Wednesday, December 25, 2013

Bebola Api


Masa zaman Dragonball atau bahasa Melayunya, Mutiara Naga tengah laku dan top dulu, aku pernah berfikir yang manusia ni sebenarnya boleh dan mampu mengeluarkan bebola api daripada tangan. Dengan menggunakan akal dan ketajaman minda sebagai pusat fokus, aku percaya bebola api boleh terhasil daripada badan manusia.

Namun, aku tak pernah berjaya. Fikiran aku, aku tidak cukup fokus dan tidak mempunyai minda yang tajam setajam Goku dan rakan-rakan.

Akhirnya aku sedar yang manusia hanya mampu makan bebola ayam, daging atau perasa lain.

Sunday, December 22, 2013

Kereta Teknologi Hijau dan Tanah Air


Bila aku menonton dan mendengar pelbagai kenaikan yang berlaku dalam negara mutakhir ini, tiba-tiba rasa rinduku pada negara yang pernah ku lawati kembali menggamit aku. Sukar untuk aku lupakan ketenangan dan kemajuan ketika berada di kota Jerman yang suatu ketika dahulu antara kuasa besar dalam dua perang dunia.

Melihat teksi berjenama Mercedes yang aku naiki di mana enjinnya mati sendiri apabila berhenti di lampu isyarat merah sudah cukup mengujakan aku. Ya, bukan di Malaysia tidak ada kereta bercirikan teknologi hijau sebegitu, cuma persoalannya berapa ramai orang di dalam negara ini yang mampu pakai kereta berteknologi sebegitu? Kereta hibrid berapa ramai yang mampu pakai?

Di Jerman ia adalah satu kebiasaan bagi rakyatnya memiliki kereta berteknologikan hijau. Ya, aku tahu terlalu tidak adil untuk membandingkan negara maju seperti Jerman dengan negara membangun seperti Malaysia. Namun, jika hendak membeli barangan sekecil di supermarket pun kita masih terkial-kial, masakan pula kita boleh berfikir lebih jauh untuk pengeluaran kereta.

Inilah nasibnya jika Melayu memerintah negara. Asal ada untung sedikit, kroni sebat. Asal nampak ada peluang kau untung, kau akan sapu. Bila masanya negara nak maju sekurang-kurangnya sama taraf dengan Korea.

Kecewa sungguh berada di dalam Malaysia.

Tuesday, December 17, 2013

Naik


Arakian tersebutlah kisah setelah kemenangan gerombolan pada pemilihan kerajaan pada Mei 2013, maka sebelum sempat 2014 menjengah, rakyat dipimpinnya telah didesak dengan pelbagai kenaikan.

Minyak naik.
Gula naik.
Cukai GST dikenakan.
Tarif elektrik naik.
Tambang LRT naik.
Tol naik.

Maka, mana perginya manifesto yang maha hebat itu?

Tuesday, December 03, 2013

Siri Bercakap Dengan Cermin


Kadang-kadang kita lupa yang apabila kita bercakap, ibaratnya di hadapan kita adalah cermin. Ramai yang tak sedar akan perkara ini. Aku juga entah-entah agaknya pun tidak sedar. Tapi itulah. Aku perlu sampaikan kisah benar yang aku alami ni di sini supaya aku sentiasa beringat.

Benda ni bukannya dosa atau salah mana pun. Tetapi apabila ia sering terjadi dan melibatkan orang yang sama, engkau akan naik tensen.

"Sekarang ni, muda-muda je orang dah kena kencing manis. Engkau kena jaga sikit..", kata Saari kepada aku.

Lepas habis Saari menitipkan pesanan yang aku rasa ikhlas itu, air minuman yang kami order pun sampai. Aku macam biasa, minum ais kosong. Aku tengok Saari minum teh ais.

Aku rasa macam ........

Betul ke Saari yang berpesan kepada aku tadi? Ke saka dia?

--Cerita lain---

Aku tak berapa nak sihat tapi aku gagahkan diri datang ke pejabat hari tersebut. Aku pun lepak keluar makan tengahari dengan Saari. Lagi sekali, Saari tak lupa untuk menitipkan pesanan kepada aku.

"Aku tengok lemah je kau hari ni. Kau kena makan vitamin C selalu. Aku sejak ambil vitamin C ni, aku rasa okey sikit badan aku,"

Sejurus selepas dia berkata begitu, dia pun keluarkan sebatang rokok murah dari kotak rokok lantas menyalakannnya.

Ya, aku rasa aku patut mula ambil vitamin C dengan rokok supaya hidup aku lebih sihat!
 
Google Analytics Alternative