Wednesday, September 19, 2012

Hari Ini Dalam Persoalan


Walaupun kerja di konsultan yang tidaklah besar mana, tetapi kerja sentiasa berlambak. Bagaimana agaknya kalau aku bekerja di syarikat multinasional? Berkali gandalah kerjanya ye?

Entah. Mungkin sebab itu gajinya berganda juga kan?

Melepaskan Anjing Tersepit


Susulan daripada artikel http://warkahkembara.blogspot.com/2012/09/satu-hari-di-hari-rabu.html :

Aku menarik nafas lega sambil mencium dompet. Ini bermakna aku selamat daripada mengeluarkan sebarang not kepada anggota polis tersebut. Aku ucapkan banyak-banyak terima kasih dan kemudian meneruskan pemanduan seterusnya pada kelajuan 110km/j sahaja. Di sini kita dapat lihat bahawa ketenangan kunci kejayaan. Dan jangan lupa tawakal kepada-Nya.
Setelah aku memeriksa status kenderaan di laman web MyEG, aku memang telah dikenakan saman kerana memandu melebihi had laju. Aku tahu memang aku bersalah tetapi mengapa mesti pegawai polis itu menipu aku dengan mengatakan 'Lain kali jangan buat lagi'?

Daripada ayat tersebut, aku pasti yang aku telah diberi peluang kedua supaya perbaiki kesilapan. Namun, semuanya dusta belaka kerana aku tetap perlu membayar RM150 kepada PDRM. Aku tidak tahu samada aku yang salah anggap atau memang polis yang tahan aku tu bagi aku peluang untuk tidak dikenakan saman direct waktu tu juga. Aku konfius kejap.

Tapi yang pastinya, aku kecewa dengan polis tersebut. Aku takkan mempercayai polis lagi. Bukan semua tapi segelintir. Dan segelintir itulah yang menyumbang kepada korupnya polis di dalam negara. Aku tahu memang macam tiada kaitan tapi itulah hakikat dan tafsiran orang ramai terhadap polis sekarang. Baik trafik ataupun jenayah.

Jika ada di kalangan anak aku nanti yang ingin menjadi polis, nescaya aku tidak akan menggalakkanya. Seperkara lagi, aku tidak akan ambil lagi tugas pengganti di saat akhir. Memang bagus menolong kawan dalam kesempitan tetapi jika aku sendiri tersepit, ternyata ia hanya perbuatan sia-sia. Ibarat melepaskan anjing tersepit, ia menggigit kembali.

Selamat malam aku ucapkan kepada polis-polis semua dengan ucapan:

Ingat-ingatlah sikit pada akhirat....

Saturday, September 15, 2012

Satu Hari Di Hari Rabu


Setelah usai mandi dan hendak bersiap pergi kerja macam biasa, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Nama yang terpapar di skrin menunjukkan pemanggil adalah rakan sekerja aku.

"Wei, kau ada pergi mana-mana hari ni?" soal rakan opisku.

"Takde kot, nape bang?" aku menyoal kembali.

"Ko tolong ganti aku pegi meeting kat Kemaman pukul 11 pagi ni, boleh? Anak aku demam la"

"Erkk...baiklah"

Biasalah kalau kerja di company kecik ni, kita harus bersedia dan on-call bila-bila masa. Nak tak nak, terpaksalah aku menggantikan opismate aku yang bagitau last minute tu. Tanpa melengahkan masa, pukul 8 pagi hari Rabu tersebut, aku bertolak ke Kemaman. Gila betul nak sampai sana dalam masa 3 jam.

Seperti diduga, aku terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang sudah jadi 'makanan' orang Lembah Klang di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua atau nama glamernya MRR2. Lebih kurang pukul 10 pagi barulah aku tiba di plaza tol Gombak.

Ini kerja gila, takkanlah dari Gombak ke Kemaman nak pakai 1 jam je? Jadi, aku ambil keputusan untuk bertenang dan buat macam biasa. Kalau sempat masuk meeting, baguslah. Kalau tidak sempat masuk meeting, pergi mampuslah. Jadi, dalam ketenangan aku tu, aku telah memandu dalam kelajuan yang tidak pernah aku bawa sebelum ini semata-mata untuk menjaga nama baik dan imej syarikat.

Tugas hadir ke mesyuarat ini bukan mudah. Antara faktor penting yang akan menjejaskan nama syarikat adalah punctuality atau ketepatan masa. Dalam ketidaksedaran aku mengenai peri pentingnya memandu mengikut had laju, aku telah di'tembak' dengan kamera polis. Sudahnya, aku ditahan ketika polis membuat roadblock di Lebuhraya Pantai Timur.

Agak janggal sebenarnya apabila polis mengadakan sekatan jalan tengah-tengah lebuhraya. Mungkin jika sistem brek atau mata tidak bagus boleh menyebabkan nyawa anggota polis tersebut boleh melayang. Maka, satu lagi drama bermula.

"Mintak lesen cik..," sapa polis itu setelah menahan kereta aku.

Dengan tenang, aku mengeluarkan lesen memandu dan aku hulurkan padanya.

"Cik bawak laju ni. Dekat 121 km sejam...," beritahu polis tersebut tanpa memandang ke arahku.

"Laju dekat mana ye?" aku terus tenang menyoal kembali.

"Dekat bawah jambatan tadi... Ni nak pergi mana?"

"Saya ada meeting kat Cherul cik. Tu yang laju tu."

"Oklah..Lain kali jangan buat lagi,"

Aku menarik nafas lega sambil mencium dompet. Ini bermakna aku selamat daripada mengeluarkan sebarang not kepada anggota polis tersebut. Aku ucapkan banyak-banyak terima kasih dan kemudian meneruskan pemanduan seterusnya pada kelajuan 110km/j sahaja. Di sini kita dapat lihat bahawa ketenangan kunci kejayaan. Dan jangan lupa tawakal kepada-Nya.

Akhirnya, aku selamat sampai di bilik mesyuarat lebih kurang pukul 12.50 tengahari. Nasibku baik kerana mereka tamat mesyuarat lebih kurang 1.15 tengahari. Dan, bila aku fikirkan kembali, aku memandu dari Gombak ke Kemaman dengan mengambil masa lebih kurang 2 jam 50 minit. Sesuatu yang tak pernah aku buat. Dan aku berharap takkan buat selepas ini. Aku tak sanggup tengok muka abang polis tu lagi.


Monday, September 10, 2012

Sa-buah Sekolah Di Pahang


Sekarang ini aku secara berseorangan menyiapkan sistem mekanikal bagi sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di daerah tempat lahir Pipiyapong. Aku berharap projek sekolah yang aku design single handedly ini akan menjadi penanda aras kemampuan dan kapabiliti aku dalam mengamalkan apa yang aku pelajari.

Dan jika terbina dan siapnya sekolah ini dengan gah kelak, aku akan menghantar anak aku ke sekolah ini sebagai saksi sebuah kecemerlangan bapanya.

Sekian, dari hati yang memberontak.

Tuesday, September 04, 2012

Rasa Sakit Hati


Kadangkala ada banyak cara kita rasa sakit hati. Tapi bagi aku rasa sakit hati yang paling mendalam adalah ketika menonton perlawanan bolasepak. Bolasepak Perak aku dah macam tiada perasaan sekarang. Ini melibatkan bolasepak Inggeris. Rasa sakit hati adalah apabila melihat Van Persie menjaringkan hatrik untuk Man Utd baru-baru ini.

Dan pastinya sakit hati itu akan bernanah apabila melihat Man Utd menjulang piala tahun ini dengan Robin Van Persie muncul sebagai penjaring terbanyak liga.


Aku benci kau! (sambil tumbuk-tumbuk bantal)

Tangan Bau Kari


Salah satu cara aku menjimatkan duit semasa menuntut di universiti dahulu adalah dengan makan tosai setiap malam. Tosai cuma berharga 80 sen dan alhamdulillah mengenyangkan. Pengajarannya, kita perlu meneruskan survival hidup walau apa cara sekalipun demi menggenggam segulung ijazah.


Gambar rembat. Kalau ada sesiapa nak kredit, pegi Petronas topup kredit.
 
Google Analytics Alternative