Apa perasaan anda bila pasukan kegemaran anda kalah?
Pok Jib jawab, "Saya tak kisah maa. Yang penting tarif elektrik naik. Barang naik. Tu more penting!Kahkah.."
Monday, May 30, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Not Glory Hunters
Ok, kami bukan glory hunter nak kejar piala itu, piala ini. Kami hanya suka permainan cantik walaupun tak menang game. Permainan cantik membuat kami terhibur. Permainan untuk menang piala hanya terhibur ketika pasukan itu menjulang piala saja. Jadi, jika liga bolasepak mempunyai 38 perlawanan, maka 38 kali jugalah kami terhibur dengan permainan cantik. Menang piala pula hanya sekali. Atau mungkin dua kali saja untuk rasa terhibur.
Jadi, kamilah Arsenal yang sentiasa memperagakan permainan cantik. Arsenal boleh menguasai perlawanan dengan dahsyat (kecuali lawan Barcelona). Arsenal boleh gentel-gentel bola di kotak penalti lawan sambil membuatkan penjaga gol sentiasa rasa berdebar begitu juga dengan peminat-peminatnya. Arsenal boleh rilek-rilek je simpan Wenger selama 6 tahun tanpa trofi berbanding Chelsea, Liverpool dan Real Madrid yang kerapkali tukar pengurus macam tukar boxer.
Dan yang paling penting sekali, Arsenal pernah mengalahkan juara England yang baru dinobatkan di laman sendiri. Itu pencapaian terbaik musim ini!Oh ya, kami juga ada pergi ke Wembley musim ini!
Mari kita salute Arsenal!!
Dongakkan kepalamu Wenger. Tidak ada apa yang perlu kau malukan dapat tempat ke-4 dengan muda-mudi ini
Adegan penting musim ini yang harus dikenangi jika bercakap mengenai musim 2010/11 Arsenal
Labels:
Sembang Bola
Sunday, May 15, 2011
Stoken
Padan muka sama Stoke kalah final semalam!! Time lawan Arsenal minggu lepas bukan main semangat lagi korang ye macam main final. Semalam main macam sampah. Tu la, lain kali beringat sikit yang awak tu main FA Cup final. Kan dah pancit. Kah kah kah...Puas hati aku tengok Stoke kalah semalam. Loser siut (walaupun Arsenal loser jugak).
Apa pulak problem Arsenal season ni? Season depan pulak boleh ke dorang cope dengan ancaman-ancaman pasukan baru nanti? Nantikan kupasannya....
Labels:
Sembang Bola
Wednesday, May 11, 2011
Anak Dewan
Mamat ni memang legend tahun 90-an. Dia punya power masa tuh sampai budak-budak sekolah sebaya aku selalu sebut-sebut nama dia. Tambah-tambah time Pendidikan Jasmani. Semua nak jadi macam Farid Dewan bila main bola. Entah mana la dia sekarang. Dulu dia berhenti main bola sebab nak sambung belajar. Yelah, main bola tak kemana katanya.
Labels:
Kenangan,
Sembang Bola
Friday, May 06, 2011
Kereta Nasional
Baru-baru ini, ada beberapa orang mencadangkan aku beberapa buah kereta menarik untuk dibeli. Aku bukan berminat pun nak beli (dalam waktu sekarang ni la). Kebanyakan mereka berpendapat, kereta yang sesuai untuk masa sekarang dan ekonomi untuk dibeli adalah..guess what? Proton!
Ok, tak patut ada tanda seru kat situ. Baik, dalam banyak-banyak pilihan kereta di pasaran, kenapa mesti Proton? Ok, kita tinjau harga pasaran kereta sekarang. Jika sebuah Proton Saga BLM sebenarnya boleh dapat dalam RM40k la minimum. Myvi pulak lebih mahal sikit dengan harga sekitar RM60k mengikut apa yang aku tinjaulah. Viva pulak dalam RM40k jugak lebih kurang BLM. Hah, kenapa kereta nasional? Ini apa yang aku tinjau buat masa sekarang, memang ramai budak-budak fresh grads atau yang baru start keje gomen tu pilih kereta-kereta ni bersandarkan harga yang murah. Masalahnya, memanglah murah sebab kereta nasional ada perlindungan kerajaan. Cuba kalau gomen tak sekat dan kasi cukai tinggi untuk kereta luar, dah tentu kereta nasional ni orang beli buat pegi jamban je.
Berbalik kepada harga-harga yang disebutkan tadi, memang BLM dan Viva orang selalu angkat. Biasanya budak baru nak up memang akan cari kereta-kereta macam ni tayang kat orang kampung padahal ansuran dekat 10 tahun punye bayar. Compare BLM dan Viva pulak, mostly manusia hati kental akan pilih BLM sebab ekonomi. Yelah, BLM lagi luas dari Viva. Kuasa kuda pulak ada sampai 1.3. Viva ada jugak kot tapi yang Elite tu aku rasa. Tu pun dah nak dekat RM50k. So, ramai orang akan berpendapat BLM lah pilihan tepat untuk menggambarkan citarasa dan aspirasi generasi orang muda. Ptuihh die!!
Kredit to Paultan.org
Ok, sebelum tu, bukan nak hina pemilik kereta Proton. Aku dapat kisah-kisah ni dari member, sepupu dan laman-laman blog. Bukan blog yang dok tayang video lucah tu. Ape Papagomo? Apa bengap punye papagomo ni? Baik, berbalik kepada kisah BLM. Apa pasal aku ludah Proton? Atau dalam bahasa kesatnye, apa pasal aku benci Proton. Ah, tak cukup kesat di situ. Lain kali jelah aku guna bahasa kesat tu.
Proton start tahun 1985 kalau tak silap aku. Bandingkan dengan KIA. KIA mula start awal 2000 kalau tak silap aku jugak. Kalau aku silap, beranikanlah tegur aku kerana hamba pacal yang hina. Tapi berapa ramai orang Malaysia yang tahu jenama KIA banding dengan orang Korea tahu pasal jenama Proton? Ok, aku tahu Proton tak pegi belah timur. Depa banyak main market belah Middle East dengan Afrika je kan? Tapi, lu orang cuba bayangkan kalau KIA dah boleh tembus Amerika sedangkan Proton masih terkial-kial merangkak dengan usia beliau dah menjangkau 26 tahun. KIA ambik beberapa tahun je untuk established market belah Asia dan boleh gegar Amerika. Malu ke tak Proton?
Zaman emas Proton ni adalah masa tahun 90-an je. Ayah aku pun pernah pakai 2 kali kereta Proton dan terus terang cakap, performance kereta depa tahun-tahun tu memang mantap. Tak banyak buat taik macam sekarang ni. Aku pun taktau la apa yang RND deparment depa dok pikiaq. Maybe depa ni nak cut cost dan macam-macam benda yang kurang kualiti depa bagi kat kita. Proton BLM sepupu aku selamba je rosak die punya sistem alarm. Tiba-tiba berbunyi sendiri. Apa kes? Pastu dia buat-buat cover kononnya ni berlaku kadang-kadang je. Aik, tak penah plak aku dengar Kancil punya alarm tak betul.
Cerita lain member aku, Persona dia buat hal setelah baru beli dalam lebih kurang 2 bulan. Dia punya lantai untuk penumpang sebelah driver tu boleh bocor pulak. Ape ke heinye?? Dia sekarang dah tukar pakai Swift. Lantakla keluar duit sikit asal puas bawak keta kata dia. Kalau nak cerita pasal tingkap tak naik, gearbox problem, lampu tak menyala tu memang dah mainan pemilik kereta Proton ni la. Memang banyak sangat benda-benda ni jadi. Tapi, sebab depa tak berani nak tukar dan cuma berserah jela kereta yang depa ada ni.
Jadi, kalau lu orang rasa pilihan lu orang tepat apabila memilih kereta Proton Saga BLM tadi, cuba pikir balik. Aku bukan nak menghasut tapi apa guna pakai Proton konon nak patriotik dan semangat nasionalis sebaliknya apa yang hangpa dapat semuanya macam taik? Better Myvi lagi bagus kalau nak compare even harga dia tinggi sikit tapi seriusli aku tengok tak banyak problem macam Proton. Proton ni semua dia nak kejar. Sekarang nak research pasal hybrid car pulak sedangkan problem macamana nak kasi tingkap naik pun tak setel-setel.
Yang kita pulak kene tipu dengan orang kat atas nun. Kereta luar boleh dapat murah kalau kerajaan tak tolong jaga periuk nasi Proton dan kenakan cukai melambung kepada kereta-kereta import. Apa boleh buat, inilah nasib rakyat. Ada pilihanraya pun belum tentu boleh kasi tukar. Lastly, no offense to Proton dan aku cuma luahkan apa yang aku rasa. Jika ada orang suggest aku angkat Proton, aku dah boleh cepuk-cepuk dahi dia.
Labels:
Hal Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)