Sehingga hari ini ramai Melayu mengaku Islam mudah menjatuhkan hukum
yang memang telah kita semua sedia maklum. Tapi untuk kita meletakkan
diri kita di tempat si mati, pernahkah ada rasa itu?
Hari ini orang miskin mati kerana terjun. Namun, berapa ramai lagi orang miskin yang mati yang tidak kita ketahui?
Yang mati kerana kelaparan di bawah jambatan macamana?
Yang tidak dapat rumah PR1MA kerana telah diberikan kepada kroni-kroni macamana?
Yang tidak dapat BR1M walaupun seorang ibu tunggal macamana?
Yang menjadi gelandangan kerana tidak tahu dan tidak mampu mengisi borang bantuan online macamana?
Bukankah itu juga satu 'kematian'?
Manakala, kau pula terus sibuk menulis di atas kerusi empuk dan rumah berkipas engkau sambil menuduh si mati akan ke neraka.
No comments:
Post a Comment