Pagi tadi aku menonton sebuah perlawanan bolasepak yang menarik tetapi lebih kepada "one-sided football" iaitu perlawanan sebelah pihak je. Mana tidaknya, pasukan yang dicanang-canangkan tampil untuk mempertahankan kejuaraan Champions League hadir dengan reputasi hebat selaku juara Piala Kelab Dunia tersungkur tidak melawan di Stadium Olimpico. Jika pada tahun 2006 aku membenci Barcelona kerana menewaskan pasukan kegemaranku di perlawanan akhir namun kali ini aku menyanjungi mereka kerana antara pemain-pemain pujaan aku seperti Thierry Henry,Lionel Messi dan Aliaksandr Hleb menyertai mereka untuk beraksi buat kali pertama di pentas akhir Champions League. Malam semalam nyata bukanlah milik Mankayu ...err..maksud aku Manchester sebaliknya Barcelona hebat mendominasi perlawanan dari mula hingga tamat perlawanan. Cakap besar sangat Evra...
Mankayu...err..Manchester bermula garang dengan sepakan percuma Ronaldo gagal ditangkap kemas Valdes sebelum Park Ji Sung gagal memasukkan bola muntah tersebut. Tapi untuk 10 minit pertama sajalah. Aku sangkakan yang MU akan mendominasi perlawanan dan mendapat gol awal namun Eto'o yang menyumbat gol untuk Barcelona untuk serangan pertama mereka. MU hanya garang untuk 10 minit pertama saja dan selepas itu Barca mendapat rentak dan menguasai bahagian tengah dengan selambanya. Dengan berbekalkan pemain-pemain kurang tinggi seperti Messi,Xavi dan Iniesta, mereka mudah menenggelamkan bahagian tengah MU. Kesimpulannya, bahagian tengah MU memang hancur. Carrick dan Park banyak memberi bola kepada lawan.
Untuk bahagian pertahanan pula, Barca sememangnya seimbang untuk bahagian serangan dan pertahanan. Serangan diterajui Messi,Henry dan Eto'o manakala pertahanan pula cukup bagus membendung asakan Ronaldo, Rooney dan Tevez. Puyol mengunci pergerakan Ronaldo cukup bagus sebab itu MU sering menyerang dari bahagian kanan yang mana Sylvinho kurang efektif mengawal Rooney. Kawalan Puyol memang terbaik yang mana menyebabkan Ronaldo menerima kad kuning kerana tak puas hati dikunci baik oleh Puyol. Yaya Toure juga begitu berkesan di 'centreback'. Gerard Pique yang pernah dibuang Alex Ferguson pula cukup bersahaja bergandingan dengan Toure. Pique begitu bagus menghantar bola ke depan yang sering tepat ke sasaran. Boleh dikatakan beliau begitu versatile dalam kebanyakan pemain pertahanan Barca.
Jadi,kesimpulan untuk perlawanan pagi tadi:
Pertarungan Messi-Ronaldo
Setelah digembar-gemburkan sebagai pertarungan antara dua pemain terbaik dunia ini, nyata malam tersebut adalah milik Messi biarpun Ronaldo dilihat berhempas pulas menjaringkan gol. Sepakan percuma cantik Ronaldo di awal permainan seakan menjadi petanda bahawa beliau mahu membuktikan yang dia layak mendapat gelaran pemain terbaik dunia. Sejurus selepas itu, Ronaldo lebih banyak membazirkan peluang dari mencipta gerakan untuk rakan lain apabila bertindak merembat jauh dari gawang Barca. Permainan solo beliau sebenarnya merugikan pasukan. Messi pula bermain secara bersahaja dan dengan penuh skill menanduk masuk gol kedua untuk Barca. Amatlah jarang sekali melihat Messi menjaringkan gol dengan kepala sehinggakan seorang peminat Barcelona pun berkata, " Apabila Messi mula menjaringkan gol dengan kepala,dia adalah seorang pemain hebat". Jadi, untuk membandingkan dua pemain ini, adalah lebih layak dikatakan Messi adalah seorang pemain genius yang penuh skill dan perangainya lebih baik dari Ronaldo.
Park Ji-Sung kebanggaan Asia?
Park Ji Sung dicanangkan menjadi kebanggaan Asia apabila pertama kalinya pemain Asia berada di pentas akhir Champions League. Mengapa baru sekarang? Sebenarnya tidak apa yang nak dibanggakan dengan kenyataan ini. Beliau menyertai antara kelab terbaik dunia iaitu Manchester, maka tidaklah mustahil untuk beraksi di final. Sebenarnya, sebaik saja Park menjejakkan kaki di PSV Eindhoven itulah sebenarnya yang perlu dibanggakan. Kenyataan ini sebenarnya makan diri apabila Park beraksi buruk pagi tadi terutamanya pada separuh masa pertama. Mungkin sup kataknya masih belum berkesan kot. Cukuplah sekadar itu saja. Kalau lebih-lebih nanti marah pula peminat MU. Apapun, Barcelona selayaknya memenangi perlawanan semalam seterusnya dijulang sebagai juara Eropah. Hakikatnya, MU beraksi di bawah tahap sebenar kerana Barcelona berjaya mengekang dan menguasai bahagian tengah. Inilah resepi kejayaan anak buah Josep Guardiola.
P/S - Nampaknya Manchester akan menjadikan 'Asia Tour'nya sebagai medan melepas dendam. Jadi, Malaysia harus berhati-hati agar tidak dimalukan dengan jumlah gol yang besar. Aku sarankan pemain dan peminat Malaysia bawa batu untuk 'direjam' pada syaitan-syaitan merah itu. :p

No comments:
Post a Comment