Sempena kedatangan Piala Dunia 2010 di Afrika ini, slot sukan Warkah Kembara menghidangkan kisah menarik atau lebih tepat lagi, kenangan silam aku sepanjang Piala Dunia yang aku ingat. Pergh, ayat nak saiko jer. Dahlah tajuk entri tahap sampah. Ok, sebenarnya, aku teringat beberapa kenangan yang aku ingat masa Piala Dunia dari aku lahir sampai la yang terkini. Ada 5 semuanya start dari tahun 1990 sampai 2006.
World Cup 1990 Italy
Piala dunia pertama bagi aku lepas aku lahir. Mana nak ingat sangat. Yang aku ingat Roberto Baggio baru mula main kejohanan ni tapi tu pun dah gempak. Walaupun masa ni Baresi dan Salvatore Shillaci lagi style dorang main tapi serius aku tak kenal sangat. Aku tau pasal world cup ni pun sebab aku banyak baca buku bola mat salleh beberapa tahun kemudian. Haha.
Roberto Baggio masa zaman anak dara
World Cup 1994 USA
Masa ni baru aku merasa tengok kat tv. Aku ingat lagi yang ada satu team dari Timur Tengah, tak silap aku Arab Saudi main dalam kejohanan ni. Yang buat aku teringat tu bukan apa. Masa defend passing bola kat penjaga gol, penjaga gol ni boleh tahan tak kena. Nasib baik tak gol sendiri. Kejohanan ni jugak ada remark yang ngeri bila pemain Colombia, Andres Escobar menjaringkan gol sendiri dalam game lawan USA dan kena tembak kat kepala oleh penyokong fanatik mereka. Masa world cup ni jugak aku start kenal Romario dari Brazil dan beberapa star yang lain yang aku boleh ingat adalah Batistuta dari Argentina, Bergkamp yang style dari Belanda, Dunga dari Brazil dan Maldini dari Itali. Dalam kejohanan ni jugak, Roger Milla dari Cameroon menjadi antara pemain paling tua menyumbatkan gol. Umur dia berapa masa tu, aku pun taktau. Maybe dalam 40-an kot. Lepas tu, rambut Valderrama dari Colombia memang jadi bualanlah kawan-kawan aku kat sekolah.
Buat penyapu memang diyakini suci dan bersih
World Cup 1998 France
Ini antara kejohanan yang agak best bagi aku pasal dari segi sambutan memang meriah. Siapa kenal Ricky Martin dulu kalau dia tak nyanyi lagu tema The Cup of Life untuk piala dunia ni. Aku siap beli kaset original soundtrack piala dunia ni lagi sebab semua lagu-lagu dalam tu sedap-sedap belaka. Kejohanan ni jugak memang manis bagi aku sebab Brazil kalah masa final dengan jaringan Zidane dan Petit. Syok-syok tengok Ronaldo asyik menyumbat gol setiap perlawanan, tiba-tiba final kena sawan pulak. Aku pulak memang anti Brazil nih. Taktau kenapa. Tapi aku lebih anti England. Bercakap pasal England, aku masih ingat lagi match England - Argentina yang berkesudahan Argentina menang penalti selepas seri 2-2 walaupun gol Owen memang superb. Masa ni jugak Beckham kena buang padang sebab tendang Simeone. Memang aku bertepuk tangan gembira masa tu tengok bintang Manchester ni kena keluar padang. Lagi satu antara match yang abadi dalam ingatan aku adalah semifinal antara Brazil dan Belanda. Aku yang memang minat Dennnis Bergkamp dan anti Brazil dah tentulah menyokong Belanda. Sayangnya, Belanda tewas dalam penentuan penalti.
Antara trivia menarik yang aku ingat masa world cup ni:
a) Antara bintang-bintang yang baru aku kenal masa ni adalah Zidane, Henry, Davor Suker, Morientes, Vieri dan ada la lain-lain lagi. Malas aku nak tulis.
b) Gandingan serangan terbaik bagi aku adalah duo dari Chile iaitu Marcelo Salas dan Ivan Zamorano. Memang pedas!
c) Piala dunia pertama untuk Jepun setelah berkali mencuba dengan Hidetoshi Nakata memenangi pemain terbaik Asia selepas tu. Kejayaan skuad Jepun ini diabadikan dalam komik Johan Bolasepak yang aku baca masa kecik-kecik.
d) Skill paling terbaik adalah dari Cuauhtemoc Blanco dari Mexico dengan mengangkat bola menggunakan kedua-dua kaki. Skill ini kemudiannya menjadi ikutan budak-budak kat taman aku main bola. Semua panggil.."Wei Blanco wei..." bila ada orang buat skill ni. Dengar cerita, 2010 ni dia ada main lagi.
The Blanco Bounce
e) Iran tewaskan Amerika 2-1 masa tengah hangat berbalah secara politikal.
f) Ricky Martin jadi terkenal semenjak world cup ni.
World Cup 2002 Korea Japan Siapa yang tak ingat detik kegilaan Korea yang melangkah hingga ke separuh akhir ni? Masa ni, suratkhabar tulis 'Ginseng Korea terbaik' la, 'Mari makan ginseng' la. Apalagi la. Masa ni jugak semua member aku puji Korea sebab jadi wakil tunggal Asia bermain gempak. Padahal setiap perlawanan Korea mesti ada kontroversi dengan Itali dan Sepanyol menjadi mangsa. Cuma Jerman menjadi penghalang ginseng Korea ni di semi final. Namun, semangat Korea dan sokongan padu penonton mereka memang aku puji. Turki juga menjadi antara pasukan yang mantap dalam kejohanan ni dan muncul pemenang tempat ketiga dengan Hakan Sukur menjadi pemain paling pantas menjaringkan gol dalam sejarah piala dunia semasa menentang Korea. Masa ni jugak aku membeli sebiji bola Adidas Fevernova yang menjadi bola rasmi kejohanan buat main kat kampung. Habis lunyai dibuatnya belum sempat world cup habis.
Boleh bikin gaduh kalau hilang
World Cup 2006 Jerman
Ini adalah piala dunia yang paling mendapat coverage meluas dari aku di mana hampir kesemua 64 perlawanan aku tonton secara langsung. Cuma ada la dalam 2-3 game bosan aku terlepas dan menonton delayed. Antara perlawanan menarik adalah melibatkan pasukan France bertemu Sepanyol, Brazil dan final menentang Itali di mana Zidane tidak hanya menanduk bola tetapi juga menanduk dada Materazzi. Aku yakin kalau Zidane main sampai penentuan penalti mungkin France boleh bawa piala tu pulang tapi sayangnya jadi begini dalam perlawanan terakhirnya. Antara perlawanan menarik lain yang menyaksikan 4 kad merah dilayangkan adalah game Portugal menentang Belanda. Cerita pasal edisi kali ni aku ada ceritakan masa mula-mula aku buat blog tahun tu. Ayat memang macam siak.
The infamous header ever
World Cup 2010 South Africa
Untuk tahun ni, apakah akan ada singa atau cheetah menerjah masuk ke padang? Atau gajah Afrika berjalan terhuyung hayang di kawasan tepi stadium? Dan, siapakah bakal muncul juara?
Setelah aku membuat perkiraan mantik di dalam buku latihan Matematik kotak-kotak kepunyaan adik tahun lepas yang masih ada baki beberapa mukasurat lagi dan merenung bintang di langit malam, aku yakin juara tahun ini milik pasukan yang pernah muncul juara. Siapa? Lu orang teka la, ada 7 je kot. Jangan main judi sudah. Untuk tahun ni, aku pun tak pasti samada aku dapat tengok full atau pun sikit-sikit je. Semua bergantung pada bos kilang boleh ke beliau bagi aku mengular ke tak.
Jangan lupa tengok brader ni nanti. Jersi dia takde nombor.
7 comments:
team mana lu pilih tahun ni?
woi..lu tak cerita world cup 2002 rivaldo berlakon atas padang! itu penting tu
Hehe..gua sokong france. Kalau agak2 france tak bole blah, gua sokong spain la..
Citer pasal rivaldo berlakon tu memang gua dah selit dalam draft tapi lepas gua tapis, gua igt biarlah gua tak publish citer tuh..Tak baik malukan dia..Kah3..
tak tau nk komen apa pasal piala dunia.. haha..
ai kenal pemain kedah je yu... haha..
saya pun tak kenai pemain kedah...kenal marlon alex james je dulu...hahaha
tapi dah ramai yg blah dari skuad kedah..
sangat sedih!! rindu kat akmal rizal, hasmawi hassan, thiru, pak long aka fauzi shaari.. sapa lg ntah.. dh lupa.. haha..
huhu..ok ar khyril muhymeen ade lagi kan
Post a Comment