Monday, March 15, 2010

Pagi Longlai

Aku menyandarkan diriku pada sebuah kerusi empuk di beranda. Ah, pagi ni sungguh nyaman. Secawan kopi panas di atas meja ku hirup cermat. Tawar rasanya. Dengan kapasiti cawan yang tidak bersesuaian dengan komposisi sepeket kopi 3 dalam 1, memang susah menjadikannya manis. 

Akhbar tabloid tempatan yang ada di tangan aku sejak tadi, aku hempaskan ke meja. Hampir berselerak dibuatnya. Angin pagi sepoi-sepoi pula membantu menyelerakkannya lagi. Helai demi helai, jatuh ke bawah. Aku memandang tak endah. Angin tadi benar-benar menggigit hingga ke tulang. 

Pagi redup tiba-tiba dikejutkan bunyi guruh dari langit.

Hujan mahu turun nampaknya.

Aku bangun dan berlalu meninggalkan beranda buat menyambung tidurku semula.

No comments:

 
Google Analytics Alternative