Dalam Malaysia ni ada banyak jenis datuk. Ada datuk yang bercucu. Datuk yang dibeli pangkatnya. Datuk yang memang layak memakainya. Ada juga Datuk daripada India. Macam-macam jenis datuk dalam bumi bertuah kita ni.
Lewat petang tadi aku bertemu seorang Datuk untuk menyerahkan satu dokumen. Dengan jam yang sudah menunjukkan pukul 6 petang memaksa aku memecut sehabis mungkin sambil mengharungi kesesakan KL. Aku bernasib baik dapat sampai setengah jam kemudian di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang di mana tempat Datuk tersebut menginap.
Setelah sampai, aku terpaksa menunggu setengah jam kerana beliau ada program lain. Dekat-dekat pukul 7 barulah aku dapat berjumpa Datuk tersebut yang ditemani konco-konconya. Aku bersalam dan menyerahkan dokumen lalu meminta diri untuk pulang memandangkan sudah lewat sangat. Tapi Datuk tersebut mengajak aku ke kafe hotel tersebut untuk melihat-lihat dokumen yang aku serahkan tadi.
Aku akur dan menuruti Datuk tersebut sambil orangnya kelihatan asyik membuat panggilan. Aku dan beliau duduk di satu meja dan beliau segera menyemak dokumen yang aku berikan. Aku hairan jugak kenapa tiada orang mengambil pesanan dan beliau juga tidak memesan air. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia cakap ok dan mengucapkan terima kasih.
Aku tanpa berlengah, bersalam dengan Datuk tersebut dan segera beredar. Tekak yang haus ni terpaksa aku tahankan. Semasa aku menghidupkan motosikal, aku ditegur seorang pemuda.
"Eh, kejapnya?". Aku tak menjawap malah aku menyoal kembali.
"Encik ni.....errr...Datuk tu....punye....errr...", aku gagap.
"Tak, aku driver Datuk lain. Driver datuk yang ko jumpa tadi tu gemuk..."
"Ohhh...ok......,". Jadi, benarlah anggapan aku dia seorang driver melihat kepada cara pakaiannya. Setelah itu, aku meminta izin beredar.
P/S - Oleh itu, jangan ingat jika kita bertemu Datuk, Datuk itu akan belanja kita minum air walaupun segelas air kosong. Sekian
5 comments:
salam bro
guwa suka kesimpulan last tu
hehe~
kau ni gedix lah...
kenapa perlu datuk tuh blanja kau?
kau bukannye bekerja dengan die.
jap?ke kau nak meminta simpati beliau? sudah la... xperlu lah mior...
hehe..mansur, aku saja je sebenarnya. Tapi datuk tu sombong betul la. Dahla aku tunggu dia setengah jam pastu buat muka kerek plak
dah nama pon dato mior...
dorang ada pride masing2...
penat tao dorang berusaha utk dapat dato tu. ingat senang ke? xluak pon kalo xblanja kau.an?an?
itulah lumrah mior... nanti kalo ko jd dato, janganlah wat gitu kat orang lain...
hhehehe...datuk boleh dibeli...ada duit semua boleh jadi..ammmmaaa
Post a Comment