Showing posts with label Cereka. Show all posts
Showing posts with label Cereka. Show all posts

Sunday, August 06, 2017

Cereka Khayalan Swarovski

Baru-baru ni aku ada tertonton satu video dari satu jenama tudung yang menggunakan Swarovski sebagai bahan dalam penjualan tudungnya. Video tudung ni adalah temuramah dengan Prof Muhaya. 

Dalam video ni, Prof Muhaya berkata, seronok pakai tudung bertatahkan Swarovski yang engkau orang boleh kira sendiri berapa harga di pasaran kerana selesa dan tahan lama (tetapi mengaku beli setiap tahun). Lalu, aku pun teringat satu pesanan lama daripada beliau yang membuatkan beliau dihentam. 

"Bersyukur dengan kenaikan harga barang"
"Positifkan diri dan jangan asyik merungut"
"Kerja kuat dan usaha lebih"

Itu antara bait kata dia ni. Keseluruhannya, pesanan tu bagus. Tapi disebabkan dia mampu dan tergolong dalam kelompok golongan ada-ada sehingga mampu membeli tudung Swarovski setiap tahun, maka, eloklah kita bakulsampahkan sahaja pesanan beliau.

Saturday, May 14, 2016

70 Tahun UMNO

Semasa aku sedang tenang melihat sawah bendang yang terbentang luas sambil duduk di atas pangkin yang dibina guna duit biasiswa MARA, datang seekor monyet ke arah aku lalu bersila.

"Apa punya tak siuman orang sambut Hari UMNO ke 70 tu..", kata monyet tu sambil menggaru-garu punggung merahnya.

Aku sedikit kaget melihat beliau mampu bercakap namun aku berlagak tenang.

"Yelah, dah tertubuh sejak 1946 kan?"

"UMNO sekarang ni lahir tahun 1987 la bijak..", monyet tersebut meninggikan suara.

"Ah, siapa tak tahu. Tapi, ia tetap UMNO. Jadinya, mereka gunakan tahun lahir 1946 tu sebagai tarikh ditubuhkan. Tidak begitu?", soal aku.

"Bodoh. Aku bagi contoh JDT. JDT itu ditubuhkan tahun berapa? Mengapa mereka tidak sebut JDT lahir sebelum 2013 itu?"

"Hmmm....."

Saturday, May 07, 2016

Kamu Halau Mereka Kerana Kamu Mahu Menghuni


"Syuhhh..syuhhh...!!"

Hamidah menghalau sekawan anjing liar dewasa yang merayau-rayau bersama beberapa ekor anak mereka. Hamidah risau akan keselamatan anak mereka yang baru berusia 4 tahun kerana Jamali anaknya itu, suka sangat bermain-main di luar. Khuatir digigit anjing, Hamidah segera mendapatkan suaminya.

"Abang ni nak sangat beli rumah kat sini. Banyak anjing liar tau kat sini!", Hamidah menjerkah suaminya tanpa berminat memberi salam.

Suami Hamidah, Abu Salam yang dari tadi tenang sahaja menekan butang kawalan jauh mengalih saluran TV lain bingkas bangun.

"Kejap, biar abang telefon pemaju kejap...," kata Abu Salam. Mungkin kerana tidak tahan dengan leteran isterinya hampir setiap hari berkenaan masalah anjing liar, beliau bingkas bangun mendapatkan telefon pintarnya. Sebaik memberi salam, Abu Salam pun terus menceritakan masalah yang mereka hadapi kepada pemaju perumahan mereka.

"Encik, jika risau dengan anjing, saya cadangkan encik berpindah sahajalah...", kata sang pemaju dengan nada selamba.

Abu Salam mula rasa nak meradang.

"Sebagai pemaju yang bertanggungjawab, encik tidak patut jawab begini dengan saya. Apakah setelah encik seronok menerima bayaran daripada kami, maka, harus sahaja encik 'lepas tangan' atas perkara ini?"

"Maaf encik. Dunia ini perlumbaan mencari wang. Encik mampu membeli rumah di kawasan perumahan tersebut kerana encik ada wang. Disebabkan adanya orang macam encik ini, maka, kami selaku pemaju, hanya mengurus 'permintaan'. Encik tahu bukan konsep 'supply and demand'? Ada permintaan, maka, adalah pengeluarannya. Dan kami, hanya mengurus. Bukan tugas kami untuk mengurus anjing liar. Encik sendiri yang 'menghalau' penghuni habitat asal kawasan tersebut demi untuk encik dan keluarga menjadi pengganti habitat di situ."

"Celaka....", Abu Salam menghempas telefonnya ke bantal baldunya.

Tetapi, entah mengapa, herdikan itu seakan ditujukan buat dirinya sendiri.

Monday, May 25, 2015

Hikayat Ropingya


Di zaman sekalian mak bapak moyang kita masih bercerita dengan lilin menyala, maka terdapatlah seekor makhluk beruang yang dahulunya ada ketirisan di Kementerian Pertahanan kini bangkit bersuara ibarat beruang lapar dan buncit. 

"Kerajaan Bani Leman harus bantu pelarian Ropingya! Sila tunjuk keikhlasan dengan bantu mereka!!"

Pada masa yang sama, beruang bodoh tersebut yang di fungsinya lebih atas daripada Kerajaan Bani Leman tidak pula bersuara mahu membantu sekumpulan pelarian tersebut. Sebaliknya, Kerajaan Bani Leman yang hanya punya tanah sekangkang kera itulah yang mahu disuruh bantu pelarian Ropingya tersebut. Kerajaan Bani Leman dengan akur berkata,

"Kami tiada masalah dan sedia bantu. Katakan saja."

Dasar beruang bengap itu semakin gila.

Saturday, June 08, 2013

Diari Emosi Si Pitung


Si Pitung adalah seorang anak yang baik. Cuma kadang-kadang dia agak emosi. Kadangkala dengan ibubapanya pun dia boleh emosi. Emosi dalam konteks ni adalah macam tinggikan suara atau merajuk. Lebih kurang macam itulah.

Suatu hari, nak dijadikan cerita, Si Pitung ni pinjam kereta ayahnya untuk berkelana ke suatu tempat. Ayahnya pun macam biasa, izinkanlah. Dalam perjalanan pergi, tiada masalah. Masalah muncul semasa dalam perjalanan pulang. Tiba-tiba, kereta Si Pitung yang dipinjam dari ayahnya mengalami masalah kunci. Keretanya sentiasa berbunyi dalam perjalanan kerana remote pada kunci tersebut bermasalah. Malu betul Si Pitung pada rakan-rakannya yang menumpang sekali. Lebih kurang sejam perjalanan jugalah perkara itu terjadi.

Sampai di rumah ayahnya, dengan tidak mengucapkan salam, Si Pitung pun terus campak kunci kereta ayahnya ke dalam mangkuk cawan yang digunakan sebagai tempat meletak kunci. Si Pitung marah pada ayahnya di atas kerosakan remote tersebut. Disebabkan remote kereta tersebut bermasalah, Si Pitung terpaksa menanggung malu dengan rakan-rakannya. Ayahnya seakan terkejut kerana bukan sahaja anaknya tidak mengucapkan salam masuk sebaliknya dimarahi pula. 

Tetapi, ayahnya sabar sahaja. Si Pitung pula terus masuk ke dalam bilik. Sebaik siap mandi, beliau terperasan satu benda di katil. Selimut yang sudah lusuh digunakannya sudah tiada lagi. Cuma terdapat sehelai selimut yang seakan kelihatan baru berlipat kemas di atas bantal. Si Pitung segera mendapatkan ayahnya.

"Ayah, ni selimut baru ke?"

"Haah, ambillah nak. Ayah dah ganti dengan selimut yang baru.."

"Mana selimut lama?"

"Oh, selimut lama kamu ada nak. Ayah sudah jahitkannya. Ada di atas katil belah atas tu nak.."

"Ermm..ok", ringkas jawapan Si Pitung.

Malam itu, Si Pitung rasa bersalah. Bukan salah ayahnya jika remote itu rosak. Tetapi disebabkan emosi, ayahnya yang menjadi sasaran melepaskan marah. Tidak lena tidur Si Pitung malam itu. Sedangkan Si Pitung pun tidak dapat tidur lena, apatah lagi ayahnya.

"Maafkan Pitung ayah...", getus Si Pitung di dalam hati..

Tuesday, July 24, 2012

Lorong Pak Mat


Di sebelah rumah Pak Mat ada sebuah lorong. Memang di kebanyakan rumah teres, di pertengahan deretan rumah akan ada lorong di bahagian tengah. Biasanya lorong ini tidaklah berapa besar. Kadang-kadang boleh lalu sebuah kereta saja. Ada juga lorong yang kadang-kadang kalau diadjust, boleh muat dua buah kereta lalu kalau berselisih.

Alkisahnya Pak Mat ni mempunyai beberapa buah kereta di rumahnya. Disebabkan ruang parkir yang tidak berapa nak ada di laman rumahnya dek kerana beliau merenovate rumahnya sebulan lalu, beliau memutuskan untuk menggunakan lorong sebelah sebagai tempat parkir. Bukan satu, kadang-kadang Pak Mat meletakkan sampai 3 bijik kereta di lorong itu. Mungkin rezeki beliau dan anak-anak. 

Apa yang menjadi masalah Pak Mat ialah keadaan di lorong sebelah tersebut begitu gelap. Dek kerana risaukan keselamatan kereta-keretanya yang diparkir di luar tu, Pak Mat telah melakukan sedikit wiring dan meletakkan sebiji lampu kalimantang di luar rumahnya yang mana dapat menerangi keadaan di lorong gelap tersebut. Itulah Pak Mat yang sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan harta bendanya terjaga dan terpelihara.

Pada suatu hari (macam cerita sang kancil pulak), ada sebuah kereta Mercedes diletakkan di lorong tersebut. Pada mulanya, Pak Mat tidak berapa kisah sangat kerana memang kadangkala ada orang lain ambil parkir tempat Pak Mat tu walaupun Pak Mat tidak pernah 'membeli' tapak secara kasarnya. Namun, masuk pukul 9 malam, Pak Mat mula angin.

"Aku malas nak bukak lampu kalimantang luar rumah ni..", luah Pak Mat kepada isterinya. 

"Kamu tengokla tu, ada Mercedes kat luar nun dah ambik parking kita..!", sambung Pak Mat lagi. 

"Ala abang, bukak aje le lampu luar tu. Kasi terang sikit luar tu. Bukan rumah orang lain pun. Rumah kita jugak. Setakat sebuah kereta tu aje, biarkan aje ler...", balas isteri Pak Mat.

"Ah, maleh aku. Biorkan aje kereta tu bergelap. Dia kan kaya, lantakla kalau kereta dia kena pecah pun. Dahla amik parking kita!", gertak Pak Mat tak mahu mengalah.

Sebulan kemudian, kereta Pak Mat dipecah masuk walaupun ada lampu kalimantang terang benderang di luar rumahnya.

Sekian.


Bukan lorong sebenar

Friday, December 30, 2011

Menendang Kapitalis

Pada suatu Khamis yang tenang, aku memarkir kenderaan di depan sebuah kedai makan. Kelihatan anak-anak gadis sedang ralit bermain Blackberry dan menggunakan smart phone yang canggih-canggih untuk BBM dan melayari internet. Zaman aku mana ada semua ni. Yang ada hanyalah gasing, layang-layang, batu seremban atau paling tekno masa tu pun adalah mainan 'brick game'.

Seterusnya, aku melangkah masuk ke dalam sebuah bank yang menggunakan nama Islam. Tanpa membuang masa, aku menekan butang nombor giliran. Mak guard di tepi mesin tu langsung aku tak hiraukan. Dengan tidak menunggu nombor giliran, aku terus menuju kaunter nombor 4. Seraya itu, aku mengeluarkan RM8150.68 dari sampul yang aku selitkan di dalam kocek seluar lalu menghempaskannya di atas kaunter tersebut.

Akak jaga kaunter tu kelihatan kaget dan terpaku.

"Kak, ni saya nak setelkan terus hutang PTPTN saya nih..."

Akak tu masih lagi diam. Menanti kata-kata dari aku mungkin.

"Ni baru hutang diploma kak. Tunggu nanti saya setelkan hutang degree pulak. Tunggu...tunggu.."

Akak tu mula bersuara namun apa yang keluar di mulutnya hanyalah "Errr.....ok". Dia pun mengambil semua duit yang aku letakkan di atas kaunter tersebut.

Dengan perasaan bangga, aku menendang kaunter tersebut dan sekali lagi akak tu terkejut. Aku pun mulai beredar dari situ tanpa rasa bersalah. Bangga aku.


Wednesday, August 17, 2011

Goku dan Awan Guling?

Son Goku terkenal dengan pengangkutannya di zaman awalnya iaitu sebuah awan yang dipanggil awan guling. Dengan awan guling inilah Son Goku bergerak ke mana-mana sebelum dia mempunyai kuasa pergerakan sejenak. Jadi, adakah benar awan guling ni wujud? Mari kita lihat.


Bukti Pertama



Bukti Kedua




Dan ini? Goku bersama tok gurunya?




Wednesday, August 10, 2011

Perkara Membatalkan Puasa

"Lu tau tak yang sebenarnya bulan pose ni, kita boleh hisap rokok?"

"Ah,mazhab mana lu blajar ni?Mazhab Ayah pin?"

"Betul la..Bole bai. Hasil pemerhatian gua, hisap rokok takde membatalkan puasa pun..."

"Lu nie..dah sah-sah lu boleh register masuk Maharaja Lawak musim depan.."

"Ah lu, yang lu hari-hari sedut asap bas tu, takde pulak lu kata membatalkan puasa. Kan sama tu...."

"........"

Tuesday, November 09, 2010

Teh O





Teh yang aku bancuh dalam jag besar tu aku letakkan di meja depan. Agak manis rasanya kerana si Jamil (bukan nama sebenar) rakanku yang menyuruh menambah gula. Apa nak kena kencing manis ke dia ni? Maka, satu persatu rakanku meminum air teh itu walaupun rasanya agak manis. "Sedap ke air teh aku ni?', kata aku di dalam hati. 

 Lalu si Jamil dengan tanpa rasa malu meminta aku membuat satu jag lagi air teh. Disuruhnya aku guna saja uncang teh tersebut. Cuma tambah air panas dan gula saja. Aku pun bangun menyediakan lagi satu jag air teh. Kalau tak laku macam ni, jangan haraplah aku nak buat. Aha.

Setelah siap air teh tersebut, aku letakkannya di atas meja ala Jepun di ruang tamu. Memang kalau guna uncang teh yang sama, kaler air teh akan turun sikit tapi rasanya tetap sama macam guna uncang baru. Melihat kaler dia lain sikit, si Razak (bukan nama sebenar) menegur aku. 

" Kenapa kaler die lain?"

" Aku guna uncang tadi. Tu yang lain tu", jawab aku tenang.

"Ala, ko ni kedekutlah. Gunalah uncang baru. Kedekut sangat!", si Razak merungut.

" Rasa dia sama je. Tak percaya, rasalah...", aku bidas balik.


Malam sebelum tu...

" Eh Razak, nape ko tak makan hotdog yang ko goreng ni kat depan?" tanya si Jamil. 

Aku yang ada di dapur di situ ketika itu terdengar perbualan Razak dan Jamil. Ketika itu, ruang tamu memang penuh dengan budak-budak melepak tengok tv. Kalau ade sesape open makanan, confirm kena serbu.

" Alah, malaslah. Nanti budak-budak depan tu nak pau aku.", jawab Razak selamba.


Aku senyum je...

Friday, April 23, 2010

Jamalulail

Itu hari macamana Jamalulail bole terlambat bangun pegi tempat praktikal. Selalu gerak pukul 7.30 paling lambat dari rumah. Ni jam dah pukul 7.40 baru beliau tersedar. Apa punya member rumah entah taknak kejut member. Padahal makan nasi lemak sama-sama kongsi. Jamalulail pun rushing la ke tandas nak mandi. Atau orang Kedah punya ayat, " Jamalulail pun pulun la pi tandas". 

Jamalulail dengan tak ambil gayung berisi sabunnya macam budak-budak asrama bawak gayung nak mandi kat tandas tingkat bawah sambil bertuala, terus menerjah bilik air. Jamalulail mandi style takde cover punya, jadi tuala beliau disangkutkan saja dekat kepala shower. Jamalulail punya kelam kabut memang tahap kaw-kaw kalau dah lambat macam ni. 

Tapi, tiba-tiba Jamalulail rasa nak terkencing. Dengan berus gigi digigitnya, beliau memulas flush tangki jamban duduk. Air menderu laju membasuh mangkuk jamban. Jamalulail pelik. Dia belum kencing lagi tapi kenapa tangannya gatal memulas flush tangki jamban. 

Dalam tangki jamban, air menitik perlahan untuk memenuhi semula tangki itu. Jamalulail dah lambat. Nak taknak terpaksa juga dia buang air kecil dalam mangkuk itu. Selepas itu, beliau terpaksa membuka penutup tangki itu untuk men'top up' air sendiri dalam tangki dengan kadar yang lebih laju supaya beliau boleh memulas flush tersebut untuk membersihkan sisa najis dalam mangkuk jamban. Lagi parah, berus gigi di gigi tadi jatuh dalam mangkuk.


Moral -  Pikir dulu sebelum lu nak flush. Kalau lu sanggup tunggu air menitik penuhkan tangki balik, takde masalah.
 
Google Analytics Alternative