atau parti yang mereka duduki.
Padahal, Mukhriz atau Adenan bukannya mampu menghalang PM Najib daripada
melaksanakan GST, bukannya mampu menghalang daripada harga barang naik,
kezaliman polisi kerajaan, ketidaktelusan urus tadbir negara, korupsi
penjawat awam dan berbagai lagi yang berada di dalam tong najis Barisan
Nasional.
Yang mereka tahu, Adenan bagus! Mukhriz pemimpin rakyat! Bayar jelah GST asalkan kita ada kedua-dua ini.
Dan pada akhirnya nanti, barangkali artikel ini akan dicemuh dengan perkataan 'dengki', 'irihati' dan 'melayu tak boleh tengok melayu lain senang'. Itu sahajalah zikir mereka.
No comments:
Post a Comment