" Mintak lesen..," pegawai yang tampak muda itu memulakan bicara setelah lama aku berdiri dan menunggu.
Aku mengeluarkan dompet dari poket lantas aku tunjukkan lesen L aku. Sambil itu aku berkata, "Saya lesen L je bang," jawabku jujur memandangkan aku tidak menampal L pada motor.
Pegawai polis muda itu hanya diam sambil meneliti lesen L aku. Dilihatnya keseluruhan motor yang aku tunggang ibarat mengesyaki motor itu motor itu curi. Aku rilek-rilek je sebab dia macam tak kisah pasal pelekat L tu.
"Tengok road tax dik...,"
Aku dah mula berdebar. Memang cuak. Aku perlahan membuka bahagian tempat duduk kerana cukai jalan terletak di dalamnya. Brader polis tu usha-usha cukai jalan tu tanpa menyentuhnya. Mula-mula dia tengok sekali imbas tapi kali kedua dia tengok lama sikit.
"Dah mati ni dik..," katanya sedikit tegas selepas kali terakhir cukai jalan tu hidup adalah pada Mac lalu.
" Bang, saya dalam perjalanan nak amek training motor ni. Ni motor member ni. Bukan motor saya, "
"Ko nak aku saman ko tak?" panggilan adik tadi terus bertukar kepada ko.
"Jangan bang. Saya student lagi. Mana ada duit ni," aku buat-buat nada merayu padahal dah cuak gile.
"Tengok student pass ko...," mintak brader ni. Aku agak student pass ni kad matrik la kot. Aku pun terkial-kial keluarkan kad matrik aku sampai siap tersangkut-sangkut kat compartment dompet lagi. Aku agak brader ni dah boleh nampak aku punya tangan ada goyang-goyang.
Brader ni belek-belek kad matrik aku lama je.
" Okla..jalan..," fuhhh, ayat ni yang aku tunggu sekian lama.Berbunga-bunga je.
Aku tanpa segan silu terus kickstart motor dan belah dari situ. Dalam hati aku cakap...
"Cepatlah lesen siap woi!"