Monday, July 25, 2011

Kerja Lagi

Salam...

Hari ni genap 4 hari aku bekerja di konsultan ni. Sebelum pergi lebih lanjut, aku nak cerita yang company ni konsultan untuk water treatment, air-cond, fire fighting dan struktur bangunan. Untuk bahagian mekanikal, paham-paham sajalah bahagian mana kan. Hari Jumaat lepas, aku ditugaskan untuk menghadiri meeting antara konsultan-konsultan di sebuah firma arkitek di Shah Alam. Sesat jugak aku mencari di mana Jalan Bola Tampar sampai terlewat setengah jam dari waktu sebenar namun tak mengapa, sebab masih ada lagi yang lain lambat. 

Jadi, sepanjang meeting tu aku dok tercongok saja sebab tak berapa paham apa itu DO Submission, SSP dan macam-macam terma yang depa pakai. Cuma yang aku paham, projek yang aku bakal terlibat ni terletak di Kuala Lipis tempat pipiyapong membesarkan perut. Tambah syahdu, dalam perjalanan pulang, tiub motor bocor selepas aku keluar federal highway. Nasib baik dah hampir dengan rumah, maka aku gagahkan jugalah tunggang sampai ke kedai motor berdekatan rumah.

Hari ni pulak, kerja aku menjadi banyak sikit daripada sebelumnya apabila aku terlibat dalam mengira berkaitan aircond dan juga kiraan saiz paip dalam konsep yang dipanggil 'depressed sewerage'. Sebenarnya, benda-benda ni sulit dan rahsia company tapi siapa sangatlah yang baca blog aku ni kan. Kahkahkah. Jadi, setakat itulah cerita aku kali ni. Ni nak kena buat pasport pulak sebab nanti nak ke China dan Korea. Syukur kerana dengan rezeki ni mampu membawa aku berjalan ke negara orang. 

3 comments:

Unknown said...

Salam,
Gud luck in future..dapat menjelajah negara orang lagi. rezeki..

Anonymous said...

salam yeop.

huhu ..betul2, saper sgt la berminat dgn tertiary water ke.. sewage treatment ke ek? tu belum lg citer pasal power lines ke dams ke.. belum masuk bab infrastructure crisis bro..alamat nyer blog ni takde sape le bminat.. hehe
yeop. kalau ke korea nun singgah le ke Seosan. kalau layan fotografi sana mmg cun (scenery aaa) sambil2 layan awek2 korea blh singgah kilang KIA sekali..
lama dah tak menyinggah kt blog ni..

anyway congratulations and good luck for your new job. keje leklok aaa... selamat berpuasa.

-silent reader ..again?-

eJAI said...

waalaikumsalam...

tenkiu cik hanafana...

ye yeop,mantap bro pasal water2 nih. Sure engineer ni.Taknak share ke bro?Boleh hamba berguru dgn bro...Heheh..Seosan ye?Insyaallah kalau ade.Ade DSLR lagile dahsyat kan.Kilang KIA kat situ sekali ke?hehe..syok betul la kalo gitu.

Thanks bro and slamat berpuasa jugak. Kalau ade ilmu nak diperturunkan pada sy yg masih merangkak ni sudi2lah share ye..Hehe..

 
Google Analytics Alternative