Tuesday, March 30, 2010

Kesihatan Itu Satu Nikmat

Agak lama tidak menulis bukan bermaksud aku kecewa dan bungkam dengan dunia ini. Sebaliknya, aku telah dipilih untuk 'menghadiri' ujianNya. Ceritanya bermula pagi Jumaat 19 Mac lalu. Aku bangun dalam keadaan menggigil. Biasanya, walau aku tidak berselimut sekalipun, aku tidak akan menggigil kuat sebegitu. Lalu, aku pun mandi dan bersiap untuk ke tempat praktikal menyangkakan aku akan sihat pada hari itu.

Di kilang, aku cuba berlagak biasa dan tenang tanpa ada apa-apa berlaku. Namun, ketenangan yang cuba aku pamerkan tidak kesampaian apabila kerap kali aku ke belakang atau ke tandas untuk berehat sambil mencangkung. Kerja aku memang memaksa aku berdiri saja sepanjang hari, jadi, jika kepala sudah mula berpinar aku berehat sambil mencuri tulang di belakang kilang. Entah berapa kali aku mengular, aku pun tak tahu. Akibat kepeningan yang amat sangat, aku niat dalam hati yang aku nak kerja separuh hari je Jumaat tu. Lalu, masa rehat tengahari, aku pun balik membonceng motosikal kawanku. Aku kasihan dengan dia terpaksa jadi penghantar aku balik pula hari itu.

Di rumah selepas sembahyang Jumaat(yang aku gagahkan juga pergi), aku lebih banyak tidur. Seperti ada batu dalam kepala. Esoknya, barulah kawan aku menghantar ke panel klinik di dalam kampus. Kata doktor, tak cukup rehat. Mungkin juga sebab kerja di squaring section ni memang banyak berdiri je. Mana ada masa nak layan facebook. Err..cerita lain.

Masuk hari ahad, semua pil dan ubat yang doktor di klinik kampus bagi tak lut. Ah, tak boleh jadi ni. Mesti ada sesuatu ni. Aku pun menghantar mesej kepada kedua ibubapa aku supaya dapat menghantar aku ke klinik lain pula. Manalah tahu, doktor lain, lain penyakitnya yang ada. Jadi, seperti biasa, aku cuma dapat ubat demam biasa saja dari sebuah klinik di Ampang Jaya. Juga MC 2 hari untuk Isnin dan Selasa. 

Malam Selasa itu, demam aku masih tak kebah lagi. Aku lebih banyak tidur dan berbaring di rumah. Kalau nak berdiri pun tak boleh lama. Kepala pening lain macam. Tanpa berlengah lagi, sekali lagi aku dibawa ayahku ke klinik di Ampang Jaya tu. Lepas ambil darah semua, doktor kata tunggu call. Dalam area pukul 1 pagi, doktor menelefon ayah supaya membawa aku ke hospital pagi itu juga. Platlet aku berkurang banyak. Sekitar 60 saja. Bagi manusia normal, platlet darah adalah sekitar 150 ke atas. Maka, di hospital UKM, aku disahkan menghidap denggi. Bernasib baik aku kerana hanyalah denggi biasa. Bukannya denggi berdarah. 

Jadi, aku menjadi penghuni wad 6H di HUKM selama 4 hari dari 24 Mac hingga 27 Mac. Kali terakhir aku masuk wad ialah ketika aku sakit masa bayi. Jadi, ni antara pengalaman pahit untuk aku. Tapi, alhamdulillah, sepanjang di wad, nurse-nurse dan doktor-doktor sangat peramah. Di sana juga, kebanyakan pesakit adalah warga emas. Macam-macam ragam yang aku lihat sepanjang aku terlantar di sana. Apa yang penting sekarang adalah kesihatan lebih bernilai dari segala-galanya. Tak kira betapa kaya sekalipun, kesihatan adalah paling utama. Datangnya kesihatan yang baik akan membolehkan kita melakukan perkara-perkara yang diingini. Jadi hargailah kesihatan kita semua sementara masih berpeluang. Pesanan ini dibawakan oleh Kementerian Kesihatan. Kehkehkeh...

Wednesday, March 17, 2010

Pecah Tabung



Gua memang kaki pecah tabung. Tanyalah mana-mana tabung dalam rumah gua, memang semuanya bersetuju dengan kenyataan gua ni. Itupun jika mereka boleh berkata. Gua pernah pecah tabung untuk langgan komik Dragonball. Gua pernah pecah tabung sebab nak beli kereta Tamiya atau Diamond yang mana masa tu zaman Dash Yonkuro tayang kat TV3. Ada sekolah agama petang tu pun, sanggup gua ponteng semata-mata nak tengok Yonkuro dan kawan-kawannya lawan kereta. 

Ah, masa kecik-kecik, nak beli Choki-Choki dengan Tora kedai depan pun kena pecah tabung. Yela, mak cakap, lepas sekolah, duit syiling-syiling baki makan kat kantin masa sekolah masukkan dalam tabung bentuk bangunan Tabung Haji tuh. Tak sampai esok pun, petang tu dah korek balik sebab beli tikam yang dapat mainan tuh. Apa ke halnya main tikam-tikam ni? Ustaz gua lupa nak ajar ke atau gua yang banyak sangat ponteng sekolah agama petang?


Bila dah besar pun, tabiat pecah-mecah tabung ni pun masih sebati lagi dalam diri gua. Cuma, kali ni nampak lebih profesional sikit. Takde dah tabung bentuk bangunan Tabung Haji tu gua korek. Habis sekolah, gua terus pegi kaunter Tabung Haji mintak kasi keluar semua duit simpanan yang gua simpan dari zaman darjah 1 sampai muda belia. Ah, bukan banyak mana pun duit dalam tu kalau dah dulu-dulu "simpan lepas tu pecah". Tapi kumpul-kumpul ada la dekat seribu jugak. Kakak jaga kaunter tu pun siap tanya gua dua kali, 'Betul ke nak keluarkan semua ni dik?'. Mau aje gua tangankan akak tuh sambil memberi jawapan. Lepas aje gua withdraw itu money, gua terus pergi kedai permainan video berdekatan dan order Playstation 2 satu. Itu kisah gua pecah tabung jugakla tu kan. 

Ini awal tahun pun gua sudah kasi pecah itu lagi satu tabung. Kali ni tabung pendidikan tinggi gua. PTPTN la tu. Memang duit dalam tabung ni biasanya dapat menampung gua selama satu semester sekadar cukup makan. Tapi, gua dengan tanpa niat dalam hati terus 'memecahkan' tabung ini dengan menghampiri mesin ATM untuk mengeluarkan habis semua duit dalam tu. Satu sen pun aku taknak bagi kau Kasim! Eh, silap. Memang satu sen pun tak tinggal. Eh, silap lagi. Mana boleh keluar duit sen melalui ATM. Jadi, ada la tinggal sekupang dua dalam akaun Perbadanan TABUNG Pendidikan Tinggi Nasional gua. 

Gua pun dengan nawaitu yang baik serta tujuan yang murni pergi ke kedai komputer di Plaza Low Yat berdekatan dan terus memesan komputer satu set dengan monitor LCD 19'' jenama AOC. Jadi, gua pun pulang dengan hati girang sambil mengimbau kembali kenangan gua memecahkan tabung-tabung yang pernah gua encounter. Dari tabung kecil-kecilan untuk membeli DingDang(gua lupa ke nak tulis ni tadi?) sehinggalah kepada peringkat nasional membeli komputer. Ni sekarang tabung Mr. Potato Chips sebelah monitor gua ni pun tunggu masa nak kena pecah.
Amacam? Ganas ke tabiat gua ni? Tu yang gua guna 'gua' kasik nampak ganas sikit....Keh..keh...keh

Monday, March 15, 2010

Pagi Longlai

Aku menyandarkan diriku pada sebuah kerusi empuk di beranda. Ah, pagi ni sungguh nyaman. Secawan kopi panas di atas meja ku hirup cermat. Tawar rasanya. Dengan kapasiti cawan yang tidak bersesuaian dengan komposisi sepeket kopi 3 dalam 1, memang susah menjadikannya manis. 

Akhbar tabloid tempatan yang ada di tangan aku sejak tadi, aku hempaskan ke meja. Hampir berselerak dibuatnya. Angin pagi sepoi-sepoi pula membantu menyelerakkannya lagi. Helai demi helai, jatuh ke bawah. Aku memandang tak endah. Angin tadi benar-benar menggigit hingga ke tulang. 

Pagi redup tiba-tiba dikejutkan bunyi guruh dari langit.

Hujan mahu turun nampaknya.

Aku bangun dan berlalu meninggalkan beranda buat menyambung tidurku semula.

Sunday, March 07, 2010

Campur - Baur

Aku menekan butang "New Post". Tapi sejujurnya aku tiada apa yang mahu aku sampaikan. Terlalu banyak yang tergetus dalam hati tapi tak mampu aku tuliskan semua. Banyak masalah yang berlaku tapi tak mampu untuk aku rungkaikan.

Aku nak menulis tentang latihan praktikal aku, tapi itu pasti membosankan kamu.

Aku nak menulis tentang bola atau Arsenal, itu juga pasti membosankan kerana kemenangan adalah rutin.(ha)

Aku rasa nak menulis tentang banyak kes buang bayi tapi itu terlalu menyedihkan.

Aku nak menulis tentang Nabil disaman penerbit sendiri, tapi siapa peduli itu semua.

Aku rasa nak menulis tentang kewujudan elemen Freemason dalam dunia hiburan, tapi itu memerlukan pemikiran terdalam aku. Saat ini, otakku melayang. Kemudian saja. Itupun jika rajin.

Pendek kata, aku tak tahu apa benda yang patut ditulis. Semuanya bercampur-baur. 

Sebelum menutup entri 'berat' kali ni, aku hidangkan gambar (yang tak seberapa) di mana aku ambil setiap kali pulang dari tempat kerja. Memang tak ada kerja betul.

 
 

  


 



 
Google Analytics Alternative