Tuesday, July 27, 2010

Pengalaman Pagi Ahad

Aku matikan enjin. Aku menongkat motor setelah diminta turun.

" Mintak lesen..," pegawai yang tampak muda itu memulakan bicara setelah lama aku berdiri dan menunggu.

Aku mengeluarkan dompet dari poket lantas aku tunjukkan lesen L aku. Sambil itu aku berkata, "Saya lesen L je bang," jawabku jujur memandangkan aku tidak menampal L pada motor.

Pegawai polis muda itu hanya diam sambil meneliti lesen L aku. Dilihatnya keseluruhan motor yang aku tunggang ibarat mengesyaki motor itu motor itu curi. Aku rilek-rilek je sebab dia macam tak kisah pasal pelekat L tu.

"Tengok road tax dik...,"

Aku dah mula berdebar. Memang cuak. Aku perlahan membuka bahagian tempat duduk kerana cukai jalan terletak di dalamnya. Brader polis tu usha-usha cukai jalan tu tanpa menyentuhnya. Mula-mula dia tengok sekali imbas tapi kali kedua dia tengok lama sikit.

"Dah mati ni dik..," katanya sedikit tegas selepas kali terakhir cukai jalan tu hidup adalah pada Mac lalu.

" Bang, saya dalam perjalanan nak amek training motor ni. Ni motor member ni. Bukan motor saya, "

"Ko nak aku saman ko tak?" panggilan adik tadi terus bertukar kepada ko.

"Jangan bang. Saya student lagi. Mana ada duit ni," aku buat-buat nada merayu padahal dah cuak gile.

"Tengok student pass ko...," mintak brader ni. Aku agak student pass ni kad matrik la kot. Aku pun terkial-kial keluarkan kad matrik aku sampai siap tersangkut-sangkut kat compartment dompet lagi. Aku agak brader ni dah boleh nampak aku punya tangan ada goyang-goyang.

Brader ni belek-belek kad matrik aku lama je.

" Okla..jalan..," fuhhh, ayat ni yang aku tunggu sekian lama.Berbunga-bunga je.

Aku tanpa segan silu terus kickstart motor dan belah dari situ. Dalam hati aku cakap...

"Cepatlah lesen siap woi!"

5 comments:

sitinaminah02 said...

ko L lagi ek? hihi.

Anonymous said...

saya : kene tahan dengan polis.
en polis :lesen mati ni adik.
saya :erk.. tak perasan la encik. ( baru 5hari mati pada masa tu )
en plois :tgk roadtax. roadtax pun mati ni adek..
saya :huh? tu pun saya tak perasan encik.
polis :nasib baik la adik tak mati sekali.dah gi renew esok.
saya : alhamdulillah.kuang asam polis ni.

*satu tmpt di shah alam.

jo said...

rugi tak jadi perempuan...tau....

eJAI said...

@gadis comel-yup..baru nak amek lesen setelah sekian lama asyik merempit secara haram..

@:) - heehehe...menarik cerita tu..tapi nasib baik tu 5 hari je mati. Saya punye 5 bulan...:) err..kat mane tempat tu?huhu

@jo- apekah maksud itu?

jo said...

kalo perempuan, senyum sikit2 pun dah boley lepas...teda hal punya..

 
Google Analytics Alternative