Monday, May 30, 2011

Si Dungu Dari Manchester(konon)

Apa perasaan anda bila pasukan kegemaran anda kalah?





Pok Jib jawab, "Saya tak kisah maa. Yang penting tarif elektrik naik. Barang naik. Tu more penting!Kahkah.."

Tuesday, May 17, 2011

Not Glory Hunters

Ok, kami bukan glory hunter nak kejar piala itu, piala ini. Kami hanya suka permainan cantik walaupun tak menang game. Permainan cantik membuat kami terhibur. Permainan untuk menang piala hanya terhibur ketika pasukan itu menjulang piala saja. Jadi, jika liga bolasepak mempunyai 38 perlawanan, maka 38 kali jugalah kami terhibur dengan permainan cantik. Menang piala pula hanya sekali. Atau mungkin dua kali saja untuk rasa terhibur.


Jadi, kamilah Arsenal yang sentiasa memperagakan permainan cantik. Arsenal boleh menguasai perlawanan dengan dahsyat (kecuali lawan Barcelona). Arsenal boleh gentel-gentel bola di kotak penalti lawan sambil membuatkan penjaga gol sentiasa rasa berdebar begitu juga dengan peminat-peminatnya. Arsenal boleh rilek-rilek je simpan Wenger selama 6 tahun tanpa trofi berbanding Chelsea, Liverpool dan Real Madrid yang kerapkali tukar pengurus macam tukar boxer. 

Dan yang paling penting sekali, Arsenal pernah mengalahkan juara England yang baru dinobatkan di laman sendiri. Itu pencapaian terbaik musim ini!Oh ya, kami juga ada pergi ke Wembley musim ini!

Mari kita salute Arsenal!!


Dongakkan kepalamu Wenger. Tidak ada apa yang perlu kau malukan dapat tempat ke-4 dengan muda-mudi ini



Adegan penting musim ini yang harus dikenangi jika bercakap mengenai musim 2010/11 Arsenal

Sunday, May 15, 2011

Stoken



Padan muka sama Stoke kalah final semalam!! Time lawan Arsenal minggu lepas bukan main semangat lagi korang ye macam main final. Semalam main macam sampah. Tu la, lain kali beringat sikit yang awak tu main FA Cup final. Kan dah pancit. Kah kah kah...Puas hati aku tengok Stoke kalah semalam. Loser siut (walaupun Arsenal loser jugak).


 Main bagus lawan Arsenal tiada gunanya kawan




Barang yang lepas jangan dikenang wahai loser!


Apa pulak problem Arsenal season ni? Season depan pulak boleh ke dorang cope dengan ancaman-ancaman pasukan baru nanti? Nantikan kupasannya....

Wednesday, May 11, 2011

Anak Dewan



 
Mamat ni memang legend tahun 90-an. Dia punya power masa tuh sampai budak-budak sekolah sebaya aku selalu sebut-sebut nama dia. Tambah-tambah time Pendidikan Jasmani. Semua nak jadi macam Farid Dewan bila main bola. Entah mana la dia sekarang. Dulu dia berhenti main bola sebab nak sambung belajar. Yelah, main bola tak kemana katanya.

Friday, May 06, 2011

Kereta Nasional

Baru-baru ini, ada beberapa orang mencadangkan aku beberapa buah kereta menarik untuk dibeli. Aku bukan berminat pun nak beli (dalam waktu sekarang ni la). Kebanyakan mereka berpendapat, kereta yang sesuai untuk masa sekarang dan ekonomi untuk dibeli adalah..guess what? Proton! 



Ok, tak patut ada tanda seru kat situ. Baik, dalam banyak-banyak pilihan kereta di pasaran, kenapa mesti Proton? Ok, kita tinjau harga pasaran kereta sekarang. Jika sebuah Proton Saga BLM sebenarnya boleh dapat dalam RM40k la minimum. Myvi pulak lebih mahal sikit dengan harga sekitar RM60k mengikut apa yang aku tinjaulah. Viva pulak dalam RM40k jugak lebih kurang BLM. Hah, kenapa kereta nasional? Ini apa yang aku tinjau buat masa sekarang, memang ramai budak-budak fresh grads atau yang baru start keje gomen tu pilih kereta-kereta ni bersandarkan harga yang murah. Masalahnya, memanglah murah sebab kereta nasional ada perlindungan kerajaan. Cuba kalau gomen tak sekat dan kasi cukai tinggi untuk kereta luar, dah tentu kereta nasional ni orang beli buat pegi jamban je.

Berbalik kepada harga-harga yang disebutkan tadi, memang BLM dan Viva orang selalu angkat. Biasanya budak baru nak up memang akan cari kereta-kereta macam ni tayang kat orang kampung padahal ansuran dekat 10 tahun punye bayar. Compare BLM dan Viva pulak, mostly manusia hati kental akan pilih BLM sebab ekonomi. Yelah, BLM lagi luas dari Viva. Kuasa kuda pulak ada sampai 1.3. Viva ada jugak kot tapi yang Elite tu aku rasa. Tu pun dah nak dekat RM50k. So, ramai orang akan berpendapat BLM lah pilihan tepat untuk menggambarkan citarasa dan aspirasi generasi orang muda. Ptuihh die!!

Kredit to Paultan.org


Ok, sebelum tu, bukan nak hina pemilik kereta Proton. Aku dapat kisah-kisah ni dari member, sepupu dan laman-laman blog. Bukan blog yang dok tayang video lucah tu. Ape Papagomo? Apa bengap punye papagomo ni? Baik, berbalik kepada kisah BLM. Apa pasal aku ludah Proton? Atau dalam bahasa kesatnye, apa pasal aku benci Proton. Ah, tak cukup kesat di situ. Lain kali jelah aku guna bahasa kesat tu. 

Proton start tahun 1985 kalau tak silap aku. Bandingkan dengan KIA. KIA mula start awal 2000 kalau tak silap aku jugak. Kalau aku silap, beranikanlah tegur aku kerana hamba pacal yang hina. Tapi berapa ramai orang Malaysia yang tahu jenama KIA banding dengan orang Korea tahu pasal jenama Proton? Ok, aku tahu Proton tak pegi belah timur. Depa banyak main market belah Middle East dengan Afrika je kan? Tapi, lu orang cuba bayangkan kalau KIA dah boleh tembus Amerika sedangkan Proton masih terkial-kial merangkak dengan usia beliau dah menjangkau 26 tahun. KIA ambik beberapa tahun je untuk established market belah Asia dan boleh gegar Amerika. Malu ke tak Proton? 

Zaman emas Proton ni adalah masa tahun 90-an je. Ayah aku pun pernah pakai 2 kali kereta Proton dan terus terang cakap, performance kereta depa tahun-tahun tu memang mantap. Tak banyak buat taik macam sekarang ni. Aku pun taktau la apa yang RND deparment depa dok pikiaq. Maybe depa ni nak cut cost dan macam-macam benda yang kurang kualiti depa bagi kat kita. Proton BLM sepupu aku selamba je rosak die punya sistem alarm. Tiba-tiba berbunyi sendiri. Apa kes? Pastu dia buat-buat cover kononnya ni berlaku kadang-kadang je. Aik, tak penah plak aku dengar Kancil punya alarm tak betul. 

Cerita lain member aku, Persona dia buat hal setelah baru beli dalam lebih kurang 2 bulan. Dia punya lantai untuk penumpang sebelah driver tu boleh bocor pulak. Ape ke heinye?? Dia sekarang dah tukar pakai Swift. Lantakla keluar duit sikit asal puas bawak keta kata dia. Kalau nak cerita pasal tingkap tak naik, gearbox problem, lampu tak menyala tu memang dah mainan pemilik kereta Proton ni la. Memang banyak sangat benda-benda ni jadi. Tapi, sebab depa tak berani nak tukar dan cuma berserah jela kereta yang depa ada ni. 

Jadi, kalau lu orang rasa pilihan lu orang tepat apabila memilih kereta Proton Saga BLM tadi, cuba pikir balik. Aku bukan nak menghasut tapi apa guna pakai Proton konon nak patriotik dan semangat nasionalis sebaliknya apa yang hangpa dapat semuanya macam taik? Better Myvi lagi bagus kalau nak compare even harga dia tinggi sikit tapi seriusli aku tengok tak banyak problem macam Proton. Proton ni semua dia nak kejar. Sekarang nak research pasal hybrid car pulak sedangkan problem macamana nak kasi tingkap naik pun tak setel-setel.

Yang kita pulak kene tipu dengan orang kat atas nun. Kereta luar boleh dapat murah kalau kerajaan tak tolong jaga periuk nasi Proton dan kenakan cukai melambung kepada kereta-kereta import. Apa boleh buat, inilah nasib rakyat. Ada pilihanraya pun belum tentu boleh kasi tukar. Lastly, no offense to Proton dan aku cuma luahkan apa yang aku rasa. Jika ada orang suggest aku angkat Proton, aku dah boleh cepuk-cepuk dahi dia.

Sunday, April 10, 2011

Kit-Kat

WK berehat sementara bagi memberi laluan kepada Final Year Project, final exam dan projek air-cond di salah sebuah bangunan ternama di dalam negara. Kami berjanji akan kembali dengan isi yang lebih padu dan mantap menjelang Mei nanti. :)

Rehat sebentar

Tuesday, March 29, 2011

Aku Seorang Engineer


Minggu sudah, aku telah ditugaskan oleh 'bos' untuk memeriksa sistem penyaman udara di kampus Puncak Alam UiTM. Entah apa yang rosak atau breakdown, aku pun taktau. Itu sebab aku kena ke sana. Untuk memeriksa. Aku ke sana menaiki kenderaan 'syarikat' disebabkan mudah. Kalau naik kenderaan sendiri, belum tentu dapat claim. Agak-agak kalau dalam tahun ni pun belum tentu dapat.

Disebabkan sampai sana dah dekat pukul 2.30 petang, aku segera ke surau untuk zuhur dahulu. Sebagai engineer, kita tidak boleh lari dari menunaikan ibadah kerana setiap rezeki datang dariNya apatah lagi untuk menjadi jurutera yang mapan dan berdaya saing, iman mesti kuat menangani arus global. Setelah selesai solat, aku sempat menyambar roti inti telur buat mengalas perut yang tidak menjamah makanan sejak dari pagi lagi. Sambil itu, aku hisap rokok dulu, meninjau-ninjau kawasan kampus Puncak Alam ni. Memang sofistikated dan ada ala-ala Singapore dia punya bangunan-bangunan. Masih, banyak lagi kosong di sana sini kerana khabarnya ni baru fasa pertama. Belum dua, tiga dan empat fasa lain. Memang satu tanah Bukit Cerakah ni dia ambik.


 Bukan kampus gua

Dekat pukul 3 petang, barulah member aku dapat call dari control room supaya datang ke bangunan control plant ataupun dipanggil site plant. Dengan udara panas dan matahari terik, kami berjalan lebih kurang 1km ke bangunan tersebut. Memang gagahlah nak berjalan sejauh tu dengan menyarung jaket seorang jurutera. Walaubagaimanapun, kami disambut mesra brader Aziz(entah ye ke namanya ni?) di Bilik Kawalan Penyaman Udara. Oh ya, bukan penghawa dingin ye, sebenarnya pendingin hawa. Ramai keliru di situ. Kami diberi taklimat sekitar 15 minit sambil membaca handout yang diberikan. Tanpa persiapan sempurna, kami buat-buat paham akan masalah dihadapi mereka.

Semat gak


Selesai taklimat, aku minta izin. Bukan untuk balik tapi mintak tumpang bilik air. Dari tadi menahan sebab bilik kawalan tu sejuk benor. Ok, selesai. Jadi, kami pun memulakan misi dengan berbekalkan topi keselamatan. Kami dibawa ke LV room tapi nampaknya semua ok di sini. Kemudian, kami naik ke tingkat atas di mana cooling tower ditempatkan. Kami lihat 2 daripada 5 saja cooling tower yang running. Jadi, aku pun membuat kesimpulan mudah dengan mengatakan kegagalan cooling tower berfungsi membuatkan sistem air-cond terganggu. Tapi, brader Aziz senyum je. Dia kata off-peak memang running 2 je. Maksudnya, bukan waktu puncak untuk kasi jimat tenaga, dia jalan 2 je. Oh, ok, aku malu di situ.


LV Room


Kami turun pula ke chiller plant. Chiller plant ni adalah untuk kasi supply air sejuk ke bangunan-bangunan di dalam kampus ni. Pendek kata, chiller plant ni proses air daripada tangki besar bagi dia sejuk habaq kat hang. Nampaknya semua ok ni. Kata Abu Jabit dari kumpulan kami. Brader Aziz sekali lagi senyum-senyum kambing. "Kalau semua ok, jom check tangki TES", kata aku.


 Sistem perpaipan


 TES Tank


Tangki TES (Thermal Energy Storage) digunakan untuk menyimpan air dan circulate balik air ni ke chiller tadi. Semua proses ni sebenarnya adalah berulang-alik. Kalau aku dok ludah dalam tank ni pun, hangpa dok layan je nikmat air-cond dalam bilik kuliah tu. Padan muka. Kahkahkah.. Tiba-tiba, Abu Jabit berkata, " Hah, tu bocor!!" kata beliau seraya mendepakan tangan ala Titanic. Sedar dia silap isyarat tangan, dia menunjuk ke arah bawah tangki tu. Memang nampak macam bocor ditambah dengan lumut-lumut hijau kat situ bikin semak mata memandang. Dengan tidak semena-mena, Brader Aziz menepuk dahi Abu Jabit dengan agak selamba.


 Takde bocor pun

"Member ko tu hah, mulutnye bocor!!"kata Brader Aziz lalu menunjuk ke arah aku. Eh, apsal plak aku??


Tiba-tiba, aku terkejut dari lamunan tidurku. Laaa, baru ku tahu, aku rupanya belum jadi engineer lagi. Mimpi je. Baru buat site visit ke Puncak Alam je pun tadi dah macam-macam. Air liur yang nak meleleh ke jaket fakulti aku tu, aku sapu dan calitkan pada kerusi kenderaan 'syarikat' iaitu sebuah bas universiti.

Thursday, March 24, 2011

Stupid Nation Part 2

" Saya belum lagi menonton video tersebut tapi saya percaya 100% bahawa dialah orangnya"


Kahkahkah....nampak benor menipunye...kata Usop..

Saturday, March 19, 2011

Stupid Nation



 
Jika di Mesir, rakyatnya berdemo menuntut dan memperjuangkan hak mereka sehingga jatuhnya rejim Mubarak.




Tapi di Malaysia...





 Mereka berdemo menuntut pemimpin menyerahkan DNA. Alahai...tanah airku...



Gambar-gambar copyright reserved

Sunday, March 13, 2011

Dibalas Tuba

 We need to breath...


Setiap kali ada game Arsenal, aku takkan miss turun ke gelanggang 'mamak' hanya untuk menyaksikan permainan cantik dan menghiburkan dari pemain-pemain Arsenal. Biarpun adakalanya kalah, aku tetap datang.

Setiap kali habis game Arsenal, aku takkan terlepas membaca dan menonton video post match daripada Arsene Wenger serta ulasan-ulasan dari media dan blog.

Setiap kali habis game Arsenal juga, aku tidak akan ketinggalan mendownload highlight setiap game Arsenal untuk aku tonton di hari kemudian biarpun ia memakan space hard disk komputer.

Setiap kali season baru, aku tidak akan ketinggalan membeli jersi baru Arsenal di uptown mahupun downtown biarpun ia hanya cetak rompak. Ada juga yang dihadiahkan kepada aku. Thankss!


Tapi...


Setiap kali itu jugalah Arsenal menghampakan aku. Sudah 6 tahun kemarau trofi. Bukanlah trofi yang aku kejarkan, tapi aku hanya inginkan lawan Arsenal merasa hormat dan gerun dengan Arsenal. Bagaimana untuk membuat lawan gerun dan takut dengan Arsenal? Sudah tentulah dengan memenangi trofi!

Setiap kali bertanding kejohanan, setiap kali itulah juga Arsenal akan layu dan terkulai.

Setiap kali mata boleh dihampirkan apabila lawan kalah, setiap kali itulah juga Arsenal turut sama terkulai.

Setiap kali penyokong meletakkan harapan tinggi, setiap kali itulah ia akan berkecai.

Is this dream or reality Mr. Wenger?


Setelah tewas di final Carling Cup di tangan Birmingham, Arsenal tumpas kepada Barcelona secara memalukan. Semalam pula, Arsenal tewas di tangan Manchester Utd apabila mengaplikasikan taktikal yang serupa 2, 3 tahun lepas menentang mereka.

Inilah madu yang aku beri, tuba yang Arsenal balas. 

Maybe, it's time for someone to step down. I don't know who. Let's people decide.


Wednesday, March 02, 2011

Pakcik Tak Minat Liga Super. Pakcik Minat EPL dengan Wrestling!


Masa aku sampai kedai mamak dengan 7 member aku, Perak dah kena sebijik dengan Harimau Muda A. Ya, kami berlapan bersemangat untuk menonton bola di Astro Arena di kedai mamak sebab RTM haram tak mau menayangkan Liga Super. Konon saluran sukan terbaik hanya di RTM. Boleh jalan ke hell la. Nak mintak RM6 juta tapi sebelum ni pun jumlahnya sama jugak. Yang meroyan tiba-tiba taknak tayang liga super apesal pulak? Itu kena tanya Rizal Hashim la.

Sesampainya kami semua di situ, aku mengorder roti petak dan sirap limau. Sempat juga kami bergurau dengan macha kedai mamak Imthiyaz nih. Yang lain-lain pun begitu. Seronok bergurau dan dapat berkumpul bersama sambil menonton perlawanan bakal juara liga, Perak dengan Harimau Muda A. Sedang seronok-seronok menonton liga kebangsaan, tiba-tiba siaran Arena tadi beralih ke channel 811 di mana WWE Raw mengambil alih. Apa bangsat main alih-alih channel pulak ni tengah sedap-sedap Perak menyerang??

Semua mata memandang ke kaunter bayaran yakni terletaknya decoder Astro. Dari info yang didapati, ada beberapa pakcik berumur duduk di bahagian belakang restoran yang minta dialih channel gusti memandangkan WWE Raw pukul 10 dah start. Jadi, orang pun mula bising termasuk kami semua mintak ditukar balik channel bola. Tapi apakan daya. Majoriti tetap kalah dengan kuasa veto yang dimiliki pakcik-pakcik minat gusti di belakang tuh. Samalah kes macam Barisan Nasional menawan Perak dulu. Gila apa boleh jadi menteri besar haram macam tuh.

Dengan tidak beralihnya siaran gusti kepada siaran bola tempatan disebabkan mamak-mamak takut hilang pelanggan tetapnya itu, kami berlapan pun angkat kaki sebagai tanda protes. Ada beberapa pemuda juga mula angkat kaki dek kekecewaan dengan siaran bola tiba-tiba ditukar yang hanya berbaki 20 minit lagi untuk habis walhal gusti ada 2 jam masa tayangan lagi. 

Dengan rasa tidak puas hati, aku saje memerah accelarator motor kuat-kuat di luar restoran. Kebetulan, meja yang pakcik-pakcik-poyo-minat-gusti-tapi-bukan-paham-inggeris-pun duduk tu di sebelah tempat aku park motor. Memang baik la aku kasi press kuat-kuat bagi dia paham sikit. Member aku lagi dahsyat. Dia soundnya dari situ pasal minat bodoh pakcik-pakcik tuh. Aku terdengar sorang pakcik tu cakap yang mana memang bagi aku tambah panas, "Ala, kalau Manchester lawan Chelsea takpela jugak!"

Aku rasa kalau ada batu kat situ, nak je aku baling kat kepala-kepala pakcik sial tuh. Aku pikir dia orang tua je nih. Kalau budak muda, memang kitorang dah bergaduh dah kat situ kalau ikut majoriti rancangan tv mana patut ditayang. Kami semua pun blah terus dari situ dan layan livescore game Liga Super kat internet je. Apa nak buat, mereka lebih sayangkan EPL dan gusti dari siaran Liga Super yang liganya tak sampai tahap mana pun.

Tindakan bangsat pakcik-pakcik tersebut buat mengurangkan rasa hormat aku pada golongan kubur kata mari, rumah kata pergi nih. Takde langsung rasa respek kat orang yang dah duduk situ menonton sebelumnya. Lagipun game tinggal 20 minit je lagi. Habis 20 minit tuh, tengoklah muka Triple H tengah cakap merapu tu sampai pukul 12malam. Duduk sampai mampus pun takpa. Pastu nak cerita lebat pasal game MU-Chelsea pagi karang pulak. Memang dasar tua kutuk!


Middle finger to all of them!

Tuesday, March 01, 2011

Komplot?

Para wartawan London News berjaya memperolehi sumber yang mengatakan ada pertemuan antara Laurent Koscielny dan Alex McLeish yakni pengurus Birmingham. Pertemuan yang berlaku malam sebelum final berdekatan Wembley Street dipercayai ada kaitan dengan perlawanan final Carling Cup yang berlangsung semalam di mana Arsenal tewas 1-2 hasil kesilapan antara penjaga gol dan Koscielny memberikan kemenangan saat akhir kepada Birmingham.


Berbalik kepada cerita pertemuan itu, ia berlaku pada pukul 11.30pm di mana Koscielny ditemani seseorang dipercayai pengurus peribadi beliau dan menunggu hampir 5 minit di jalan tersebut. Alex McLeish yang memandu Bentley berseorangan kemudian tiba di kawasan tersebut dan Koscielny dilihat masuk ke dalam kereta beliau. Hampir setengah jam kemudian barulah Koscielny dilihat keluar dari kereta Bentley McLeish sambil membimbit sebuah beg seakan dalam filem James Bond. Alex McLeish mula meninggalkan kawasan tersebut diikuti Koscielny 3 minit kemudian. Apa yang mereka bualkan dalam kereta tersebut tidaklah diketahui.


Dan, malam final esoknya..........


Oppss...



 And thy shall score....



Sorry..My mistake.....


Sumber: Link
 
Google Analytics Alternative