Sunday, February 19, 2012

Negeri Termiskin



Sebagai sebuah kerajaan Pusat yang menjaga 14 buah negeri di bawah Perlembagaan Malaysia, beliau sepatutnya malu apabila ada di antara negerinya yang masih miskin (jika fakta ini benar). Sebaliknya, yang dicanangkan adalah kegagalan kerajaan negeri yang kononnya menyebabkan kemiskinan itu berlaku. Apakah ini layak dipanggil sebagai ketua negara yang sepatutnya mentadbir keseluruhan negeri dalam Malaysia tanpa ada sikap pilih kasih? Anda nilaikan sendiri...

Wednesday, February 15, 2012

Idea Kontang Poster


Saya merasakan poster filem Melayu terutamanya keluaran MIG sebagai amat membosankan. Layout yang dipaparkan lebih kurang sama saja semuanya. Jika filem hantu, ada layoutnya tersendiri. Jika filem komedi ada design tersendiri. Jadi, ini yang membuatkan poster mereka nampak lebih kurang sama. Wajar saya sifatkan artis kreatif mereka kontang idea dan tidak berani membuat sesuatu yang baru dan segar.


Ini penting kerana poster adalah antara faktor penentu membawa penonton ke pawagam. Mungkin akan ada tipikal Melayu yang tidak kisah mengenai hal poster ini tetapi bagi saya, poster filem amatlah penting sebagai daya penarik penonton untuk datang menonton apatah lagi jika diiklankan dalam akhbar. Harapan saya, MIG segeralah mencari bakat-bakat baru yang lebih bernas dan kreatif dalam menyediakan sebuah poster yang baik. 


Bukan sekadar hanya melepas batuk di tangga kerana setiap kali saya terlihat poster MIG, saya langsung tidak rasa ingin menonton filem mereka. Melihatkan poster mereka saja saya sudah naik muak. 


 Pernah lihat di mana?Ya, Adnan Sempit 1 bukan. Hanya tukar sikit-sikit sahaja.



 Layout yang lebih kurang sama bagi kebanyakan filem genre seram mereka.



Poster yang gagal bersama sebuah filem yang gagal.



Poster hebat sebeginilah yang mewujudkan tanda tanya kepada kita lantas mengajak kita ke pawagam.

Sunday, February 12, 2012

Farewell King Henry!

"Thierry finished the story of a legend!"

Thursday, February 09, 2012

Bertemu Datuk

Dalam Malaysia ni ada banyak jenis datuk. Ada datuk yang bercucu. Datuk yang dibeli pangkatnya. Datuk yang memang layak memakainya. Ada juga Datuk daripada India. Macam-macam jenis datuk dalam bumi bertuah kita ni.

Lewat petang tadi aku bertemu seorang Datuk untuk menyerahkan satu dokumen. Dengan jam yang sudah menunjukkan pukul 6 petang memaksa aku memecut sehabis mungkin sambil mengharungi kesesakan KL. Aku bernasib baik dapat sampai setengah jam kemudian di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang di mana tempat Datuk tersebut menginap. 

Setelah sampai, aku terpaksa menunggu setengah jam kerana beliau ada program lain. Dekat-dekat pukul 7 barulah aku dapat berjumpa Datuk tersebut yang ditemani konco-konconya. Aku bersalam dan menyerahkan dokumen lalu meminta diri untuk pulang memandangkan sudah lewat sangat. Tapi Datuk tersebut mengajak aku ke kafe hotel tersebut untuk melihat-lihat dokumen yang aku serahkan tadi.

Aku akur dan menuruti Datuk tersebut sambil orangnya kelihatan asyik membuat panggilan. Aku dan beliau duduk di satu meja dan beliau segera menyemak dokumen yang aku berikan. Aku hairan jugak kenapa tiada orang mengambil pesanan dan beliau juga tidak memesan air. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia cakap ok dan mengucapkan terima kasih.

Aku tanpa berlengah, bersalam dengan Datuk tersebut dan segera beredar. Tekak yang haus ni terpaksa aku tahankan. Semasa aku menghidupkan motosikal, aku ditegur seorang pemuda. 

"Eh, kejapnya?". Aku tak menjawap malah aku menyoal kembali. 

"Encik ni.....errr...Datuk tu....punye....errr...", aku gagap.

"Tak, aku driver Datuk lain. Driver datuk yang ko jumpa tadi tu gemuk..."

"Ohhh...ok......,". Jadi, benarlah anggapan aku dia seorang driver melihat kepada cara pakaiannya. Setelah itu, aku meminta izin beredar.

P/S - Oleh itu, jangan ingat jika kita bertemu Datuk, Datuk itu akan belanja kita minum air walaupun segelas air kosong. Sekian

Friday, February 03, 2012

Kalau Main Bola Boleh Dapat RM2 Juta, Sudah Lama Saya Bersungguh-Sungguh Dulu!

Sebenarnya, kita tak boleh mendabik dada mengatakan negara kita lebih maju dan kaya ekonomi dari Indonesia kerana mempunyai KLCC. Walaupun Indonesia tidak mempunyai bangunan pencakar langit, tapi saya percaya di sebalik kelesuan ekonomi jiran seberang ini, terdapat beberapa kemakmuran yang kita sukar untuk tandingi.

Lihat sajalah contoh Safee Sali yang mengikat kontrak RM2 juta. Bukan sahaja dibayar gaji tinggi bahkan disediakan pemandu peribadi, rumah dan paling penting, cukainya dibayar kelab. Kelab Arsenal pun tidak menawarkan kemudahan tidak masuk akal sebegini. Pelita Jaya juga bukanlah sebuah kelab yang berada di golongan kelab elit Liga Indonesia, jadi bagaimana mereka mampu membayar setinggi ini?

Itu antara persoalan yang berlegar di kepala saya dan mungkin juga berlegar di kepala orang kuat FAM. Apakah resepi yang membuatkan liga Indonesia ini menjadi tarikan. Saban musim pasti akan ada pengunjung walau seburuk mana prestasi pasukan tersebut. Fanatik mungkin menjadi jawapannya. Sesetengah orang mungkin akan berkata, mereka tiada hiburan lain selain daripada berkunjung ke stadium menikmati bolasepak. 

Itu juga mungkin boleh menjadi antara faktor. Dibandingkan di sini, kita terlalu banyak pilihan untuk berhibur menjelang waktu malam. Di sebalik agihan hasil bumi yang tidak sama rata di seberang sana, tersirat satu hikmah juga. Kapitalis mungkin ancaman terbesar di sana tetapi apabila pemain bolasepak mampu meraih pendapatan lumayan, apalah nak dihiraukan lagi.


 Jutawan tanpa perlu membayar cukai


Bukan ingin menyanjung sistem yang digunapakai di Indonesia. Saya cuma berasakan kita terlalu bermegah dengan kemajuan negara kita sehingga melupakan perkara yang sedikit. Safee Sali mungkin tidak pernah bermimpi bergelar jutawan di negara orang apatah lagi di negara yang kita sering caci miskin dari segala segi. Nah, sekarang kita sebagai ibubapa ternganga di rumah kerana tidak mampu menjadikan anak kita seorang pemain bolasepak yang hebat seperti beliau.


Notakaki - Maafkan saya kerana merepek.


 Truth might hurts
 
Google Analytics Alternative