Kadang aku tidak faham fungsi mereka atau page yang mengaku anti politikus (sebagai contoh Tentera Troll Kebangsaan Malaysia) yang membahan atau menghentam kedua-dua belah bahagian politik.
Mereka ni berpengaruh dan berupaya menanamkan doktrin membenci kedua
belah barisan kepada pengikut mereka lantas, mampu mengumpul pengikut
yang kononnya berpegang kepada falsafah anti politikus mereka.
Dalam keadaan sekarang ni, adalah lebih baik mereka ini mendidik pengikut mereka supaya memilih parti yang less damage. Orang putih kata (Zakir Naik pun ada kata tau!),
"If you have to face two enemies, pick one side which give you less damage."
Takdir...takdir.
Kerana apa aku berkata begini? Kerana mereka inilah yang akan memecah-belah dan bakal merosakkan undi.
Kesudahannya, BN akan kekal memerintah selepas menang PRU dan rakyat
terus disengsarakan dengan pelbagai kos dan cukai. Mereka? Mereka buat
apa?
Mereka hanya tahu terus membahan kedua-dua politikus dengan
kartun dan video mereka dan benda ini berulang sahaja sampailah abang
Jamil mampos.
No comments:
Post a Comment