Thursday, August 30, 2012
Gagalnya Himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012
"Abah, nak pergi Dataran kejap malam ni."
"Ada apa?"
"Ada himpunan bah. Janji Demokrasi..."
"Ish, tak payahlah. Jalan jem. Orang ramai sana tu. Tengok tv je..."
"Ermmm...ok bah"
~Hancur hati si anak~
Labels:
Hal Semasa
Friday, August 24, 2012
Van Persie dan Manchester Utd
Salam hari raya semua.
Seperti yang kita ketahui, Arsenal gagal menjaringkan sebarang gol ketika bertemu Sunderland malam raya lalu. Dan paling perit, Manchester Utd tewas dalam pertemuan menentang Everton dengan pemain barunya, Robin Van Persie yang dimasukkan pada separuh masa kedua juga gagal menemui rentak.
Peminat Arsenal tidak perlu bimbang dengan pemergian RVP ke Man Utd kerana Arsenal sentiasa akan bertemu pengganti. Cuma masalahnya, piala saja yang tidak kunjung tiba ke Emirates. Ini perkara pokok yang bermain di kotak fikiran para peminat sekarang kerana apa yang mereka mahukan hanyalah piala. Kita tidak perlu ambil kisah jika Van Persie mahu ke mana sekalipun asalkan ada pengganti yang lebih baik yang mana mampu menghadiahkan trofi. Sesungguhnya, kami amat dahagakan trofi yang sudah hampir 7 tahun kemaraunya.
Aku yakin kebanyakan yang marahkan RVP keluar adalah kerana dia keluar dari Arsenal untuk memperkuatkan pasukan musuh. Bagi aku, ini perkara biasa dalam bolasepak. Jika kita tak mahu musuh lebih kuat, maka kita sendiri harus lebih kuat. Namun, aku percaya yang Man Utd bukanlah tempat terbaik untuk RVP kerana corak permainan Man Utd yang berbeza daripada Arsenal memungkinkan beliau tidak sesuai berada di situ. Mungkin beliau lebih sesuai ke Barcelona ataupun Bayern Munchen.
Tidak ada apa yang harus kita tangiskan dengan pemergian RVP ke Man Utd kerana Man Utd tidak akan menjadi lebih kuat pun. Yang perlu kita tangiskan adalah pemergian bakat yang digilap Wenger bertahun lamanya, Song ke Barcelona. Itulah kerugian sebenar kita.
Pergilah engkau mencari piala wahai Robin!
Labels:
Sembang Bola
Eid Mubarak 1433
Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari kemaafan jika ada isi di dalam blog ini yang menyinggung beberapa pihak. Dan maafkan jika blog ini tidak mencapai standard yang diingini semua serta jarang update. Apapun, dengarlah nasihat ibubapa dalam segala hal kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Ikutlah kata mereka sementara mereka masih ada di dunia ini.
Labels:
Renungan
Monday, August 13, 2012
Melentur Buluh Biarlah Dari Bunganya
Sewaktu kecil dahulu, aku punyai banyak teman bermain. Dan jika sebut tentang bermain, sudah tentulah ada macam-macam jenis permainan. Bolasepak, main basikal, gasing, layang-layang, karom dan macam-macam lagilah. Yang penting, tiada Ipad atau PS3 untuk dimainkan ketika itu. Mungkin Steve Jobs dan Ken Kutaragi masih tercari-cari sirkit diagram dan formula komponen tersebut.
Dan dalam pada bermain itu, aku bergaul dengan ramai orang (baca: lelaki). Mereka terdiri daripada kawan-kawan yang sebaya dan berumur bawah daripada aku. Dari situ, aku mula memerhatikan gerak-geri orang. Aku suka memerhati orang dan membuat interpretasi yang aku simpan sendiri. Bukan sengaja tapi entah mengapa aku suka membuat interpretasi terhadap orang.
Aku bagi contoh. Teman sepermainan aku, Zamri (bukan nama sebenar) adalah budak yang nakal. Dalam umur 11 atau 12 tahun, kenakalannya begitu terserlah. Dari lagak gayanya, cara bercakapnya, cara pergaulannya, semua aku perhatikan. Aku dapat mengagak yang Zamri jika dah besar nanti, pasti akan jadi sampah masyarakat yang tidak berguna. Walaupun aku tidak begitu rapat dengannya, aku sering bermain bolasepak dengan dia. Dan start dia masuk ke sekolah menengah, dia mula hisap rokok.
Aku yakin yang dia bakal 'rosak' melihatkan perangainya yang semakin hari semakin teruk. Dan, kini setelah berbelas tahun, aku terserempak dia semalam dengan berambut panjang kusut masai. Lebih memalukan, dia selamba memakai boxer di halaman rumah bersembang dengan rakan-rakan rempit beliau. Ini sekaligus membenarkan telahan aku berbelas tahun yang lalu. Bukan aku mendoakan tetapi aku percaya yang hidupnya tidak tentu arah sekarang. Namun, jika dia bahagia dengan kehidupannya sekarang, aku tidak mampu berkata apa.
Contoh lain pula yang berbeza ialah Kamarul (bukan nama sebenar) mempunyai perwatakan yang sederhana dan boleh dikatakan baik ketika aku berkawan dengannya sewaktu kecil. Dia sering tersenyum dan peramah. Dia tidaklah macam budak lain yang tak tentu arah tu. Boleh nampaklah macamana teraturnya hidup dia hatta ketika bersukan sekalipun. Dan kini, beliau bergelar seorang jurutera sistem elektrikal.
Jadi, tuan-tuan sekalian, barang diingat bahawa ibubapalah pencorak anak-anak. Mereka harus ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi dan sentiasa berdamping dengan mereka ketika kecil. Jadikan mereka seperti kawan kita kerana apabila mereka sudah menginjak dewasa, masa takkan dapat diputarkan lagi. Jika sampah yang dididik, maka sampahlah hasilnya.
Notakaki - Gambar dirembat tanpa izin. Mohon ampun dan maaf.
Labels:
Kenangan,
Kisah Diri
Sunday, August 05, 2012
Pelajaran Hari Ini: Aeration
Proses 'aeration' adalah salah satu elemen penting dalam penyediaan air bersih di dalam loji rawatan air. Proses ini berlaku setelah air yang dipam daripada muka sauk (intake) ke loji. Ia dipanggil aeration atau pengudaraan adalah kerana air mentah ini dijatuhkan seperti 'air terjun' bagi membolehkan oksigen diserap ke dalam air tersebut.
Apabila air ini diresapi udara sekitar yakni oksigen, proses rawatan air pun bermula. Ah sebenarnya, inilah peringkat pertama proses rawatan air. Aku pun tak berapa pandai sangat dalam hal ehwal kimia ni tapi secara logik, apabila hidrogen(air) bercampur oksigen(udara sekitar), maka ia sudah menyingkirkan bakteria-bakteria kasar atau makna lain, zarah dan jisim bakteria yang bersaiz besar telah dirungkaikan.
Setelah tamat proses 'aeration', barulah air mentah ini melalui tangki flokulasi. Itu kita cerita lain kali. Sekian ilmu kejuruteraan hari ini.
Salah satu 'aerator' yang termahsyur di negeri Pahang
Labels:
Kejuruteraan
Subscribe to:
Posts (Atom)