Bagaimana pemimpin korup melahirkan masyarakat korup?
 Apabila 
undang-undang tidak kebal, syariah Islam tidak dilaksana dengan baik, 
maka, wujudlah pemimpin bodoh dan korup yang mencorakkan masyarakat. 
Rasuah berleluasa daripada si kecil anak hinggalah kepada jerung atasan 
yang celaka.
 Masyarakat korup bila terlalu lena melayan cerita 
fantasi daripada vlogger kaya yang buat video merapu dan macam haram 
jadah, terlalu asyik menonton drama fantasi bak kayangan yang 
menonjolkan orang kaya dan kehidupan mewah melampau-lampau di luar kebiasaan, terlalu dibuai rasa hormat kepada orang kaya dan jutawan 
sehingga berasa taksub dan fanatik kepada sang kapitalis keparat itu. 
 
Akhirnya, masyarakat terdesak mahukan kekayaan dengan cara segera kerana
 undang-undang bukan kebal mana pun. Ustaz pula sibuk berpolitik 
menjilat punggung pemerintah tanpa mahu membetulkan norma masyarakat.
Sebab itu BN terus kekal.Kita. Kita sendiri yang membiarkan....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

