Friday, August 08, 2014

Gaza dan Boikot


Lama benar aku tidak ke sini. Jika aku ke sini pun, aku cuma menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh mereka yang inginkan info berkenaan minyak dan gas melalui posting aku mengenai isu itu.

Sekarang ini, kita boleh lihat yang Gaza diserang hebat oleh Palestin. Namun, yang lebih menarik dalam negara kita ini adalah bagaimana rakyat Malaysia menyahut seruan boikot oleh beberapa NGO, individu, parti politik dan lain-lain pihak. Aku memandang tinggi terhadap usaha mereka ini yang sangat-sangat mulia.

Namun, tindakan boikot kadangkala menjadi keterlaluan apabila mereka melakukan keganasan (jika ada), menghina pekerja McDonalds, melakukan prank di kaunter pandu lalu dan lain-lain. Agama mana yang ajar kita cara sebegini? Tujuan boikot adalah untuk melemahkan ekonomi puak kuffar, maka mengapa kita berperangai seperti puak kuffar atau ertikata lain, seperti Zionis? Ini bukan cara yang betul.

Pekerja restoran tersebut juga manusia. Mereka tidak berhak diberikan layanan sebegitu hanya kerana mereka bekerja di bawah payung itu. Kita boikot McD, bukannya pekerja mereka atau restoran awam mereka.

Lagi satu mengenai boikot adalah sikap orang Malaysia sendiri. Bila kita boikot McDonalds, ada puak lain kata " Eleh, boikot McD je ke? Tu seluar jeans Levi's, kau pakai jugak. Facebook kau pakai jugak. Apple tu kau guna jugak. Sembang lebih." Apa ke bodoh benar orang yang berfikiran sebegini. Kita boikot mana yang mampu. Bukannya kita buang semua atau buang apa yang sudah kita miliki. Kita boikot benda yang belum kita beli lagi.

Jadi, boikotlah dengan bijak. Bukannya membabi buta.

Teruskan doa untuk Gaza!
 
Google Analytics Alternative