Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat acapkali beberapa
pandangan naik di FB tentang ketidaksetujuan mereka tentang
pesanan-pesanan yang sentiasa ada di masjid. Pesanan tersebut berbunyi
seperti di dalam gambar di bawah.
Ya, memang betul hakikat orang
kebanyakan sekarang bahawa tidak patut kanak-kanak dihalang daripada
memasuki masjid. Bahkan ibubapa patut membawa anak-anak mereka ke dalam
masjid untuk mendedahkan dan mendidik
mereka tentang solat, kepentingan berjemaah dan sebagainya. Memang
perkara ini bagus tetapi di Malaysia ini, ibubapanya tidaklah sepintar
mana. Sebab itulah, masjid melarang kanak-kanak masuk ke dalam masjid.
Bawa anak masuk masjid itu bagus tetapi selepas itu, dibiar anaknya
lepas laku, menjerit sana sini, berlari-lari sampai bunyi tapak kaki
menganggu kekusyukan solat jemaah dewasa dan bermacam-macam lagi yang
buat engkau rasa nak datang pada ibubapa anak tersebut dan tampar mereka
kerana dungu dalam menjaga anak.
Benarlah kata Prof Dr Muhaya
bahawa, anak yang tidak baik, ibubapanya juga tidak baik. Sangat tepat
ia ditujukan kepada golongan ibubapa yang tiada 'common sense' ini.
No comments:
Post a Comment